Saturday, March 30, 2024

NAK BAGI BAJU RAYA FREE

 Ada yang nak tak?saya nak bagi free je.baju ni dah tersimpan 2tahun belum pernah pakai.

Kisahnya tahun 2022 saya diberi mandat oleh waled untuk cari baju raya untuk kami bertiga.Waled bagitau dia nak pakai kurta tak nak baju melayu.Cari punya cari saya berkenan dengan brand AsikinAhmad.Sebelum beli dah hantar gambar bagi waled tengok model yang pakai baju tu.Dia balas OK.

Bila baju sampai kemain lagi kitaorang gelak sampai meleleh airmata bila tengok waled pakai,dah macam pakai baju kurung ๐Ÿ˜‚

Tak sesuai langsung dengan waled..Hahaha kelakar betul dalam masa yang sama rasa kesian sebab saya tersalah pilih.

Saiz M,kain jenis cotton

Nasib la tak kena marah tapi itu lah pertama&terakhir saya dibenarkan beli baju untuk dia.Baju anak pun dia yang akan pilih&belikan.

Kalau ada yang berkenan,email pada saya afzanjabar746@gmail.com alamat&no.phone ye,nanti saya akan poskan.Sayang la baju masih baru harga pun boleh tahan RM1++.00

Raya tahun 2022


Wednesday, March 27, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~PIA PULANG BERMALAM

 Selaku mak 1st timer ada anak duduk asrama,baru tahu PB tu Pulang Bermalam.

Banyak singkatan ayat yang nak kena faham.bila anak call tak boleh ternganga loading lama sangat kena cepat-cepat faham singkatan yang anak guna๐Ÿ˜†

Dua minggu duduk asrama berat badan Pia turun 4kilo.
Saya pula 2minggu puasa berat static.Nak suruh waled hantar umi duduk asrama juga la baru boleh turun berat badan agaknya.


Wednesday, March 20, 2024

SEMINGGU RAMADHAN

 Alhamdulillah dah 9 Ramadan.Tahun ni kami berdua betul-betul bersederhana.Belum jejak kaki di bazar.Waled cakap masak 1 lauk untuk berbuka&sahur cukup,nak makan sedap tunggu anak balik katanya.Macam ni rupanya perasaan makpak yang anak duduk jauh.Padahal menu anak dekat asrama nampak lagi sedap,makpak tak perlu risau pun sebenarnya.

Sunyi betul puasa tahun ni,terkulat-kulat makan berdua.Ni menu 1 Ramadhan,ikan masak kicap.Situlah lauk situlah sayur.


Ni menu Pia di asrama.Pihak maktab dah bagi makpak tengok menu anak-anak untuk sebulan.Tengok pada menu tu nampak sedap-sedap,tapi iye lah anak yang baru pertama kali duduk asrama ni yang sedap pun jadi tak selera,dakPia la tu...dia cuma makan nasi time berbuka je,moreh&sahur dia dah tak turun makan.Dia duk ulang makan yang saya bekalkan untuk dia susu kotak,biskut,cereal...

Menu 2 Ramadhan lauk orang kampung,singgang ikan,ikan rebus goreng dengan sambal goreng ulam terung siam.Biasa lauk macam ni boleh buat menambah nasi,tapi kami masak nasi 1/2 cawan pun tak habis.

Menu Pia hari ke-2


3 Ramadhan rasa nak makan lauk yang masam-masam.masak ikan masak cuka campur timun.Memang betul-betul 1 lauk,kuih pun tak ada.Tapi buah tembikai tak boleh tinggal,potong awal-awal letak dalam peti ais.Makan tembikai sampai tak selera dah nak makan nasi.Harga tembikai kat sini RM3 skilo,tak la murah sangat.

