Wednesday, July 08, 2026

WORDLESS WEDNESDAY~Angus Steak Woodfire

Nampak posting adik-adik Gen Z review Angus Steak Woodfire di Threads.Ada yang kata steak dia juicy,ada yang puji steak padu,ada yang ulang makan berkali-kali.

Teringin juga nak rasa apa yang viral sangat tu.

Disebabkan woodfire tengah viral di Threads,memang ramai la yang datang.Masa kami sampai di Woodfire Kotasas hampir semua meja penuh.Cashier dah inform awal kena tunggu hampir 1jam.Kebiasaanya kami datang makan sunyi sepi,cuma ada 2,3 orang saja.

Saya pilih medium well.Daging masih lembut dan berjus dibahagian tengah,bahagian luar pun dimasak dengan cantik.Dipadankan dengan sos lada hitam berkrim dan satu jenis lagi sos saya tak pasti tak dapat nak describe.Kentang goreng potong besar tu rangup diluar dan lembut didalam.

Untuk harga steak RM69.90 sesuai dengan hidangan dan kualiti daging.

Cuma pada citarasa saya,masih ada beberapa tempat lain steak yang lebih sedap.Masih belum jadi steak kegemaran saya.Setiap orang ada citarasa yang berbeza.

Dah ada yang pernah cuba ke?

28 comments:

  1. Belum pernah cuba. harap ada rezeki untuk mencicipinya nanti.

    ReplyDelete
  2. Waa baru tau Woodfire ada steak.. nanti nak me time di sini laa makan steak dia

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar je woodfire ni tapi tak pernah mencuba lagi.

    ReplyDelete
  4. Belum lagi mencuba...sos tu nampak lain...

    ReplyDelete
  5. Pernah ke Woodfire sekali je tapi kami makan burger je time tu

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi try tapi nampak menarik tu sis. Cuma itulah kadang yang viral ni tak semua sedap, bergantung kpd selera masing² juga kan.

    ReplyDelete
  7. Woodfire Kak SA makan burger dn brisket dia..so far bukan pilihan Kak SA jugak..sebab ada lagi yang lebih sedap dan lebih premium...tapi OK je kalau setakat nak santai- santai dengan family...

    ReplyDelete
  8. Anak sedara kita pun cakap kureng. Lain kali makan burger jer la kalau ke WF, hehe

    ReplyDelete
  9. ada tgk juga menu ni tp tk rasa lg ..cuma makan burger kt sini mmg mantop

    ReplyDelete
  10. Tak pernah tau restoran Woodfire 😄
    Bila baca komen, eh rata-rata tau. Rasa ketinggalan sungguh aih 😅

    ReplyDelete
  11. Ada jugak ternampak Woodfire tu lalu-lalang dekat IG reel saya. Tak pasti la kenapa padahal bukan dekat KL 🤭

    ReplyDelete
  12. Dania pernah sebut pasal woodfire ni cuma tak sampai lagi. Bab steak ni yang paling suka suami. Akak dan Dania kurang sikit.

    ReplyDelete
  13. Tak sampai lagi kami ke sana. Nak try la nanti

    ReplyDelete
  14. Tak pernah cuba.. Menarik ini..
    lain orang lain seleranya kan..

    ReplyDelete
  15. Steak & burger fav anak², ada juga dia org ajak pegi WF, tapi kena tunggu ayahnya tak busy

    ReplyDelete
  16. Jujurnya uncle tak pernah try.... tengok foto macam nak try

    ReplyDelete
  17. Tak perasan pulak viral di threads. Dulu masa mula buka kat sini nak try brisket tu tapi tak ada. Orang datang ramai sangat kot pesan menu tu. Sudahnya beli burger je lah. Steak dia nampak macam kering sikit kan. Lain orang lain tastebud nya. Pada mereka sedap, pada kita kurang sikit.

    ReplyDelete
  18. Nak kena pi Kuantan ni....kot ada yg belanja🤭Masalahnya saya bagi apa pun semua sedap belaka 🤣

    ReplyDelete
  19. Selalu lalu tapi tidak pernah makan. Tidak tahu hendak pilih apa. Ingatkan ia jual burger sahaja.

    ReplyDelete
  20. nampak sedap ni
    harga pun kena dengan portion

    ReplyDelete
  21. Woodfire ini pernah saya teringiiiin sangat nak coba burger dia. Tp tak jadi2 tiap ke Malaysia. Trus baru tahu di jakarta pun ada cabangnya 🤣🤣. Cuma jauuuh dr rumah saya, yg bikin tak sempat juga kesana 😄.

    Jadi selain burger dia jual steak juga yaa. Nantilah kalau sempat nak coba. Tp sbnrnya saya lebih teringin utk coba burger drpd steak

    ReplyDelete
  22. Wah, angus steak yang dimasak dengan teknik woodfire ini nampak begitu menyelerakan. Aroma bakaran daripada api kayu pasti memberikan rasa yang lebih istimewa pada daging. Melihat perkongsian ini membuatkan saya teringin mencuba hidangan steak seperti ini, terutama bagi penggemar makanan barat. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan gambar yang menarik, memang membuka selera.

    ReplyDelete
  23. Orang tua macam wak ni woodfire pun tak pernah dengar lagi.

    ReplyDelete
  24. Belum pernah try lagi tapi asben & Bami dah pernah makan. GenZ biasalah.. FOMO😅

    ReplyDelete
  25. Betul kadang org lain kt sedap kita makn tak sedapp mana pun
    Lain tekak lain citarasa
    Biasa viral2 ni ciknur org last sekali mencuba he hee

    ReplyDelete
  26. Akak geng dengan Ujie dan Wak. Ada baca tentang Woodfire ni, dari kawan blogger juga, tapi tak pernah cuba. Gambar steak Afzan nampak menarik.

    ReplyDelete
  27. Woodfire ni blkg rumah je...masa awal² pembukaan mmg rajin pergi tp harga bole tahan mahal... so kita x leh nak makan slalu kan... now dh lama x pegi...x tau menu apa yg terbaru. So far tekak k ret ok je la menu² nya.. kita ni bkn tekak mat salleh..jarang makan steak😅😅 so kita assume.kt woodfire.ni best la camtu

    ReplyDelete
  28. pernah makan burger woodfire je. saya rasa specialty dia memang burger lahh. kalau steak ni option lain jugak yg lagi sedap

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..