Saturday, January 13, 2024

ROTI NAN CHEESE KASSIM BABA

 Alhamdulillah semalam Pia dah selesai UASA.Hampir 1tahun bertungkus lumus dengan pelbagai peperiksaan yang bersambung-sambung,maka semalam berakhirlah pengajian untuk sekolah rendah.Walaupun anak yang ambil ujian tapi makpak yang terlebih nervous.

Moga Pia dapat bawa sijil uasa yang cemerlang ke sekolah menengah nanti.Sebenarnya debaran belum berakhir,hari Khamis nanti 18hb Januari akan diumumkan keputusan permohonan MRSM.Sekali lagi makpak dia tak senang duduk.Mulut dan hati ni sentiasa berdoa agar Pia berjaya mendapat tempat di MRSM dalam pengambilan pertama.

Peminat roti nan cheese,memang dia akan minta datang Restoran Kassim Baba je tiap kali teringin.Budak-budak dengan cheese memang tak dapat dipisahkan,kalau boleh semua makanan nak letak cheese.Kita makpak ni dah kurang minat,setakat makan roti nan biasa tu boleh.

Dia punya siap boleh tarik ye..Cicah dengan kari kambing dan ayam tandori.

Selain roti nan ada juga menu lain,tapi kami belum pernah cuba.Datang sini je Pia memang akan order all time favourite dish roti nan+kari kambing.Roti nan dia memang sedap,service cepat walaupun dalam kedai penuh dengan customer.


30 comments:

  1. Semoga berjaya ditawarkan ke MRSM. Bestnya cheese nan boleh tarik gitu feel betul kalau dapat makan. Terus terliur ni 🤤

    ReplyDelete
  2. tuu diaa aih, berjela tarik cheese diaaa naa :)

    ReplyDelete
  3. Tempatnya tertutup dan selesa macam kafe.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Naniey beli tak pernah dapat jenis tarik macam ni...

    ReplyDelete
  5. Angah masih ada 2-3 exam lagi termasuk UKK JAIS Isnin ni...baru je nak bernafas, tup² keluar surat dari JAIS utk ujian berkomputer pulak 😅
    Semoga Pia dapat ke sekolah impian first intake aamiin 🤲

    ReplyDelete
  6. all the best utk pia ke mrsm...cheese naan fav....entry akak baru update ada menu cheese naan juga

    ReplyDelete
  7. All the best utk anak, moga dapat pilihan hati.

    ReplyDelete
  8. Samalah dengan akak, Afzan. Tak boleh makan cheese ni. Roti nan biasa je boleh masuk.
    Semoga Pia berjaya dapat tempat di MRSM. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  9. sama la dgn anak lb.. suka cis cis ni.. lb dah tua,m suka makanan org tua jerk.. mcm karipap, woh bung.. hihi

    ReplyDelete
  10. All the best tau pia... utk budak tahun 6 tahun ni perjuangan masih belum berakhir... ujian kemasukan ke tingkatan 1 ke sekolah pilihan masih belum selesai kan?

    ReplyDelete
  11. Budak2 memang suka cheese gini.
    Semoga Pia mendapat 1st intake MRSM.

    ReplyDelete
  12. Betul sekali Mbak anak yang ujian, orang tua yang nervous...
    Semoga Pia sukses ke jenjang pendidikan selanjutnya.

    Salam,

    ReplyDelete
  13. good luck Pia
    samaa la ciknur pun suka nan cheese yg blh tarik tarikk gitu

    ReplyDelete
  14. Moga Allah kurniakan yang terbaik buat anakanda Pia.

    Menarik nama restoran…Kassim Baba 😀

    ReplyDelete
  15. Moga Pia berjaya ke MRSM first intake. Kassim Baba memang best. Cheese Garlic Naan dgn Tandoori favorite kami.

    ReplyDelete
  16. Semoga ada rezeki Pia masuk MRSM.. sedapnya cheese nan tu.

    ReplyDelete
  17. Good luck Cik Pia, semoga dapat tempat di MRSM hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
  18. hari ni harinya! semoga rezeki ke mrsm berpihak kpd pia. aminnn aminnn aminnn

    nama restoran je dah unik😁 cheese nan ni kalau mkn pns2 mmg sedap. dah sejuk kureng sket. bg tekak sy laa

    ReplyDelete
  19. Hari ni dah boleh check keputusannya kan. Semoga Cik Pia berjaya ke MRSM. Aunty Tini doakan.

    By the way, masa baca Kassim Baba tu, terus teringat cerita Ali Baba Bujang Lapok, hehehehe.

    ReplyDelete
  20. Saya pernah makan roti nan cheese. Sedap makan time masih panas.

    ReplyDelete
  21. Biasa la tu mak pak terlebih nervous dari anak nya yg amik exam :D
    Uish lain macam level roti naan cheese dia.. padu ni..

    ReplyDelete
  22. Macam dalam cerita P Ramlee pulak nama Kassim Baba ni.

    ReplyDelete
  23. nan cheese..kalau tarik tak ade 'getah getah' tu memang tak sah...tanda hadirnya cheese hehe

    ReplyDelete
  24. Amboi kemain mewah dengan cheese ye...fav dania jugak ni cuma sejak dh tembam badan ni dia dah start kurangkan cheese

    ReplyDelete
  25. ammi pernah makan cheese naan ni sekali je. macam tak boleh pergi je. prefer garlic naan je org tua ni haha

    ReplyDelete
  26. Jika ke Kuantan, boleh singgah ni. Bonda peminat cheese tak padan dengan remaja purba, silap² Pia pun kalah 🤣

    ReplyDelete
  27. Semoga kabar terbaik untuk pia ya kak.

    Nan cheese memang sedap. Saya pun lebih suka itu dibanding nan biasa 😄

    ReplyDelete
  28. Wow...menarik..Terikan cheesnya menggoda

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..