Saturday, September 30, 2023

Dapur Tak Berasap

Alkisahnya cuti Maulidur Rasul air tak ada..Setiap kali cuti sama ada Sabtu Ahad atau cuti umum kawasan rumah saya ni tak ada air,kadang fed up juga..bertiga je tak apa la buatnya hari cuti ada tetamu sampai memang gelabah nak mengangkut air.Ntah mana puncanya kerap sangat tak ada air.

Bila tak ada air dapur memang tak berasap.Kalau nak suruh masak juga waled kena la angkut air,agaknya waled pun malas nak angkut air tu yang dia awal pagi lagi dah bagitau hari ni kita makan dekat luar je.

Sarapan pagi keluar makan nasi kerabu KEMIRA,Kuantan ni soho la dengan nasi kerabu Kemira,dah banyak cawangan sekitar Kuantan.Tengahari tu saya teringin nak makan Dolly Dimsum maklum la Kuantan baru ada,orang KL dah biasa hehe..Sampai di ECM masyaAllah ramainya manusia,padahal cuti 1hari je kenapa keluar juga duduk la rumah rehat-rehat.Hahaha mengata orang kita pun sama sibuk keluar makan.Pusing mencari parking tapi tak jumpa-jumpa.Waled minta kami berdua turun dulu,sampai restoran pun tak boleh masuk semua meja penuh.Belum ada rezeki nak makan Dolly Dimsum.

Bila dah rancangan awal tak dapat mula la dah tak tau nak makan apa,Pia cakap dia nak makan ketam.Okay..jom la kita ke Tanjung Lumpur aje lah tempat biasa makan Ana Ikan Bakar.Waktu siang orang belum ramai.Memang betul order tak sampai 1/2jam dah sampai semua makanan.

Semuanya pilihan Pia

Sotong celup tepung,perut tengah lapar semuanya sedap.

Ketam telur masin,kerang rebus,sup sayur.

Makan la Nak...malam nanti tak makan dah,umi kalau dah dari awal tak masuk dapur memang bawa ke malam malasnya..kalau lapar tengah malam pandai-pandai la sendiri cari apa yang ada boleh makan.

Dalam kereta duk borak dengan waled,kita ni pergi makan situ sini asbab Pia je yang ajak.Pia duduk asrama nanti agaknya kita ni makan apa yang ada je lah kan dekat rumah,nak makan sedap-sedap nanti teringat dekat anak pula,kena tunggu anak balik baru boleh makan sedap.

Tak sampai malam pun,petang Pia dah cakap teringin nak makan sagu gula melaka.Sejak dah pandai makan dessert ni asyik minta umi buatkan.Alang-alang tu ajar la Pia buat sendiri bukan susah pun kan.

Begitu lah,banyak pula ceritanya.Mungkin anak akan ingat segala yang dia pelajari,mungkin juga akan jadi kenangan buat si anak.Hanya yang manis dan yang indah semoga selalu manis,semanis sagu gula melaka.




Thursday, September 21, 2023

MAKAN DI MS.ELLIOT SEMPENA BIRTHDAY PIA

Ikutkan perancangan awal Pia minta nak sambut hari lahir dia dengan kawan-kawan kelas.Katanya sebab dah tahun akhir di sekolah rendah nanti masing-masing akan bawa haluan ke sekolah baru.Saya pun dah mula booking tempat di McDonald.Tapi kita cuma merancang.Tarikh majlis tu Pia dan kawan-kawan kelas dia baru balik dari program perkhemahan sekolah.Masing-masing kepenatan,ada yang demam ada yang bengkak kaki.Pia pun balik dari program tu sampai rumah mandi,solat,makan,dia tidur sampai ke petang.Itu kalau tak paksa bangun mau bawa ke malam.

Bila dah lari dari perancangan awal mak kau jadi bengap sikit nak fikir plan lain.Waled ajak ke Melaka hari Sabtu Ahad tapi Pia masih penat nak jalan jauh.Kita makan-makan dalam Kuantan je lah hari Sabtu 9hb September tu.

Makan di Ms.Elliot..Tak buat reservation apa pon, just pergi walk in. Ada je table.Dah setahun lebih beroperasi tapi kami baru pertama kali sampai.Dengar cerita Chef dapur Ms.Elliot anak jati Kuantan yang baru balik dari luar negara dan merupakan pelajar perubatan tapi minatnya dalam memasak mendorong dia mengambil ijazah dalam bidang kulinari.

Kek red velvet pilihan birthday girl.Makin gelap la kulit dakPia ni balik dari camping.

