Monday, October 31, 2022

MAKAN-MAKAN DI JAMAN TORY INDERA MAHKOTA

Sementara tetamu masih ada di rumah.Kali ni saya pilih untuk meraikan mereka dengan signature dish orang Pahang.Saya bawa mereka ke restoran paling sedap di Kuantan saya berani jamin memang pohpaleh sedak weh😂
Restoran Jaman Tory yang terletak di dalam kawasan perumahan Indera Mahkota 2.Lebih kurang 10-15 minit dari Bandar Kuantan.Jaman Tory kalau diikutkan kamus loghat Pahang Zaman Tori maksudnya zaman dahulu kala orang Pahang sebut zaman Tok Adam.Orang Pahang cara sebutan percakapannya 'leweh'(intonasi bercakap lemah longlai) mengikut aliran air sungai Pahang.Loghatnya berbeza daripada hulu sungai hingga ke hilir sungai.Yang saya tahu cerita-cerita orang lama katanya kelajuan bercakap loghat Pahang ditentukan dengan kelajuan air sungai.Kalau dihulu(Jerantut,Lipis,Raub,Temerloh) airnya laju maka mereka pun akan bercakap laju,disebelah hilir(Kuantan,Pekan)air sungainya sudah tenang untuk sampai ke muara jadi cara bercakap dengan kelajuan perlahan.Loghat dihulu lebih susah nak faham sebab mereka cakap laju😅
Saya pilih set kelah untuk keluarga pakndak&makndak.Untuk keluarga ucu saya ambil set tenggalan tapi harga tu dah berubah ada kenaikan sikit lebih kurang tambah RM10.Tengahari memang waktu puncak terpaksa tunggu giliran meja untuk duduk.Dalam restoran dah agak sesak tapi saya tetap nak bawa tetamu rasa keenakan masakan tempatan asli.Risau juga tetamu tak selesa,yang paling saya risau waled ajak makan di tempat lain.Dalam hati duk la berdoa cepat dapat meja dan anak-anak buah sabar jangan mengamuk.Bila lagi kan nak rasa ikan patin tempoyak paling sedap nanti dah balik tempat masing-masing saya yang menyesal tak dapat belanja diaorang hihi
Menu yang paling kick Patin Bakar Tempoyak.Rasa fresh ikan patin dan tempoyak dia memang A++.Ada orang yang tak boleh makan ikan patin tapi kalau datang sini confirm boleh makan bertambah.Hidangan datang dengan berapi-api haha gimik je tu.Saya boleh jamin suapan pertama tu dah terpejam-pejam mata nikmatnya😁

Setiap set hidangan gulai asam rong patin,gulai patin tempoyak dan daging salai datang sekali dengan ikan pekasam,ulaman dan sambal tempoyak lauk ni memang paduuu betholl ye kadang terlupa ada hidangan lain.Budak-budak diaorang duk ratah ayam kampung dan puyuh goreng je.

Terima kasih keluarga pakndak,makndak,ucu dan paksu sudi singgah ke rumah kami.Ada kawan-kawan yang datang Kuantan singgah la ke restoran ni memang saya high recommend.Boleh tengok instagram jaman_tory_resepi mesti lagi tak sabar nak cuba makanan tradisi Pahang.

Waze:Jaman Tory resepi
No.A15 Indera Mahkota 2, Kuantan
Tel:019-9988212 
Operasi:12pm-1am









 

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nampak banyak pelbagai menu ikan patin tu. Penggemar ikan patin wajib datang makan sini kalau dah dijamin sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fiza boleh cuba ni kot2 tekak boleh terima makan patin hihi

      Delete
    2. Hihi..risau nak order nanti tak makan membazir pula :)

      Delete
  3. Wah ! Terbekenan dengan logo JT di signboard tu... Macam logo Jabatan Telekom dulu dulu! Kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah la uncle saya baru perasan kalau dulu logo telekom ditengah tu gambar telefon rumah kan yang ini gambar pot

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Alahai.... saya pun ikut terpejam-pejam mata membayangkan keenakan ikan patin tempoyak. Mudah-mudahan akan sampai juga ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. Pahang kaya dengan ikan air tawar gred A kan..
    Tapi dalam banyak2 takleh la lawan patin walaupun kelah lagi mahal kan

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..