Hari Khamis 7hb September 2023 genap umur anak tunggal kami 12 tahun.Tarikh hari lahir haritu Pia tak ada dirumah pergi perkhemahan sekolah 3hari 2malam dari hari Selasa.Waled pula menghadiri kursus di IPN Sabak Bernam dari hari Isnin.Maka senyap sunyi la saya selama seminggu cuma yang ada anak bulus 2 ekor.Amber kemain lagi lena tidur waled tak ada dapat la dia tidur atas katil.
Sejak dah besar ni Pia dah tak teruja nak tunggu tarikh birthday,kalau kecil dulu dari awal tahun duk menghitung hari tengok kalendar.Birthday tahun ni bila tanya nak sambut dekat mana,nak hadiah apa,katanya Pia tak nak apa-apa.
Rasa sekejap sangat tempoh masa besarkan Pia.Terasa pendeknya waktu bersama dengan dia.Lepas ni mungkin ada rezeki Pia akan ke asrama,jadi cuma 12 tahun Pia tinggal bersama Umi Waled.Mungkin selepas ini rumah hanyalah tempat Pia bercuti.
12 tahun sangat la cepat masa berlalu.Rasa macam Pia masih baby.Umi waled sedaya upaya cuba bina memori indah dengan Pia.Umi waled akan hargai masa bersama selagi berbaki.
Dan hopefully dengan usaha keras umiwaled sepanjang 12 tahun ni,bila Pia dah masuk alam remaja umiwaled akan tetap relevan di hati Pia&masih sudi rujuk pada umiwaled dalam apa jua hal.
Lumrah yang umiwaled sedang lupa walau anak sendiri,umiwaled lupa Pia juga akan tinggalkan kami suatu hari nanti.
Sama macam umiwaled dulu pun kejap sangat dapat tinggal dengan atok dan nenek.Umur 13 masuk asrama.Habis form 5 masuk U pula.Dah mula ada kehidupan sendiri.
Masa kita bersama cuma 12 tahun,lepas tu akan mula perlahan-lahan melepaskan tali pergantungan kepada makayah dan cuba teroka kehidupan dengan cara sendiri.
Sekarang pun Pia dah mula mencatur kehidupan secara mandiri.Dah tak nangis bila kena tinggal malah ada masa dah tak nak ikut umiwaled keluar berjalan.
Sampai satu masa semua ini akan jadi kenangan.Masa tidak akan kembali.
Umi waled akan sentiasa rindu celoteh dan gelagat Pia.
Umiwaled akan sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain untuk luangkan masa bersama Pia walau sesibuk mana pun kami.Biar memori kita bersama akan Pia kenang sampai dewasa.
Semoga sempat untuk umiwaled gunakan waktu yang ada sebaiknya.
Tapi walau macam mana besar pun kasih sayang umiwaled pada Pia,Pia adalah milik Allah.Pia tetap tertakluk pada perancangan Allah.
Selamat hari lahir anakku Puteri Nursaffiyyah Binti Abd Jabar yang ke-12 tahun.Doa umiwaled akan sentiasa mengiringi setiap langkahmu untuk menempuh alam kehidupan agar sentiasa berkah&memperolehi kejayaan dunia akhirat.