Wednesday, November 30, 2022

MAKAN DI RAJA IKAN BAKAR TOK BALI KELANTAN

Cerita lama sebelum ayah mula dialysis.Bawa mak ayah jalan-jalan makan angin.Time ni ayah memang dah tak berapa sihat dah tak ada mood nak berjalan,tapi kami cuba pujuk ayah ambil angin luar taknak la dia terlalu fikirkan sakitnya.

Check in hotel Tok Aman Bali Beach Resort 2D1N.Awal-awal saya dah Google tempat makan dekat-dekat dengan hotel cari yang ayah boleh terima ayah dah mula takut-takut nak makan risau penyakitnya makin teruk.Jumpa kedai ikan bakar dalam maps tak jauh dari hotel dalam 10 minit.Lepas maghrib kami keluar memang bergantung pada maps sepenuhnya sebab tak familiar dengan jalan di situ.Tapi ia main-mainkan perasaan kita dibawanya lalu jalan sempit,jalan mati tak tau masuk kampung mana dah la gelap gelita.Waled tutup maps pusing semula jalan balik ke hotel,rupanya kedai tu tepi jalan yang dah lalu tadi memang betul dekat sangat je dengan hotel.

Masa sampai tu orang dah ramai nasib baik saya dah booking awal,memang dah agak tempat makan macam ni kena tunggu lama.Sebab saya bawa orang tua taknak la kacau mood diaorang,saya request dia buat awal nanti saya sampai just panaskan je.Nasib baik tokey kedai nak layan.
Konsep kedai ikan bakar dekat sini makan tak berkuah,makan kering-kering.Ikan,udang,sotong bakar tawar kosong,kunyit garam rempah tak ada,bakar pula dengan arang.Yang buat kick cicahnya ada sambal sikit dengan kicap.Bila cicah je sambal waduh sedapnya.
Sambal cicahnya dia just letak sedikit sambal dan limau nipis ada botol kicap atas meja nanti tuang sendiri nak kicap ke tak.Ada juga bagi ulam ulaman dan budu.
Ayah teringin nak minum air bandung sedut sikit buat hilang terliur lepastu selebihnya Pia tolong habiskan.Ikannya sedap terasa fresh manis isinya,makan kering pun boleh menambah-nambah nasinya.
Mulanya waled duk tanya kuah tak ada ke?dahtu mcm mana nak makan tak tercekik ke?kat umah pun macam tu la mesti makan nasi nak ada kuah atau sambal yang boleh gaul dengan nasi.Tak boleh langsung mesti nak ada lauk berkuah kadang saya teringin juga nak makan lauk kering-kering nak masak banyak jenis malas terpaksa ikut selera diaorang aje lah.

Kali ni bila dah makan tak pandang kiri kanan siap minta nasi tambah tak ada pula tercekik,tau pun sedapkan sekali sekala makan keringšŸ˜Ž
Rupanya kedai Raja Ikan Bakar Tok Bali ni antara kedai yang famous di Tok Bali Kelantan.Semuanya nampak biasa tapi bila makan rasanya jadi luar biasa.


 






21 comments:

  1. Besar-besar ikan dan sotong. Sedapnya bakar bakar ni. saya suka jenis kering kering. Yang penting ada sambal tu. Mujur baru makan ikan bakar juga. Kalau tidak, terliur tengok. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah fiza sambal tu yg kick..yg biasa mkn cicah air asam kan

      Delete
  2. Sedapnya!
    Ibu, ayah dgn Aqil jenis mkn kering2 kami tak berkuah pun tak apa.. Mmg menu mcm ni selera kami sgguh lah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat umah ni saya sorang je yg suka makan kering2 tak ada geng

      Delete
  3. Sedapnya.. kalau ikan bakar mcm ni mmg sedap mkn dgn nasik je.. itu kalau sy lah.. alahai teringinnya nk sampai di pantai timur nk jalan2 cari mkn

    ReplyDelete
  4. Saya suka makan kering-kering...hihihi
    Tapi agaknya lebih baik kalau depa sediakan 1 lauk berkuah macam singgang ke...agar yang biasa makan berkuah macam walid tidaklah tercekikšŸ¤­

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngada je tu kak..elok je makan tak berkuah pun haha
      dkt rumah blh la request itu ini pergi tmpt org biar dia kena ikut cara org plk kan..

      Delete
  5. Wahhh.. lain kali jika ke Kelantan, bolehlah cuba makan kat sini. Kadang kalau baca cerita Afzan ni macam sebijik aje kisah kita, masak ikut selera mereka saja, nak ikut selera sendiri nt kena masak byk lauk pulak sbb mereka tak boleh masuk selera kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang byk ikut selera diaorg aje SK..kita ni tekak semua blh masuk rasa mcm cinderella step sister plk

      Delete
  6. Selamat menjamu selera
    Nampak sedap2 belaka

    ReplyDelete
  7. Bestnya kak, dapat kedai yang semua ikannya fresh tu yang best,. Kadang ada kedai kata fresh tapi bila dapat rasa dah lama. Sup kosong pun takde ke kat sana kak? Dana jenis boleh je makan berkuah atau kering je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai ni dekat dengan laut sbb tu ikannya fresh..sup pun tak ada Dana..kicap aje la yg buat kuah haha

      Delete
  8. Sedapnya dapat makan ikan segar macam ni ...

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan..dr blog kak Suria Amanda tadi...so jengah la sini kejab..kenal2 kan..
    emm..dapnye makan2...plus lagi sedap sbb ramai2..meriah!
    sama ngan hero..mkn mesti ada kuah2 or sup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal mummy ayu...terima kasih sudi bertandang

      Delete
  10. Bawa jalan-jalan pun satu terapi untuk melupakan seketika sakit yang ditanggung. Saya kalau makan yang kering-kering memang banyak boleh masuk perut hahahaaa.

    ReplyDelete
  11. ikan apa yg besar lebar tu .. nampak lebar sungguh

    ReplyDelete
  12. Yang penting ikan segar, sotong tu besar...sure murah harga makan kat sana kan...

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..