Terima kasih banyak-banyak pada Kak Faiz Ibu Wafi yang sudi berkali-kali email pada saya maklumkan pasal program ni,sampaikan Kak Faiz jadi risau sebab saya lambat baca email.Saya pula jarang buka email blog,kesian akak...minta maaf banyak2 ye kak,dan terima kasih banyak2 atas usaha akak ni saya dapat ilmu baru untuk strategi kemasukan ke SBP.
Kebetulan permohonan ke SBP dah dibuka,sebelum kak Faiz hantar email saya pun duk fikir mana nak cari maklumat cuma boleh google dan tanya orang sana sini.Ada juga tanya Ammi Khilfi..ammi pun ada share,TQSM Ammi!
Bagi kami yang belum ada pengalaman hantar anak ke SBP agak menyesakkan kepala juga lah nak pilih SBP yang mana.Ahad hari tu dapat la join program ni di Politeknik Sultan Ahmad Shah,tak jauh pun dari rumah 10minit dah sampai.
Bila UPSR dimansuhkan macam ni la kan.Saingan terlalu sengit,calon pula terlampau ramai,beribu calon ambil exam PKSK.Memang kena ada strategi nak apply anak ke sekolah mana.Kalau ikutkan waled memang dia nak pilih yang paling dekat dengan rumah,5minit dah sampai sekolah.Apa-apa senang katanya.Memanglah tapi SBP yang 5minit dari rumah tu boleh kata hot seat,kalau 1st intake dah tak dapat nak masuk senarai rayuan tu boleh buat sesak dada.Pening juga tengok pilihan sebab pilihan pertama yang diutamakan.
Ada juga yang cakap sekolah mana-mana pun ok,sekolah harian pun ok.Ye betul sekolah mana-mana pun boleh.Cuma selagi boleh kita nak rebut peluang kelebihan duduk di SBP,anak lebih terdedah pada peluang yang tak ada di sekolah harian.Bukan sebab nak anak bijak semata tapi nak anak dapat pendedahan yang sekolah lain mungkin tak ada.Peluang ni sebenarnya yang kita nak rebut.
Ramai juga yang hadir program ni penuh juga dewan,ada yang datang luar dari Pahang pun ada.Begitu lah kan dah jadi makbapak ni,kalau diminta lari padang 100x pun sanggup asalkan anak dapat tawaran.Di SBP alumni mereka sangat strong,mereka akan usaha selagi boleh untuk student dapat pendedahan terbaik.Alumni ni yang akan support sekolah tu sungguh-sungguh.Benda macam ni lah yang kita nak cari,student akan di guide oleh alumni.
Moga ada rezeki Pia untuk ke SBP.Umi waled masih dalam mood berbincang belum bergaduh lagi nak pilih sekolah mana untuk anaknda sorang ni,belum final sekolah mana.Doakan Pia ye uncle aunty...
Semua telah diatur oleh Allah yang boleh kita buat cuma usaha dan doa.
****Puan Hazel,Angah mohon ke sekolah mana tahun depan?SBPi atau TMUA?