Menu Pia hari ke-3.
Dah masuk hari ke-4 tak dapat nak hubungi Pia.Fikiran duk fikir pasal dia je,ok ke tak.Bila baca group parents ada yang anak dia call menangis nak balik,baru lah rasa kuatnya anak aku ni,kena hadap&pendam sendiri tak boleh nak meluah rasa&bercerita dengan umiwaled.

Waled minta ikan cencaru sumbat sambal tapi fikiran pun tengah bercelaru yang jadinya asam pedas cencaru.senyum je waled bila buka saji tengok bini tersalah masak๐Ÿ˜“

Menu Pia 

Hari Sabtu/Ahad waled ajak balik rumah mak,jom la kita balik buka puasa dengan adik-adik tak lah sunyi sangat.


Tuesday, March 19, 2024

BERITA PIA DARI ASRAMA

 Dah seminggu Pia tinggal di asrama.Masa nak berpisah dengan umi waled Pia tak nampak sedih,nampak happy salam dan lambai umi waled.Kami je lah sampai je rumah terus rasa kosong&sunyi.Termasuk la 2 ekor tu Amber&Daisy pun diam tak bunyi suara,seakan faham ada yang kurang.

Malam hari pertama tu kami laki bini duk tertunggu-tungu Pia call,rasa macam nak gantung phone dekat leher.Tapi sampai ke sahur Pia tak ada call.Kami nak call risau menggangu dia dengan program orientasi.Lepas sahur saya cuba juga call Pia tapi voicemail,hati mula dah rasa sedih.Mana la anak aku ni,ok ke dia,sahur ke tak,phone habis bateri tak ada tempat nak cas ke duk tertanya-tanya sendiri.

Dah tak dapat call Pia mula la buat-buat sibuk pagi hari kemas dapur,kemas bilik Pia,iron baju,sampai la nak pergi kerja salam dengan waled dah tak boleh tahan rasa sedih sangat,tertumpah juga air mata depan waled.

Di pejabat pun tak boleh nak buat kerja,kejap-kejap buka ig mrsm,kejap-kejap tengok group homeroom,kejap-kejap tengok group muafakat.Duk zoom cari gambar Pia,bila nampak je Pia lega sekejap.Kuasa mak-mak gambar anak besar kuman pun boleh kenal...๐Ÿ˜„



Rasa tak sabar nak tunggu petang kot-kot Pia ada masa rehat dia akan call.Tapi hampa juga,bila parents lain update anak-anak diaorang sampai 3,4 kali sehari call mak ayah,hati kami mula dah tak tenang.

Lepas maghrib waled ajak terawih di masjid,pukul 10malam balik dari masjid cepat-cepat tengok phone.Padahal dah tau time tu Pia belum habis program.Saya cuba wasap ibu roommate Pia,minta tolong kalau ada anak dia call,minta dia tanya khabar Pia.Malam tu saya tertidur di sofa sambil pegang phone risau anak call tak dengar.Pukul 11.30 malam dapat panggilan nombor yang tak kenal,biasa no.tak kenal saya tak jawab.Tapi malam tu jawab juga call.Alhamdulillah Pia yang call guna no.phone senior.Pia bagitau phone dia tak boleh call out tak boleh call in.Tak ada line,cuma emergency call.Ya Allah mula la menangis lagi kesian anak umi.Mesti dia pun panic tak dapat call umi.Pia bagitau program habis pukul 11 malam dia ada turun bawah nak cari public phone,ada senior yang tegur dia.Pia bagitau nak call umi sebab phone rosak,jadi senior bagi pinjam phone dia.

Nak tunggu hari Sabtu pergi melawat,diaorang belum boleh pulang bermalam,tak sama macam SBP dengar cerita boleh balik setiap minggu.5hari juga tak dapat nak dengar suara Pia.Seksanya perasaan ni tak tau nak cakap macam mana.Waled bagitau mungkin basic phone yang Pia pakai tu tak boleh nak baca simkad 5g.

Phone ni la yang Pia guna,beli shopee.Sebelum pergi dah try semuanya ok.

