Friday, November 04, 2022

DURIAN UNTUK TETAMU

MasyaAllah tabarakallah bila ada yang call bagitau nak datang rumah sesekali dapat berkumpul sanak saudara kawan-kawan seronok sangat hati.Tetamu datang bawa rahmat Allah niat eratkan silaturahim tuan rumah belanja durian musang king Raub dan udang merah InsyaAllah berkat rezekinya.

Sebelum tu tuan rumah mohon maaf banyak-banyak tetamu kena makan dekat luar rumah.Budak Pia sorang tu tak boleh bau durian menangis mengamuk sampai muntah la kalau ada bau durian dalam rumah.Kita santai-santai duduk makan di kerusi batu kawasan porch kereta.Tiap kali makan durian kita hulur sebiji untuk jiran sebelah tak elok pula kan kita yang makan dia dapat bau je.
Musang king gred apa saya tak pasti 1kilo RM65.00 ambil sebiji je buat rasa-rasa.Campur-campur dengan durian jenis lain.Saya masak juga pulut dan santan makan dengan durian.
Tetamu dah balik tuan rumah sambung makan.Untuk tuan rumah kita angkut sekali dengan periuk senang nak tambah..huhu.Tuan rumah pun tak boleh makan dalam rumah nanti ada tuan puteri sorang tu marah.Kita berkelah makan kat belakang rumah.
Selalu cakap kat Pia rugi la tak suka Durian,buah paling sedap ni.Masalahnya semua jenis buah dia tak makan.Pernah sekali dia ada game netball cikgu suruh makan pisang untuk tenaga,sebab takutkan cikgu dia makan lepas tu tak boleh nak telan terus muntah depan cikgu.Dah kena marah cikgu cakap ngada-ngada­čśéMasa dia baby dulu umur 6 bulan saya pernah berapa kali buat puree buah pun dia tak kan makan.Ingatkan besar nanti makan la buah rupanya dah besar ni pun tetap taknak buah.Nak pegang buah pun dia geli.Waktu balik kampung atok minta dia kutip rambutan pun sampai nangis-nangis geli.

5 comments:

  1. Aduhai....terbau-bau la pula...nek.kena bertamu juga ni..kot dapat makan musang king...hihihi

    ReplyDelete
  2. Saya yang tengok gambar durian dah terasa-rasa sedapnya! Entah bila masanya akan ada longgokan durian di LD.

    ReplyDelete
  3. Musim durian dah tiba ye.. Bestnya dapat makan durian. Banyak pantang Pia..hehe..rugi tau Pia tak makan durian. Dasyat sungguh tu sampai bau pun tak boleh. Sedapnya durian makan dengan pulut dan santan.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..