Thursday, August 27, 2026

UMI WALED PUN RINDU........

Hujung minggu pun susah nak jumpa.Tapi umi waled tetap datang hantarkan makanan Pia,kadang letak di guard untuk Pia ambil.


Ahad lepas dapatlah jumpa Pia sekejap.Tak lama pun,cukup la kita semua lepaskan rindu😭 

Pia menangis sambil mengadu penat.Katanya tak sempat makan dengan betul,tidur pun tak cukup.Dengar saja cerita dia,hati ibu mana yang tak risau.Nak suruh dia rehat,tapi dalam masa yang sama tahu dia tengah usaha mengejar impian dan tanggungjawabnya.

Biasanya Pia akan call 4,5 kali sehari.Sekarang nak dapat bercakap pun susah.Ada hari pukul 12 malam baru dapat dengar suara.Itu pun tak sampai seminit.Umi tak sampai hati nak tanya banyak soalan,tahu Pia penat seharian,takut nanti waktu tidur pula terganggu.Jadi dapat dengar suara sekejap pun jadi lah.

Disebalik angka tu, umi waled tahu ada banyak usaha yang orang lain mungkin tak nampak. Ada masa yang dikorbankan,tenaga yang dicurahkan,fikiran yang digunakan dan penat lelah yang Pia tanggung setiap hari.

Setiap penat dan pengorbanan pasti ada nilainya.Tak semua usaha terus nampak hasilnya hari ini.Kadang kita hanya nampak hasil selepas melalui banyak hari yang panjang dan melelahkan.

Pia,kalau baca tulisan umi ni,ingatlah...Umi dan waled nampak usaha Pia.Kami bangga bukan semata-mata kerana markah atau mata merit, tetapi kerana tahu berapa banyak usaha yang Pia curahkan untuk sampai ke tahap ini.

Teruskan perlahan-lahan,sayang.Jangan lupa makan,cukupkan rehat bila ada kesempatan dan jaga diri.Umi sentiasa doakan Pia💕

Semoga segala penat hari ini menjadi kenangan manis apabila Pia lihat kembali perjalanan ini suatu hari nanti.

22 comments:

  1. Aduh, kita pun ikut sedih sama. Bertabahlah ye Pia. Tak lama tu.
    Uishh strict betul demerit tu. Tak ada warning ek.Banyak pulak tu tolak.
    Jangan mudah mengalah Pia, teruskan usaha demi mencapai cita-cita Pia dan banggakan umi dan waled. Pia boleh!

    ReplyDelete
  2. walaupun tk dpt jmpa tp umi waled dtg antar makanan sedap2 tu..tkpe pia susah2 skarang utk kesenangan masa hadapan...take care

    ReplyDelete
  3. Aduhhh.. sebak lah tengok pic Pia dan baca coretan umi
    Walaupun dekat tapi terasa jauh bila tak dapat berjumpa. Pastinya rindu yang teramat sangat.
    Acik tak tau cemana mata dikira tapi demerit tu banyak juga. Pastinya Pia sangat sibuk dan tak sempat kemas masa inspection tu.

    ReplyDelete
  4. betul sangat Dik , bila kita fikirkan memang penat anak-anak bila dalam perjuangan menuntut ilmu ni, tapi depa kena cekal dan tabah kerana ujian sebenar adalah di luar alam pengajian nanti.. All the best buat Pia . Aamiin

    ReplyDelete
  5. Stay strong Pia! Setiap pengorbanan tak akan berakhir dengan sia-sia... Kipidap!

    ReplyDelete
  6. Rasa sebak baca coretan Afzan. Moga terus kuat semangat Pia, Afzan dan suami. Moga Pia dapat capai apa diimpikan.

    ReplyDelete
  7. Semangat Pia! Pengorbanan, masa tidur tak cukup, dan rasa penat sekarang ni pasti akan terbayar suatu hari nanti. Untung Pia ada Umi dan Waled yang sangat memahami dan sentiasa bagi sokongan. Semoga Pia sentiasa dimurahkan rezeki dan dijangkaukan impiannya! Buat Afzan...insyaallah Pia is doing good...

    ReplyDelete
  8. Banyak pengorbanan & pengalaman duduk di asrama ni. Kena hati yang kental untuk bertahan. Semoga baik2 saja Pia tinggal di asrama ye.

    ReplyDelete
  9. jemput join :) https://ejulz.blogspot.com/2026/08/segmen-mencari-bloglist-2026-oleh-ejulz.html

    ReplyDelete
  10. Tidak mengapa bersusah dahulu. Alamak dalam kesibukan kena potong markah pula. Semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  11. Moga baik-baik ajer ya....bermula dengan kepayahan...insya allah berakhir dengan kemenangan.

    ReplyDelete
  12. Semangaaàat ya pia 🤗🤗. Memang susah jalan yg dilalui untuk menuju sukses. Tp kalau pia bisa melewati ini semua, letih, kurang tidur, dan semuanya, insyaallah pia akan lebih kuat dari sebelumnya 🤗

    ReplyDelete
  13. Suatu hari nanti Pia akan rasa manisnya sebuah perjuangan & pengorbanan. Keep it up Pia!

    ReplyDelete
  14. Semoga Pia akan terus berusaha hingga ke penghujung.. insyallah pasti akan lega dengan hasilnyaa nanti.

    All the best pia...!! Semoga pia akan terus suvvess

    ReplyDelete
  15. Sayu membacanya
    Semoga Ganjaran indah menyusul
    Good luck Pia
    Buat ibuayah semoga terus mendoakan
    Ank tercinta

    ReplyDelete
  16. Aduhla, kita yang baca pun terasa sedihnya... moga yang baik2 je buat Pia, moga Pia sentiasa cemerlang dan dapat apa yang dicapai.

    ReplyDelete
  17. Stay strong ya Pia. All the best. Moga cemerlang dunia akhirat.

    ReplyDelete
  18. Sayu baca entri ni. Semoga Pia baik-baik saja, dan terus kuat dan semangat belajar mengejar cita-cita. 🤲💪

    ReplyDelete
  19. Allah...touching pula baca luahan rasa umi kepada Pia....
    Hati seorang emak....kasihkan anak ya tanpa syarat...mendoakan anak ya lebih dari yang lain..ikhlasnya hanya Allah yang tahu

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..