Hari Sabtu 16Mac pukul 1.30petang umi waled orang pertama yang sampai di MRSM,waktu melawat sebenar pukul 2petang.Bila dapat je jumpa,berjujuran airmata Pia rindu umiwaled.Rupanya dia pun tak kuat berpisah tapi tak dapat nak bercerita dengan umiwaled duk pendam sendiri,minggu orientasi aktiviti sangat padat dengan suasana baru tambah lagi dengan penat bulan puasa.

Lepas jumpa Pia terus pergi beli phone lain,kali ni beli jenama Nokia.alhamdulillah sekarang Pia dah boleh call setiap kali ada masa free.Dengar suara dia pun dah ceria sikit.Masih lagi belajar untuk terima suasana baru,kawan baru,peraturan baru.

Dua hari berturut-turut pergi melawat Pia.Tetap sama menangis penat aktiviti padat,stress dengan kawan-kawan yang belum serasi,tak selera dengan makanan di dewan makan.Pia ada teringin nak makan itu ini,maklum la bulan puasa tapi peraturan asrama tak benarkan bawa makanan luar.

Moga Pia kuat,tabah dan sabar.Inilah pengorbanan demi jihad menimba ilmu.
Umi sebak sangat,nak bagi kata semangat pun tak terkeluar.Tapi doa umi tak pernah putus untuk Pia.







Thursday, March 14, 2024

HANTAR PIA KE MRSM

Sebelum daftar masuk MRSM 11.3.2024 ramai yang hantar hadiah untuk DakPia.Macam-macam yang dia dapat.Terima kasih juga pada semua aunty&uncle blogger atas ucapan tahniah dan doa untuk Pia.

KakYan yang jauh di selatan pun ada kirim duit&hadiah untuk Pia.Terima kasih banyak-banyak KakYan.Indahnya ukhwah antara kita walau tak pernah bersemuka tapi ikatan silaturahim terasa dekat.

Jaja pun dah kerap sangat hantar brownies untuk Pia.Terima kasih banyak-banyak Jaja,moga bisnes Jaja terkenal seluruh Malaysia,jangan main-main dengan kek Jaja dah sampai Sabah gaiisss...moga bertambah maju jaya.

2 hari sebelum daftar masuk umi waled requested dengan Pia nak tidur sama-sama dekat bilik Pia untuk 2 malam berturut-turut,nasib anak approved.Hhaha ngade sangat makpak Pia ni kan...Biasa anak yang nak tidur dengan mak ayah,ni dah terbalik plk.Maka berbondong-bondong la umiwaled mengangkut bantal selimut masuk bilik Pia.2hari tu juga Waled asyik duk tanya Pia nak makan apa-apa bagitau suruh umi masak.Pia cuma minta nak sup tulang dan sagu gula melaka.

Rasa sayu sangat sebak sempit sakit dada bila mengenangkan Pia dah nak tinggal di asrama.Sakit itu hanya diri sendiri yang tau,berperang dengan perasaan sendiri.Anak ok je kemain semangat tak sabar-sabar nak duduk asrama.





Umi bagi full kredit untuk waled atas kejayaan Pia.Waled la orang yang paling berusaha hal sekolah anak dari tadika sampai dah habis sekolah rendah.Mengajar sendiri anak tanpa perlu hantar tuition.Setiap kali Pia nak exam waled juga la yang sentiasa duduk bersama dengan Pia untuk ulangkaji bersama.Seingat umi Pia sentiasa no.1 dalam kelas dari darjah 1 hingga 6.Waled juga la yang ajar Pia mengaji Iqra' seawal umur 2 tahun dan khatam Al-Quran pada umur 8tahun tanpa perlu hantar pada ustaz/ustazah.Terima kasih banyak-banyak waled๐Ÿ˜ญ

Alhamdulillah Pia dah masuk sekolah idaman.Hari pendaftaran pun sangat smooth cuma dekat bahagian bayaran koperasi beratur panjang.Pia dapat 1 bilik 4 orang,seorang je dari Shah Alam yang 2orang lagi orang Kuantan.

