Thursday, November 09, 2023

WALED KE LUBNAN

 Lama tak menulis,bila hati tak tenang nak menulis pun tak ada mood.Puncanya bila Waled bagitau dia kena ke Lubnan sebagai Delegasi Pengiring semasa pertukaran Malaysian Battalion Malbatt.Tak sangka pula kahwin dengan akauntan pun kena tinggal pergi kawasan berperang juga😂

Kebetulan juga hari yang sama Pia pergi lawatan sekolah ke Legoland JB dan KL.Tinggal saya sendiri tu yang bertambah rasa tak sedap hati dan mula la macam-macam fikiran negative yang datang.

Beg dua beranak tu..DakPia tu kemain happy pertama kali dapat pergi lawatan dengan kawan-kawan.

Dalam masa yang sama ada juga rasa bangga,Waled satu-satunya pegawai kewangan wakil kementerian sebagai delegasi pengiring.

Bila duduk rumah sorang-sorang nak masak pun malas,selera nak makan pun tak ada.Pagi keluar pergi kerja bungkus sarapan berat siap-siap,kadang kenyang sampai ke malam esok pagi pula baru makan.

Waktu Lubnan lambat 6 jam dari Malaysia.Disana pukul 12 tengah malam kita diMalaysia dah 6pagi.Lagipun Waled pergi dengan urusan kerja susahnya nak whatsapps atau video call.Duk ulang-ulang buka facebook Markas kot-kot ternampak gambar laki sendiri,ada juga la 2,3 keping gambar Waled boleh la buat hilang risau.

Bila waled hantar gambar setiap pergerakan keluar kena pakai vest anti peluru,mula la saya kat sini rasa tak tentu arah,dalam hati memang tak putus-putus berdoa untuk keselamatan mereka.Outstation kali ini agak mencabar untuk waled sebab peperangan Israel-Gaza walaupun tempat waled lebih kurang 60km dari sempadan Lubnan-Israel.Pengalaman baru juga untuk waled bila dengar dan dapat rasa gegaran letupan.Allahuakbar ianya satu pengalaman yang mungkin akan dikenang sepanjang hayat waled.Ada masa bila terdengar siren terpaksa berlari masuk ke tempat persembunyian.

Alhamdulillah pukul 5 petang semalam Waled dah selamat tiba di Subang.Pukul 12pagi sampai Kuantan.Lega sangat rasa macam hilang pikul beban.

Bila Waled hulur buah tangan dari Lubnan terus hilang segala masalah serta merta..Hahaha
Dapat perfume yang wangi amat ini..

Hoodie untuk anakdara sorang tu....

Waled cakap ini je yang sempat beli...takpe lah waled,kalau waled tak beli apa-apa pun takpa janji selamat sampai balik.

Yang ni Waled bagitau dapat masa dalam tempat persembunyian,diaorang tak sempat makan malam.

Macam mana la kan kalau jadi isteri tentera,sebab tu la agaknya jodoh saya bukan dengan tentera/polis sebab saya tak kuat nak hadap semua ni.

Rasa bangga dengan isteri dan keluarga anggota tentera,dengan kesabaran dan pengorbanan mereka sanggup melepaskan orang-orang tersayang dan tercinta untuk negara.














19 comments:

  1. Feel you sangaaaat kak. Kalo suami dapat tugas ke daerah konflik atau dekat konflik memang lah hati kita tak akan tenang 😔. Hanya berdoa dia bisa balik selamat.. syukurlah suami akak dah balik yaa.🤗.

    Saya pun salut dengan istri para tentara, mental mereka kuat sangat. Itu juga alasan saya tak nak menikah dengan tentara, mental saya tak sekuat itu 😵‍💫

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Selamat pergi dan selamat kembali. Sudah tentu jadi kenangan yang sukar dilupakan sebab bertugas dalam suasana perang walaupun jaraknya sejauh 60km dari tempat kejadian.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah selamat kembali ke tanah air

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selamat pergi dan kembali.
    Lega dah ummi.

    ReplyDelete
  5. pengalaman yg berharga betul kan... tak semua boleh hadapi nya kan. Risau mmg risau tapi bila dapat hadiah terus lupa ya

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah dh slamat pulang ...sbg isteri bila berjauhan pasti fikir yg bukan2...risau kn....jauh pia lawatan sekolah...sronok la dia pi legoland

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, suami Afzan dah selamat kembali ke tanahair semula. Isteri mana la yang tak susah hati bila suami pergi ke tempat yg dekat dgn negara yg bergolak tu kan. Semoga tentera Malaysia yg dihantar ke sana pun selamat pulang bila dah tamat tugasan dieorg.

    ReplyDelete
  8. Suspens juga baca cerita Afzan. Alhamdulillah, sudah selamat balik, ya. Jauhnya pergi, ke Lubnan. Cantik botol perfume.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah selamat sudah semuanya 🤲
    Mudah-mudahan negara kita terus aman damai, dan saudara² kita yang sedang berdepan peperangan diberi perlindungan dan kemenangan aamin 🤲

    ReplyDelete
  10. bersyukurlah kerana waled pergi tidak lama sebagai mana tentera pengaman yang dihantar ke Lubnan

    ReplyDelete
  11. Sukur semua ok... apa pun uncle tumpang bangga.

    ReplyDelete
  12. pengalaman berharga ni
    tp yg dirumah debar menunggu kan
    alhamdullah dah slmt blk

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah dah selamat kembali. Memang pun kalau suami ke tempat yang konflik, risau sangat kan.

    ReplyDelete
  14. Diberi tanggungjawap menjadi wakil.. Alhamdulilkah selamat pulang ke tanah air.. Smart gmbr pakai baju kalis peluru tu..

    ReplyDelete
  15. Aduhai...kalau SA x tau la cane nak hadap...ni PJJ pun hati duk risau je...

    ReplyDelete
  16. bila ke tempat begitu memang hati tak sedap je kan..alhamdulillah walid dah balik

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah suami sudah kembali dengan selamat ya Mbak.
    Selamat berkumpul kembali bersama keluarga.

    Salam,

    ReplyDelete
  18. alhamdulilah waled selamat pergi dan balik menjalankan tugas nya.

    ReplyDelete
  19. Ya Allah.. Alhamdulillah waled dah selamat balik.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..