Ni pun Pia punya dia pilih Lazy Bone Beef Short Ribs.Sedap katanya.Senyap je dia makan patut takde pelawa pun.Waled pilih Mui Heong Aglio e Olio.First time jumpa pasta siap ada ikan masin bulu ayam.



Saya pilih salted egg soft shell crab Pia minta share sebab nampak ada ketam.Soft shell crab tu dia goreng tempura kena pula dengan sos salted egg cukup lemak cukup rasa,tapi dapat makan kaki ketam yang kurus je lain dah kena 'pau'.Order juga pizza thin crust,of coz sedap tapi makan 1 slice je dah kenyang.Dah kenyang tapi gatal nak order.


Eh sekejap je rasa anak dah 12 tahun.Terima kasih waled sentiasa memahami,risau juga kan waled minta nak kahwin lain macam abg Tesla bila ada anak sorang je hahaha..Harap waled tak macam tu la kan..sebelum ni banyak soalan yang sensitif yang dituju pada kami,kalau nak fikir soalan mereka ni sampai tua hidup tak tenang.Lagi sedih bila soalan ditanya dihadapan orang ramai,diusik dan diketawakan.

Dulu baby waled sekarang dah jadi buddy waled.
Dah besar nanti jangan lupakan umi dan waled ye...

Umi waled love u so much dear!

Kalau ada yang ke Kuantan cubalah makan di sini...very recommended.








Friday, September 15, 2023

BERKELAH DI AIR TERJUN SG.PANDAN,KUANTAN

Dekat saja dengan rumah saya lebih kurang 15 minit,orang Kuantan panggil air terjun Panching,tapi nama komersialnya Air Terjun Sungai Pandan.Pergi hari Ahad hari terakhir cuti sekolah hujung bulan 8 haritu.Kitaorang gerak dari rumah 8.30pagi,kononya kami la paling awal.Sampai sana 8.45pagi rupanya dah bersusun kereta tunggu pintu pagar dibuka.Ingatkan dah hari akhir cuti tak ada orang.Pintu pagar dibuka pada pukul 9 pagi.Kena tunggu sekejap dalam 15minit melepak dalam kereta.

Dekat sini ada tempat camping Jiwacamp-Sungai Pandan.Tengok pada kawan-kawan share gambar Jiwacamp ni meriah lepas waktu malam dengan campers dari dekat dan jauh.Ada yang sukakan wild camping boleh bersantai di campsite sebelah air terjun.Sebabnya lepas pukul 6petang semua yang datang berkelah akan disuruh beredar jadi hanya tinggal campers.Air terjun dan sungai akan jadi dia yang punya.


Waled pilih tempat ditengah-tengah sungai.Saya ni jenis overthinking,ada rasa takut bila tengok sungai atau laut.Tapi tetap lawan perasaan tu.Bentang tikar,buka bekal terus makan.


Menu bekal macam biasa ikut permintaan bapa dan anak.Lepas subuh masuk dapur masak nasi putih,kari udang,ayam bakar airfryer dan salad untuk umi.Kalau zaman kita kecil dulu nak pergi berkelah mak mesti buatkan sandwich sardin kan,tapi sekarang kalau saya buat gayanya saya je yang makan.Kadang teringin juga tapi diaorang berdua ni tak makan sardin.

Saya tak mandi pun cuma celup-celup kaki je...Ntah la kenapa ada rasa takooot sangat.Pelik sungguh perangai.Dari jauh tengok gelagat bapa dan anak sambil kunyah salad.


Dalam pukul 10pagi orang dah mula ramai,saya dah mula kemas barang.Sebab tu keluar awal pagi sebelum orang lain sampai,bila dah ramai kita cepat-cepat balik..

Sebelum balik waled paksa ambil gambar.Tunggu Pia bilas badan salin baju dekat tandas punya la lama,bila tanya kenapa lama sangat dia cakap air toilet ni bestla umi sejuk sangat...agaknya dia belum puas main air tadi tapi dah kena ajak balik...

Nanti la kita datang lagi tapi tak tau bila walau dekat dengan rumah rasanya boleh bilang berapa kali je datang sini.

Ni dah nak balik tengok ramainya orang berkelah dalam sungai.Siap pasang khemah dalam sungai.Air sungai dah makin kering,awal bulan 8 haritu ada kawasan sungai Pahang di Maran pun kering kontang.


Monday, September 11, 2023

07.09.2011 HARI LAHIR PUTERI NURSAFFIYYAH

Hari Khamis 7hb September 2023 genap umur anak tunggal kami 12 tahun.Tarikh hari lahir haritu Pia tak ada dirumah pergi perkhemahan sekolah 3hari 2malam dari hari Selasa.Waled pula menghadiri kursus di IPN Sabak Bernam dari hari Isnin.Maka senyap sunyi la saya selama seminggu cuma yang ada anak bulus 2 ekor.Amber kemain lagi lena tidur waled tak ada dapat la dia tidur atas katil.