Seharian juga kami di sana dari pukul 8.30pagi hingga pukul 5petang baru selesai.Tengahari tu sempat keluar bawa Pia makan tempat fav dia di nippon sushi sebelum balik asrama semula.

Umi tau jauh disudut hati waled juga ada perasaan yang bercampur baur.Bangga,happy,sedih,risau.
Tapi inilah harapan waled dan cita-cita Pia.Umi waled redho lepaskan Pia untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu.Mudah-mudahan tetaplah hatinya di MRSM Kuantan hingga ke akhirnya.

Disini bermulanya impian dan harapan.
Moga Pia dapat manfaatkan peluang ini sebaiknya.
Bermula la Pia hidup berdikari di asrama.Jadikan pengalaman ini sebagai pemangkin untuk Pia terus berjaya dunia akhirat.


Bila saat umiwaled lepas Pia hidup berdikari.Walau dekat tapi terasa sangat jauh.
Pesan umi waled pada Pia jagalah diri baik-baik,jagalah maruah diri,jagalah maruah keluarga.
Umiwaled sentiasa doakan Pia mohon dijaga kehormatan diri,mohon dijaga keselamatan Pia dan moga Allah jaga dan lindungi Pia.

Doakan Pia ye acik-pakcik moga dipermudahkan urusan Pia sepanjang dia disana,diberi kesihatan yang baik.




















Saturday, March 09, 2024

HOTEL SUMMIT USJ

Dari Sunway Lagoon nak ke hotel dalam 5 minit.Nak ke hotel tu dekat je tapi sesat nak cari parking hotel.Hotel ni beserta dengan mall,jadi dia macam keliru sikit la.Badan dah la letih ni.

Masa check in smooth 2minit je,booking melalui agoda seminggu awal.Rate bilik around 3++ untuk executive deluxe termasuk breakfast 3orang.Cumanya dah sampai depan bilik,pintu pula tak boleh buka.Gilir-gilir touch card access pada pintu tak boleh juga.Orang kampung sangat..datang bandar tak pandai nak buka pintu bilik hotel๐Ÿ˜…

Waled call kaunter bagitau tak boleh nak buka pintu bilik,rupanya diaorang tersilap bagi kad.Nak turun sendiri ambil kad baru dah malas tambah letih sakit kaki.Sementara nak tunggu dia datang hantar kad yang betul tu tersidai la dulu dalam 5minit.


Bilik ok bersih,aircond terlampau kuat bilik sejuk yakmat walaupun dah slow aircond.Aircond style lama tak ada remote.Kalau nak on off control suhu kena adjust putar pada box.Amenities semua lengkap termasuk iron&hairdryer.

Toilet pun bersih ada bathtub,toiletries lengkap dengan set berus gigi,shaver,sikat etc.Air pun laju je ada rain shower.Towel pun banyak dan pelbagai saiz

Biasanya kami tak pandang pun bahagian ni,kali ni berkali-kali duk ulang buat teh panas.Dapat minum teh o panas tu rasa lega sikit badan yang dah penat seharian di Sunway Lagoon.

Nak keluar pergi mall cari makan tapi pakai baju tidur.Confident je kan buat macam duduk kampung sendiri.Ingatkan dah malas nak keluar masing-masing pun dah penat dan sakit kaki.Tapi DakPia ajak cari boba milk tea plk.

Pilihan breakfast tak banyak.Macam biasa ada nasi lemak,kuey teow sup&goreng,ada kuih muih,roti bakar,buah2.
Tengok gambar pun dah tau kan sape yang makan banyak๐Ÿ˜

Lepas breakfast naik bilik rehat sekejap kemas-kemas terus check out.Pia pun dah tak pandang swimming pool.Dah tak ada apa nak buat,Waled ajak tambah bengkakkan lagi kaki nak pusing IOI Mall Putrajaya.







