Nampak posting adik-adik Gen Z review Angus Steak Woodfire di Threads.Ada yang kata steak dia juicy,ada yang puji steak padu,ada yang ulang makan berkali-kali.
Teringin juga nak rasa apa yang viral sangat tu.
Disebabkan woodfire tengah viral di Threads,memang ramai la yang datang.Masa kami sampai di Woodfire Kotasas hampir semua meja penuh.Cashier dah inform awal kena tunggu hampir 1jam.Kebiasaanya kami datang makan sunyi sepi,cuma ada 2,3 orang saja.
Saya pilih medium well.Daging masih lembut dan berjus dibahagian tengah,bahagian luar pun dimasak dengan cantik.Dipadankan dengan sos lada hitam berkrim dan satu jenis lagi sos saya tak pasti tak dapat nak describe.Kentang goreng potong besar tu rangup diluar dan lembut didalam.
Cuma pada citarasa saya,masih ada beberapa tempat lain steak yang lebih sedap.Masih belum jadi steak kegemaran saya.Setiap orang ada citarasa yang berbeza.
Dah ada yang pernah cuba ke?

Belum pernah cuba. harap ada rezeki untuk mencicipinya nanti.
ReplyDeleteWaa baru tau Woodfire ada steak.. nanti nak me time di sini laa makan steak dia
ReplyDeletePernah dengar je woodfire ni tapi tak pernah mencuba lagi.
ReplyDeleteBelum lagi mencuba...sos tu nampak lain...
ReplyDeletePernah ke Woodfire sekali je tapi kami makan burger je time tu
ReplyDeleteTak pernah lagi try tapi nampak menarik tu sis. Cuma itulah kadang yang viral ni tak semua sedap, bergantung kpd selera masing² juga kan.
ReplyDeleteWoodfire Kak SA makan burger dn brisket dia..so far bukan pilihan Kak SA jugak..sebab ada lagi yang lebih sedap dan lebih premium...tapi OK je kalau setakat nak santai- santai dengan family...
ReplyDeleteAnak sedara kita pun cakap kureng. Lain kali makan burger jer la kalau ke WF, hehe
ReplyDeleteada tgk juga menu ni tp tk rasa lg ..cuma makan burger kt sini mmg mantop
ReplyDeleteTak pernah tau restoran Woodfire 😄
ReplyDeleteBila baca komen, eh rata-rata tau. Rasa ketinggalan sungguh aih 😅
Ada jugak ternampak Woodfire tu lalu-lalang dekat IG reel saya. Tak pasti la kenapa padahal bukan dekat KL ðŸ¤
ReplyDeleteDania pernah sebut pasal woodfire ni cuma tak sampai lagi. Bab steak ni yang paling suka suami. Akak dan Dania kurang sikit.
ReplyDeleteTak sampai lagi kami ke sana. Nak try la nanti
ReplyDeleteTak pernah cuba.. Menarik ini..
ReplyDeletelain orang lain seleranya kan..
Steak & burger fav anak², ada juga dia org ajak pegi WF, tapi kena tunggu ayahnya tak busy
ReplyDeleteJujurnya uncle tak pernah try.... tengok foto macam nak try
ReplyDeleteTak perasan pulak viral di threads. Dulu masa mula buka kat sini nak try brisket tu tapi tak ada. Orang datang ramai sangat kot pesan menu tu. Sudahnya beli burger je lah. Steak dia nampak macam kering sikit kan. Lain orang lain tastebud nya. Pada mereka sedap, pada kita kurang sikit.
ReplyDeleteNak kena pi Kuantan ni....kot ada yg belanjaðŸ¤Masalahnya saya bagi apa pun semua sedap belaka 🤣
ReplyDeleteSelalu lalu tapi tidak pernah makan. Tidak tahu hendak pilih apa. Ingatkan ia jual burger sahaja.
ReplyDeletenampak sedap ni
ReplyDeleteharga pun kena dengan portion
Woodfire ini pernah saya teringiiiin sangat nak coba burger dia. Tp tak jadi2 tiap ke Malaysia. Trus baru tahu di jakarta pun ada cabangnya 🤣🤣. Cuma jauuuh dr rumah saya, yg bikin tak sempat juga kesana 😄.
ReplyDeleteJadi selain burger dia jual steak juga yaa. Nantilah kalau sempat nak coba. Tp sbnrnya saya lebih teringin utk coba burger drpd steak
Wah, angus steak yang dimasak dengan teknik woodfire ini nampak begitu menyelerakan. Aroma bakaran daripada api kayu pasti memberikan rasa yang lebih istimewa pada daging. Melihat perkongsian ini membuatkan saya teringin mencuba hidangan steak seperti ini, terutama bagi penggemar makanan barat. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan gambar yang menarik, memang membuka selera.
ReplyDeleteOrang tua macam wak ni woodfire pun tak pernah dengar lagi.
ReplyDeleteBelum pernah try lagi tapi asben & Bami dah pernah makan. GenZ biasalah.. FOMO😅
ReplyDeleteBetul kadang org lain kt sedap kita makn tak sedapp mana pun
ReplyDeleteLain tekak lain citarasa
Biasa viral2 ni ciknur org last sekali mencuba he hee
Akak geng dengan Ujie dan Wak. Ada baca tentang Woodfire ni, dari kawan blogger juga, tapi tak pernah cuba. Gambar steak Afzan nampak menarik.
ReplyDeleteWoodfire ni blkg rumah je...masa awal² pembukaan mmg rajin pergi tp harga bole tahan mahal... so kita x leh nak makan slalu kan... now dh lama x pegi...x tau menu apa yg terbaru. So far tekak k ret ok je la menu² nya.. kita ni bkn tekak mat salleh..jarang makan steak😅😅 so kita assume.kt woodfire.ni best la camtu
ReplyDeletepernah makan burger woodfire je. saya rasa specialty dia memang burger lahh. kalau steak ni option lain jugak yg lagi sedap
ReplyDelete