Thursday, August 27, 2026

UMI WALED PUN RINDU........

Hujung minggu pun susah nak jumpa.Tapi umi waled tetap datang hantarkan makanan Pia,kadang letak di guard untuk Pia ambil.


Ahad lepas dapatlah jumpa Pia sekejap.Tak lama pun,cukup la kita semua lepaskan rindu😭 

Pia menangis sambil mengadu penat.Katanya tak sempat makan dengan betul,tidur pun tak cukup.Dengar saja cerita dia,hati ibu mana yang tak risau.Nak suruh dia rehat,tapi dalam masa yang sama tahu dia tengah usaha mengejar impian dan tanggungjawabnya.

Biasanya Pia akan call 4,5 kali sehari.Sekarang nak dapat bercakap pun susah.Ada hari pukul 12 malam baru dapat dengar suara.Itu pun tak sampai seminit.Umi tak sampai hati nak tanya banyak soalan,tahu Pia penat seharian,takut nanti waktu tidur pula terganggu.Jadi dapat dengar suara sekejap pun jadi lah.

Disebalik angka tu, umi waled tahu ada banyak usaha yang orang lain mungkin tak nampak. Ada masa yang dikorbankan,tenaga yang dicurahkan,fikiran yang digunakan dan penat lelah yang Pia tanggung setiap hari.

Setiap penat dan pengorbanan pasti ada nilainya.Tak semua usaha terus nampak hasilnya hari ini.Kadang kita hanya nampak hasil selepas melalui banyak hari yang panjang dan melelahkan.

Pia,kalau baca tulisan umi ni,ingatlah...Umi dan waled nampak usaha Pia.Kami bangga bukan semata-mata kerana markah atau mata merit, tetapi kerana tahu berapa banyak usaha yang Pia curahkan untuk sampai ke tahap ini.

Teruskan perlahan-lahan,sayang.Jangan lupa makan,cukupkan rehat bila ada kesempatan dan jaga diri.Umi sentiasa doakan Pia.

Semoga segala penat hari ini menjadi kenangan manis apabila Pia lihat kembali perjalanan ini suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih singgah komen..