Wednesday, March 06, 2024

SUNWAY LAGOON

Short vacation untuk Pia sebelum masuk asrama.Haiissh la makin dekat hari pendaftaran makin rasa sayu rasa sebak.Bila sekali sekala terluah pada waled dia akan start bagi syarahan,katanya orang zaman dulu keluar berjuang mencari ilmu sampai bertahun-tahun lama tak balik langsung.Kita ni bersyukur la anak dekat je,hujung minggu boleh pergi melawat.Ye saya tau memang dekat,tapi ntah la perasaan sedih ni datang sendiri,terasa hidup makin sunyi.Over sangat kan...

Hari Sabtu 2hb Mac pukul 5 pagi kami bertolak dari rumah.Masing-masing segar je mata bila nak keluar bercuti,cuba kalau hari sekolah nak kejut bangun pagi mau 3,4 kali umi duk berulang ketuk pintu bilik.

Berhenti solat subuh di R&R Temerloh.Pukul 8 dah sampai Bandar Sunway.Pusing-pusing dulu cari tempat sarapan.Kali ni tak buat persediaan pun mencari tempat makan viral,redah je yang mana jumpa depan mata.


Pukul 9.30 pagi dah sampai Sunway Lagoon.
Tiket masuk saya dah siap-siap beli dekat shopee.
RM 150x1 Adult add on Quack Express RM90x1Adult.

Masuk awal nampak macam orang masih tak ramai,rupanya diaorang semua dah tengah beratur nak sewa locker.punya la panjang barisan macam ular kena palu.Sewa locker RM 50 untuk 1 locker besar.Saya tak sanggup nak ikut beratur.Jadi kami pergi salin swimwear dulu,pergi masuk rumah hantu dan pergi wildlife.






Belum apa-apa dah rasa penat menjerit masuk rumah hantu.Padahal dah tau tu semuanya orang tapi dah memang jenis penakut.Duk cengkam tangan Pia sampai sakit tangan dia.Hahah kesian Pia.Paling saya takut naik roller coaster,memang pejam mata sepanjang ride tu,menjerit sampai sakit tekak.Tapi itu lah yang paling DakPia enjoy.Waled dah surrender awal alasan dia nanti pening tak boleh nak drive kereta.Umi juga la yang terpaksa teman anak.

Dah siap pusing keliling pergi semula nak sewa locker,tengok orang masih ramai,Beratur juga la nak simpan bag.Dah simpan bag baru boleh pergi main air.Dekat sini tak boleh nak ambil gambar sebabnya slide-slide dia semuanya extrem.

Kelebihan ambil Quack Express ni tak perlu nak beratur panjang untuk setiap permainan.Walau dah ulang-ulang turun naik tetap diberi keutamaan.๐Ÿ˜






So semua tempat kita dapat cover dalam masa sehari.Sebelum ni dengar orang bercerita yang pernah pergi tak dapat nak main semua slide sebab habis masa untuk beratur je.Tak nak kecewakan Pia,makpak pun sanggup la bayar extra demi nak gembirakan hati anak.

Cuaca pun elok hari Sabtu tu langit mendung tak panas tak hujan.

Umiwaled rasa dah nak tercabut betis duk mengekor dia ke sana ke sini.Gilir-gilir teman dia naik slide.Kepala umi pun dah naik pening asyik menjerit je kejenya.

Dah siap-siap nak balik tu baru lah hujan.
Kami keluar dari Sunway Lagoon pukul 5 petang.Orang Pahang cakak 'bapokk lame' duk dalam tu.Itu pun dakPia tak nak balik lagi.

Kejar masa sebab belum solat.Dalam sunway lagoon pun ada je surau.Tapi nak lebih selesa kami solat jamak di hotel.