Niat hati hari pertama Ramadhan nak masak special meraikan anak-anak puasa.Tapi tu lah saya keluar pejabat pukul 4petang sampai rumah dah pukul 5.Ya Allah 1jam perjalanan yang biasanya 15-20minit je.Jalan jam teruk jem melekat😥
Sampai rumah letak beg,solat, terus singsing lengan baju masuk dapur.Minta anak dara 2 orang tu buatkan popia crab stick kesukaan diaorang.Memang sengaja minta diaorang buat kerja nak isi masa lapang kalau tak ada aktiviti semuanya lesu lemah tak bermaya.
Tahun ni saya masih lagi berazam tak nak ke bazar ramadhan tapi katanya waled kita kena pergi juga bantu peniaga-peniaga kecil penjaja gerakkan ekonomi.Bukan apa saya ni jenis rambang mata tengok makanan dekat bazar semua nak rasa dah beli nanti tak ada yang makan duk keluar masuk peti je.
Kuih lompat tikam tu waled la yang beli on the way balik rumah ramai yang berniaga tepi-tepi jalan katanya.Saya dah cakap tak ada yang makan pun kuih tu ada lagi dalam peti tu petang nanti nak paksa waled makan habiskan😂
Menu lain semua licin cukup-cukup untuk sahur tak perlu masak menu tambahan.Saya suka masak habis sekali makan je kalau ada lebih nak simpan-simpan masuk peti ais tu yang leceh nanti penuh dengan lauk left-over je.
Ini aje lah menu kami untuk first day berbuka puasa ala kadar saje.Hari pertama masih boleh kerja keras lagi biasalah awal-awal puasa rajin masak.Tengok dalam 3,4 hari lagi mula lah pening rumit nak fikir menu.Nanti mula lah siap bergoogle bagai kan...