Sejak dah besar ni Pia dah tak teruja nak tunggu tarikh birthday,kalau kecil dulu dari awal tahun duk menghitung hari tengok kalendar.Birthday tahun ni bila tanya nak sambut dekat mana,nak hadiah apa,katanya Pia tak nak apa-apa.

Rasa sekejap sangat tempoh masa besarkan Pia.Terasa pendeknya waktu bersama dengan dia.Lepas ni mungkin ada rezeki Pia akan ke asrama,jadi cuma 12 tahun Pia tinggal bersama Umi Waled.Mungkin selepas ini rumah hanyalah tempat Pia bercuti.

12 tahun sangat la cepat masa berlalu.Rasa macam Pia masih baby.Umi waled sedaya upaya cuba bina memori indah dengan Pia.Umi waled akan hargai masa bersama selagi berbaki.

Dan hopefully dengan usaha keras umiwaled sepanjang 12 tahun ni,bila Pia dah masuk alam remaja umiwaled akan tetap relevan di hati Pia&masih sudi rujuk pada umiwaled dalam apa jua hal.

Lumrah yang umiwaled sedang lupa walau anak sendiri,umiwaled lupa Pia juga akan tinggalkan kami suatu hari nanti.

Sama macam umiwaled dulu pun kejap sangat dapat tinggal dengan atok dan nenek.Umur 13 masuk asrama.Habis form 5 masuk U pula.Dah mula ada kehidupan sendiri.


Masa kita bersama cuma 12 tahun,lepas tu akan mula perlahan-lahan melepaskan tali pergantungan kepada makayah dan cuba teroka kehidupan dengan cara sendiri.


Sekarang pun Pia dah mula mencatur kehidupan secara mandiri.Dah tak nangis bila kena tinggal malah ada masa dah tak nak ikut umiwaled keluar berjalan.

Sampai satu masa semua ini akan jadi kenangan.Masa tidak akan kembali.
Umi waled akan sentiasa rindu celoteh dan gelagat Pia.


Umiwaled akan sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain untuk luangkan masa bersama Pia walau sesibuk mana pun kami.Biar memori kita bersama akan Pia kenang sampai dewasa.


Semoga sempat untuk umiwaled gunakan waktu yang ada sebaiknya.
Tapi walau macam mana besar pun kasih sayang umiwaled pada Pia,Pia adalah milik Allah.Pia tetap tertakluk pada perancangan Allah.

Selamat hari lahir anakku Puteri Nursaffiyyah Binti Abd Jabar yang ke-12 tahun.Doa umiwaled akan sentiasa mengiringi setiap langkahmu untuk menempuh alam kehidupan agar sentiasa berkah&memperolehi kejayaan dunia akhirat.


Tuesday, September 05, 2023

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah kali ni tak dapat nak keluar dari Kuantan.Cadangnya nak ke Utara sambil memenuhi undangan mamaCella aka MakNgah.Tapi tak kesampaian nak ambil cuti sibuk dengan persiapan audit inspektorat.

Pia pun tak dapat nak menikmati percutian kali ni sepenuhnya,nak kena buat persediaan untuk PKSK dan UKKM.Bila dah tengok dia terperap buat ulangkaji dari pagi bawa ke malam kesian pula tengok.Lemau dah dia.

Cakap dengan waled jom la bawa Pia take a break,Pia pun perlu charge bateri juga sekejap.

Pergi tonton Malbatt je.

Perasaan mendebarkan tu boleh buat semua orang terdiam.Pia 2 kali juga meleleh air mata,dia dah la memang ratu air mata.Part azan tu rasa berdiri bulu roma.

Masa Abdel nak tinggalkan isteri dan anak dia yang dah meninggal tu Pia tanya kenapa suami lebih sayang isteri dari anak?Abdel tak tengok pun anak dia.


Orang Pahang cakap bapokk best weh!Kalau dulu rasa movie Paskal tu dah best tapi yang ni lagi tak terkata.Pelakon semua helok segak na,berkatang!

Tapi saya dah ada abam akauntan walau tak katang­čśé

Besar jasa askar Malaysia.Semangat cekal dan berani mereka buat kita rasa bangga,tambah pula sekarang dalam bulan Kemerdekaan,terasa bahang semangat patriotisme.Feel sangat!

May Allah bless each and everyone involved.Al-fatihah untuk perwira yang telah gugur di medan perang.