Wednesday, February 21, 2024
Monday, February 19, 2024
SANTAI PETANG
Santai petang tepi Pantai Kempadang,layan angin sepoi-sepoi bahasa.
BEKAL AKHIR SEKOLAH RENDAH
Antara menu hari-hari terakhir persekolah Pia.Masih lagi dengan menu simple sampai ke sudah.Sayu pula rasa hati,tinggal lebih kurang 2 minggu lagi Pia nak masuk asrama.Tambah sayu hari pertama sahur&puasa nanti Pia dah di asrama.
Terima kasih ye Pia selama 6 tahun bawa bekal airtangan umi yang tak seberapa ni.Darjah 1-5 saya sediakan bekal pagi hingga la ke bekal minum petang.Darjah 6 Pia cuma bawa bekal pagi,Pia dah tak pergi KAFA tahun 6,waled akan ambil dia balik sekolah tengahari.
Kenangan bekal-bekal Pia,simpan sini la kot-kot rindu nanti boleh tengok.
Saya masih tak putus-putus doa untuk waled diberi rezeki pindah masuk AG Pahang semula.Supaya saya tak keseorangan pergi&balik kerja.Sebelum ni kami,pergi&balik bertiga,sampai la waled kena pindah dalam tahun covid melanda.Start tahun 2022-2023 pergi&balik cuma saya dengan Pia.Penuh harapan tahun 2024 ni boleh pergi&balik kerja sama-sama dengan waled.Ngada-ngada kan๐
Ada peminat terung tak?kalau ada kita geng.Yang ni saya buat untuk tekak sendiri.Pia&waled tak suka terung.Resepi:terung bulat,tepung bestari,minyak untuk menggoreng.Senang je haha.Sedap gais cicah sambal kicap.
sorang nak nasi lemak daun pisang sorang nak sarapan western tapi taknak daun pisang.mak kau gabung terus senang kerja
Friday, February 16, 2024
CUTI CNY
Aduhaii lama tak update blog,bila dah lama sangat mula la rasa malas.Sampai ada kawan blogger yang tanya kenapa lama tak update,sihat ke?Alhamdulillah saya sihat cuma kemalasan yang amat sangat๐
Cuti CNY hujung minggu lepas kami tak ke mana,turun naik umah mak,rehat-rehat kat rumah je.Kebetulan Pia tak berapa sihat tiba-tiba je demam selsema,mungkin cuaca terlalu panas.Minggu last sekolah tu pun dia dah mengadu sakit kepala tapi sebab hari-hari terakhir sekolah nak juga dia pergi.
Hari Jumaat ayah ajak makan dekat luar,dia teringin nak makan itik masak kerutuk.Keluarga saya peminat lauk itik,kiranya lauk fav no.1,tapi keluarga waled semuanya tak makan itik.Teringat masa kenduri malam akad nikah kami,mak masak lauk kerutuk itik sebab dikira lauk istimewa untuk kami,tapi sebaliknya bagi keluarga waled.Saya pun baru tahu malam akad nikah tu yang diaorang tak makan itik.Nasib baik ada juga lauk dan makanan lain.