Saturday, December 10, 2022

MAKAN TENGAHARI DI SINGGORA KELANTAN

Masih lagi dalam cerita bawa mak ayah jalan-jalan.Kali ini kami makan di rumah makan dengan suasana zaman silam dan juadah tradisional orang Melayu.

sumber Google

Singgora sempena nama sejenis atap rumah yang digunakan pada bumbung-bumbung rumah tradisi masyarakat Negeri Kelantan.Apa yang menarik disini adalah makanan Melayu yang sangat sedap,terbawa perasaan mengenang zaman kecil apabila makanan dihidang dalam pinggan legend dan kawasan persekitaran kampung hulu,kampung yang betul-betul kampung seakan berada di zaman silam dengan suasana yang berbeza dari biasa.

Untuk yang ingin datang makan di sini kena buat tempahan terlebih dahulu.Bagitau pukul berapa akan sampai.Tiada walk ini disediakan.Memang tak ada meja untuk walk in.
Ada beberapa pakej yang disediakan.
Saya ambil pakej untuk 4-6 orang makan dengan harga RM180.00.
Lauk-lauknya:-
1.Ikan siakap bakar berempah
2.Ayam kampung goreng
3.Siput sedut masak lemak
4.Udang masak petai
5.Telur dadar daun remunggai
6.Budu dan ikan tawar
7.Ulam2
8.Buah2
9.Colek buah
10.Air sirap selasih
Saya ada tambah menu Kulat sisir dan sayur lemak untuk ayah.


Bagi saya makanan di sini sangat unik dan sangat tradisional.Makanan dalam kategori yang susah nak jumpa kalau hari-hari biasa.Mungkin cara hidangan makanan chilhood bagi mak dan ayah saya.Tengok ayah saya tu macam ada sesuatu yang tengah dikenangnya.

Rasa makanan dekat sini 5🌟suapan pertama tu dah wahh sedapnya.Sangat sedap dan rasanya asli macam orang tua-tua masak.

Cantikkan cara hidangannya bunga segar dan daun hidup.Pencuci mulut kuih muih kelantan jala mas,taik itik,buah tanjung.Saya minta Waled dan Pia cuba setiap satu masuk mulut walau sikit.Kalau tidak paksa hari tu bila lagi nak cuba.Ketepikan perasaan takut untuk mencuba.Sedap yang amat cair dimulut.



Seronok makan dekat sini sambil layan view kampung.Untuk orang luar Kelantan yang nak rasa hidangan tradisi memang kena datang sini.Apa yang saya boleh cakap masakan dia memang 10/10.Sedap dooh.Suasana kawasan pun menarik.

Lokasi : Rumah Singgora (waze)
Phone : 019-900 9535







21 comments:

  1. Masyaa Allah...😍
    Terkagum dan sangat nostagia dengan rumah dan cara hidang serta menunya..
    Ada satu macam perasaan bila tengok semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..ayah saya sampai je dekat sini nampak dia sebak saya tak tau apa yang dia rasa mungkin terimbau rindu sikit zaman kanak2 agaknya

      Delete
  2. Fuh! Markah penuh tu! Takde diskaun langsung!

    ReplyDelete
  3. Menariknya tempat makan ni, terasa macam kembali ke zaman silam pulak. Memang istimewa ni, langsung tak boleh walk in ya. Teringin jugak nak mencuba kalau berkesempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak meja untuk walk in tak disediakan,tak boleh nak kebetulan singgah kena rancang awal hehe

      Delete
  4. Menarik dan unik nampaknya tempat makan ni.
    Dan sy tertarik dengan plating kuih bersama bunga tu. Sampaikan bunga tu pun nampak sedap haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin juga nak makan bunga tu tapi risau pula saya yang jadi terlalu cantik hahaha

      Delete
  5. Amboi menu dia.. Memang sedap lah.. Ibu pun jenis selera kampung juga.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi mak2 ni saya pun lebih suka makanan kampung

      Delete
  6. Ni kira wajib pergi ni.. susah nak jumpa tempat makan macam ni yg betul2 menepati selera.

    ReplyDelete
  7. Wah..menarik dan sangat nostalgia semuanya..rasa nak nagis tengok
    Singgora ni rupanya nama atap yer.Dulu zaman kanak-kanak mak selalu beli minyak angin Senggora.
    Bila form 6 ada belajar Sejarah Melayu ada juga pasal Senggora ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senggora tu nama tempat kan kak di Kedah,seingat saya pernah terbaca sejarah Raja siam minta bantuan dgn orang melayu senggora,Ligor, untuk lawan dengan Raja Prasat Tong

      Delete
  8. Wow...menarik sangat ni...kalau bercuti ke Kelantan boleh la SA pi sini...siyesly menarik..

    ReplyDelete
  9. masa tengok tajuk tu mula-mula sekali imbas nampak perkataan singapura heheheh tp rupanya singgora. Nampak sedapnya semua lauk kampung yang ada tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aiishh terasa jauh pula nak makan tengahari di singapura tu Dana hehe..

      Delete
  10. akak org klate pn tk smp lg tmpt ni...ada kwn dh byk kali pegi, mmg sedap tgk lauk2 nya..lpr trus rasa

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..