Thursday, December 01, 2022

CUTI PERISTIWA

Ada cuti panjang tapi tak dapat nak keluar dari Kuantan fikirkan Pia nak exam UPKK.Biasalah bila dah cuti panjang duk umah otak pun jadi tepu.Petang Ahad Waled ajak keluar pergi solat maghrib berjemaah dekat Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah.

Masjid Sultan Ahmad Shah terletak di tengah Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. Terletak di Jalan Mahkota, masjid ini terletak di pusat bandar yang sibuk. Di sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank dan kedai-kedai. Hadapan masjid ialah sebuah padang bola yang luas.Kalau bulan puasa sebelum Covid-19 ramai yang berkelah waktu petang berbuka puasa di padang.Meriah.Tapi kami belum pernah cuba lagi berbuka puasa di padang rasa macam leceh😁

Pun boleh la asalkan boleh keluar ambil angin.Kali ni kita playing tourist at hometown giteww pergi solat dekat masjid negeri.Biasanya masjid ni musafir yang ramai singgah.Pia pun kelas KAFA di masjid ni.
Sementara nak tunggu azan maghrib bergambar je lah dulu.Walaupun setiap hari dua kali sehari datang sini hantar ambil Pia tengahari dan petang tapi idok la nak bergambar kan..So time acah-acah musafir lalu ni kita ambil gambar kenangan

Nampak belakang Pia tu ada Menara Kuantan 188,menara tu baru saja siap tahun 2019 merupakan ikonik yang tertinggi di Pantai Timur dan kedua tertinggi di Malaysia.Pelawat boleh naik menikmati pemandangan keseluruhan Bandar Kuantan serta pemandangan panaroma sungai Kuantan.


Lepas solat singgah minum-minum dulu.

Kuantan ni banyak je tempat menarik dari pantai-pantai hinggalah tempat makan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan,dan ada saja karnival setiap malam minggu.Walaupun bandarnya tak besar macam Kuala Lumpur tapi cukup padat jalan pun kemain sesak disebabkan traffic light.

I LOVE KUANTAN..Tibehhh😂









22 comments:

  1. Kuantan pun dah ada menara ikonik…baru tau.
    Cantik warna masjid, lembut tenang. Memang elok sesekali playing tourist, kalau tak kita tak perasan apa yang menarik di sekitar kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru juga siap kak menara tu aah kak dah tau nak kemana jd tourist ditmpt sndr aje lah

      Delete
  2. Eloklah solat jemaah di masjid.
    Kalau saya Masjid Al'Alami di MITC yang ramai datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pernah sampai di Masjid Al'Alami MITC tu tapi dah lama tahun 2007

      Delete
  3. Saya belum sampai bandar Kuantan lagi. Mudah-mudahan ada rezeki boleh jalan-jalan ke sana.

    ReplyDelete
  4. last time gi kuantan mmg time musim hujan... hehehe maybe next time pegi kena cari musim panas plak la :D salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenal dtg tengah tahun kak..hjg thn awal tahun pantai timur musim tengkujuh tak seronok nak berjalan

      Delete
  5. Pernah sampai sekali je di kuantan.. terus ke pantai teluk cempedak... hehehe

    ReplyDelete
  6. cantik gambar2 yg diambil, kdg2 rindu suasana sebelum covid kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mama sblm covid tak payah bertopeng kan ni dah tak wajib pakai pun rasa lebih selesa kalau pakai mask

      Delete
  7. Wahh chuantek gmbr pia dgn menara 188 dgn langit biru ghituuu.. 😀😀

    ReplyDelete
  8. Ahnaff suka gi Kuantan. Dia kata pasir kat pantai Kuantan lembutttt 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila abg ahnaff nak dtg Kuantan lagi jom kita pergi berkelah

      Delete
  9. Baru tau adanya menara ikonik tu..
    Sebut Kuantan saya hanya tau Pantai Teluk Cempedak ja🤭Kalau ada rezeki nak juga explore.
    Cantinya pokok-pokok Lerek tepi meja makan tu..
    Berangan nak tanam untuk landskap rumah Kedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teluk cempedak memang ramai orang luar je yg ke sana kak..
      ooo pokok lerek ye namanya,pokok lerek ni yg orang buat lemang tu kak?biasa dengar lemang daun lerek...cantik buat hiasan kedai ni tanam pokok lerek buat pagar kedai

      Delete
  10. Dapat keluar jalan2 walaupun dekat memang puas je rasanya..
    Tambah kalau terkena cuti panjang ibu kalau asyik memerap jer jadi mendap.. ;)

    ReplyDelete
  11. Pernah pergi kuantan atas urusan kerja..tapi x ingat plak sebelah mana masa tu..tapi bangunan kerajaan la...seronok kalau dapat explore ni...

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..