Saturday, March 09, 2024

HOTEL SUMMIT USJ

Dari Sunway Lagoon nak ke hotel dalam 5 minit.Nak ke hotel tu dekat je tapi sesat nak cari parking hotel.Hotel ni beserta dengan mall,jadi dia macam keliru sikit la.Badan dah la letih ni.

Masa check in smooth 2minit je,booking melalui agoda seminggu awal.Rate bilik around 3++ untuk executive deluxe termasuk breakfast 3orang.Cumanya dah sampai depan bilik,pintu pula tak boleh buka.Gilir-gilir touch card access pada pintu tak boleh juga.Orang kampung sangat..datang bandar tak pandai nak buka pintu bilik hotel😅

Waled call kaunter bagitau tak boleh nak buka pintu bilik,rupanya diaorang tersilap bagi kad.Nak turun sendiri ambil kad baru dah malas tambah letih sakit kaki.Sementara nak tunggu dia datang hantar kad yang betul tu tersidai la dulu dalam 5minit.


Bilik ok bersih,aircond terlampau kuat bilik sejuk yakmat walaupun dah slow aircond.Aircond style lama tak ada remote.Kalau nak on off control suhu kena adjust putar pada box.Amenities semua lengkap termasuk iron&hairdryer.

Toilet pun bersih ada bathtub,toiletries lengkap dengan set berus gigi,shaver,sikat etc.Air pun laju je ada rain shower.Towel pun banyak dan pelbagai saiz

Biasanya kami tak pandang pun bahagian ni,kali ni berkali-kali duk ulang buat teh panas.Dapat minum teh o panas tu rasa lega sikit badan yang dah penat seharian di Sunway Lagoon.

Nak keluar pergi mall cari makan tapi pakai baju tidur.Confident je kan buat macam duduk kampung sendiri.Ingatkan dah malas nak keluar masing-masing pun dah penat dan sakit kaki.Tapi DakPia ajak cari boba milk tea plk.

Pilihan breakfast tak banyak.Macam biasa ada nasi lemak,kuey teow sup&goreng,ada kuih muih,roti bakar,buah2.
Tengok gambar pun dah tau kan sape yang makan banyak😁

Lepas breakfast naik bilik rehat sekejap kemas-kemas terus check out.Pia pun dah tak pandang swimming pool.Dah tak ada apa nak buat,Waled ajak tambah bengkakkan lagi kaki nak pusing IOI Mall Putrajaya.







21 comments:

  1. Hahahah.. siapa paling kuat makan tu? Tak apa, sekali-sekala tu. Mesti seronok Pia dapat jalan² dgn umiwaled sebelum masuk asrama. Kenangan sebelum melangkah ke alam remaja ni mahal!

    ReplyDelete
  2. Meh meh, mari ke IOI City Mall Putrajaya, lubuk shopping terbaik bagi saya, pergi bawak handbag, balik berbeg-beg hahaha

    ReplyDelete
  3. Geli hati gambar 1st tu, betul-betul keletihan 😄
    Dulu masa menetap di NS, suami akak rajin ajak jalan-jalan IOI Mall. Akak pulak tak gemar tempat gitu, besar sangat dan sesak dengan manusia.

    ReplyDelete
  4. sian pula tengok .. penat.. lepas tu dpt kad salah.. pernah lalui mcm ni.. :D.. sabar aje lah..

    ReplyDelete
  5. Dah makin tinggi dah Pia berdiri sebelah Ummi 👍
    Sejuk sgt pun tak selesai jugak kan...

    ReplyDelete
  6. Dulu masa duk USJ selalu la lalu the summit ni.

    ReplyDelete
  7. Fasilitas kamar dan sarapannya memuaskan sih kelihatannya hehe.
    Pakai aplikasi untuk booking memang membantu. 😍Biasanya ada promonya juga

    ReplyDelete
  8. haihhh boleh pula ya tersilap bagi kad. selalunya diorg mmg dah check betul2 sblm bagi. ni mesti bdk baru keje kot😁

    ReplyDelete
  9. penah menginap sini thn 2020. kazen buat majlis kat sini
    wpn masih covid lg masa tu...
    sempat x merayau ke mydin terbesar @ malaysia kt situ?

    ReplyDelete
  10. Hari hari terakhir cuti sekolah Pia sempat lagi bervocation yer..Dah habis dah sekolah rendah...semoga menjadi kenangan manis untuk dikenang...

    ReplyDelete
  11. IOI Mall tu memang boleh jadi tempat exercise, easily 5k steps round 1 floor walaupun tak habis. Tak lama nak masuk sekolah dah ya Pia. Penat kan kalau menunggu.

    ReplyDelete
  12. ada bathtub syok berendam..penat sgt tu..bole plak terslh bg kad ye...mall yg attach ngan otel ni mcm lama tkde org sgt...serammmm...pernah main bowling kt situ

    ReplyDelete
  13. Bagus juga hotelnya Mbak. Terlihat rapi dan bersih. Tentu nyaman ya menginap disana.

    Foto no 1 itu Mbak, benar-benar kecapaian ya sampai langsung istirahat dengan duduk di lantai.

    Salam,

    ReplyDelete
  14. Boleh erk hotel bagi salah kad cucuk pintu

    ReplyDelete
  15. Harga RM300 sekali sekala boleh la huhuu.. tapi brkfast tak bnyk pilihan mcm tak best lak.. apa pun penting selesa dan puas hati dgn bilik.. bab sapah kad tu aduhaii tersaadai pulak dpn pintu.. kesian..

    ReplyDelete
  16. aduhai boleh bagi salah kad pulak ye? patutlah tak boleh nak bukak pintu hehehe

    ReplyDelete
  17. Saya kalo dah dengar review kamar hotel AC nya dingiiiiin, langsung sukaaaa 🤣😄. Karena saya memang tak kuat panas. Jadi AC kamar wajib dingiiin banget 🤭. Makanya pernah stay di suatu hotel berbintang 4, bagus, tapi AC tak dingin, langsung saya blacklist kak 🤣. Tak bisa tidur dibuat 😅

    ReplyDelete
  18. Aduh, jenuh juga tu kalau sesat barat. Tempat yang kita tak biasa kadang macam tu lah. Dengan penat lagi kan. Kalau hotel besar tak laratlah nak ke lobby semula. Mujur silap mereka. Kena sidai lama juga tu. Agak spoil kalau air cond tak boleh adjust, meringkuk tidur dalam kesejukan.
    Sempoiii keluar makan pakai pyjamas. Apa ada hal kan. hihi...

    ReplyDelete
  19. Tak pernah menginap kat sini. Syoknya dapat menghabiskan masa bersama sebelum mendaftar ya.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..