Dah hampir setahun berlalu.Nak cerita pun dah banyak yang lupa.Tengok gambar je lah ehπ Gambar pun terlalu banyak,yang terpilih je dapat masuk blog.
Family day kali ni lain sikit.Bukan di hotel atau resort,tapi kami pilih berkumpul di atas houseboat.Trip santai ke Air Terjun Lasir dan Taman Herba Tasik Kenyir.Dari awal masing-masing dah tak sabar.Anak-anak pun seronok pertama kali nak naik houseboat.
Sedikit info houseboat yang kami ambil ni memang selesa untuk rombongan ahli keluarga yang ramai.Harga sewa 2h1m RM2,800.Houseboat 2 tingkat ada 6 bilik tidur biasa dan 2 bilik tidur VIP,1 toilet di tingkat bawah dan 2 toilet di tingkat atas,jadi tak berebut sangat nak berehat dan nak mandi.Bilik sederhana tapi selesa untuk bermalam.Ada juga bilik karaoke yang luas,lengkap dengan perabot dan aircond.
Di tingkat bawah juga ada dapur yang lengkap dengan peralatan untuk memasak.Di atas houseboat ni hampir semua barang asas yang ada dirumah,ada dalam houseboat ni.Bahan mentah seperti beras, gula dan sebagainya tidak disediakan kena bawa sendiri.
Keluarga waled,10 orang adik-beradik,40 orang anak saudara,6 orang cucu saudara


















Pernah baca pasal houseboat ni... ada me.ber opis pun pernah try...mmg berbaloi pegi ramai² kan... myb satu hari nak jgk try tp saya xde kenalan atau adik badik yg suka memancing heheh
ReplyDeleteKita pernah nampak houseboat di Tasik Banding. Masa tu pelik, sebab pertama kali nampak. Tapi, tak sebesar houseboat yg Afzan naik ni, dia macam saiz rumah teres aje. Yg Afzan naik ni besar betul ya, memang berbaloi ni naik ramai².
ReplyDeleteTeringin tapi tu la overthinking. Hahaha. Banyak fikir cerita dongeng tasik.
ReplyDeleteSeronotnya rama2 cam ni....
ReplyDeleteTapi tang trekking tu uncle serender....
Teringin juga sebenarnya tapi belum tercapai hajatnya hihi ... Keluarga besar gini seronoklah kan, macam² aktiviti bersama yg boleh dibuat.
ReplyDeleteSeronok tgk org buat family day
ReplyDeleteRinduuu suasana camni
Seronok nya Afzan. Kami tak pergi2 pun lagi
ReplyDeleteSeronoknya...tapi nak kumpul satu family macam tak cukup korum je pulak
ReplyDeleteSaya tak ada pengalaman lagi. tapi tulah macam takut juga. Mungkin sebab aquaphobia kot. Dia akan fikir bukan-bukan sikit. Meriahnya ramai-ramai. Itu baru 6 keluarga. Kalau semua ada kena booking 2 boat. Houseboat pun nampak cantik. Macam seni bina rumah kampung. Sepadan lah dengan tema kampung, baju opah dan berkain batik tu.
ReplyDeleteOoo menariknyaa.. ni kalau Suami Sis suka laa boleh memancings emua tu.. boleh plan bt family day gak ni..
ReplyDeletesronok tu..lain dr kebiasaan familyday dkt houseboat....husband akak time die p mancing kt kenyir ngan cousin ada die sebut juga psl houseboat ni
ReplyDeleteWah seronoknya kak, meriah betul. Kalau dah kongsi 10 beradik murah je jadinya bayaran nya kan.
ReplyDeleteMenarik betul, family day atas houseboat. Seronok bila pergi beramai-ramai. Cantik tempat air terjun tu, hijo je air. Deck dia pun luas. Memang haruslah memancing.
ReplyDeleteBestnya. Teringin naik entah bila
ReplyDeleteWah buat Hari Keluarga ya? Meriah.
ReplyDeletepernah pergi tasik kenyir dulu, tapi tidur kat rumah peranginan dia je. houseboat ni memang sesuai kalau buat gathering dgn big families
ReplyDeleteWah, RM2,800 untuk 2H1M dengan kemudahan lengkap kira berbaloi sangat untuk rombongan ramai macam ni. Terus rasa teruja nak cuba naik houseboat kat Tasik Kenyir jugak lepas baca entri ni! Tangga air terjun tu je lah nampak cabaran sikit kan
ReplyDeleteTasik kenyir nih Terengganu kan? Pernah baca house boat ini, tp seingat saya ada juga yg utk 1 keluarga kecil bukan kak? Yg ini memang besar lah, cocok utk keluarga besar.
ReplyDeleteTadinya saya teringin nak coba ini, Krn Desember saya akan menginap di Terengganu. Tapi setelah baca, Terengganu musim hujan besar, dan mungkin aktifitas air akan ditutup, jadi dahlah, hanya stay di kota saja. Menikmati hotel π.
Nanti kalau balik ke sana pas musim panas, baru nak coba house boat
Menarik! Geng bapa2 mesti suka sbb boleh memancing. Kalau ramai2 ni mmg best π
ReplyDeleteWah…menarik! Houseboat-nya pun ada sentuhan klasik - deko ukiran. Sesuailah dengan tema Orang Kampung tu π
ReplyDeleteAkak save poster harga tu, kot kami nak buat family day di Kenyir jugak.
Seronoknya dapat Family Day atas houseboat! Memang pengalaman yang sangat tenang dan unik bila dapat berkumpul satu keluarga keliling alam semula jadi macam ni. Tengok gambar-gambar throwback pun dah boleh rasa kemeriahannya. Moga silaturahim keluarga terus erat!
ReplyDelete