Tuesday, December 31, 2024

BERAKHIRNYA TAHUN 2024

Sebulan cuti blog.Tak ada apa yang menarik nak menceceh.Kehidupan macam biasa,pergi kerja balik kerja,Sabtu Ahad visit anaknda di maktab.Ini aje lah ulang-ulang sebulan ni.

Cuma 23hb 12 berlaku perkara yang sedih untuk kami bertiga.Perkara paling saya takut dah pun terjadi.Amber kucing  kesayangan yang kami jaga selama 8 tahun telah pergi kepada penciptanya.Mudahnya dia mati cuma taknak makan&minum dalam 1hari,taknak bermanja cuma separuh hari.Kami balik rumah mak di kampung sekejap,balik semula ke rumah tengok Amber dah mati dalam toilet,kebetulan juga pintu toilet tak berkunci haritu.Dia yang paling suka makan,dia yang paling suka digosok,pantang umi waled balik kerja terus minta dukung dan peluk.Sepanjang umi jaga dia doa yang umi sentiasa minta setiap hari Allah panjangkan umur Amber supaya umi waled dapat tumpang bermanja dengan Amber.Terima kasih Allah hadirkan Amber dalam hidup kami,yang buat kami bahagia setiap hari.Kebetulan juga Pia tengah cuti sekolah sempatla Pia jumpa&bermanja dengan Amber.



Cuti sekolah 1minggu pun tak dapat nak kemana,becadang nak bawa Pia pergi Genting Highland tapi Pia pula yang taknak,katanya nak study untuk exam Sem 2 6hb 1 nanti,sekolah lain dah habis exam kan,MRSM baru nak mula.Lagipun cikgu dah kirim pakej percutian yang bertimbun ni dengan kelas online dengan assigment nya,risau tak sempat siap katanya.So kita cuma ulang alik,turun naik rumah tok di kampung saja.

Selamat tahun baru 2025 semua sahabat blogger.Doa saya untuk kita semua moga 2025 nanti hati kita lebih tenang,hati kita lebih sabar,hati kita lebih ikhlas,hidup kita sentiasa bahagia,hidup kita sentiasa mensyukuri nikmat dan redha dengan ketentuannya.
Saya harap tahun 2025 ni hidup saya tak lagi kelam kabut mencari mengejar urusan dunia.Apa yang ada pakai,apa yang ada makan,guna apa yang ada saja.Berharap diri sentiasa redha&ikhlas,dapat memaafkan dan melupakan.




Wednesday, November 27, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~KIRIMAN KARIPAP


Alhamdulillah ....rezeki dapat kiriman karipap yang sedap ni dari sahabat blogger Jaja Ahmad
Tak ingat la kisah bila rasanya bulan lepas,suami Jaja ada datang Kuantan,itu yang dia kirim.Kebetulan saya dah lama teringin nak makan karipap,Baru saja terlintas di hati pun sudah Allah kabulkan.Allah Maha Kaya.bukan tak boleh beli ramai je yang jual tapi nak cari yang sedap tu susah,biasa minta mak buatkan,lately rasa segan pula nak minta mak buat.Bila mak dah 60-70 tahun ke atas ni dah tak boleh lagi mengharapkan masakannya,kalau teringin sangat tu kadang minta juga mak masak.
Ikhlas dari hati saya memang sedap karipap Jaja,kulit karipap rangup,lembut,kena dengan inti ada isi ayam&daging ketul-ketul berasa bila gigit.. bukan sebab dapat free eh,ni memang betul-betul sedap.
Alhamdulillah rasa bahagia sangat bila dapat apa yang kita teringin..moga mencurah-curah rezeki Jaja&family seperti mencurah-curahnya hujan yang turun sehari-dua ni. 




 

Wednesday, November 13, 2024

MAKAN DI MYVIETS

Sebelum hantar Pia masuk sarang dah habis cuti Deepavali haritu.Dari start sampai rumah balik cuti dia bagitau nanti nak balik asrama lambat,nak sampai dekat guard pukul 6 katanya..umiwaled iya kan aje😎

Dah sampai masa hari nak kena hantar balik,waled siap-siapkan barang dia letak depan pintu,bagitau lepas zohor kita gerak ye nak kena singgah situ sini.Nampak muka dah monyok nasib tak ada drama airmata.

First time nak makan di MyViets ni,Pia cakap tak tau nak makan apa,tak pe nanti sampai kita tengok la menu apa yang ada.

Macam biasa kena order melalui QR code yang disediakan.Buku menu tetap ada,baru puas nak belek-belek menu.Kebanyakkan tempat pun dah guna QR code untuk order,kalau dulu tak suka sekarang dah jadi kebiasaan.



Menu pertama yang sampai.Pia order Pho Bo Tenderloin Noodle Soup,nasib boleh request tak nak sayur,kalau tak jenuh nak mengutip sayur dalam mangkuk dia.makanan Vietnam kan jenis penuh sayur.Saya rasa sesudu soup serious sedappp beef pun banyak&lembut.

Ini waled order rice with mango chicken.Banyak giler-giler potion makanan,semput nak perabih.Lain kali datang sini kena share je makan,dah tak boleh nak order sorang satu.
Yang ni saya punya order vietsnamese dry noodle.Rasa kurus jap tengok sayur berlambak.Yang ni pun not bad.Untuk semua makanan ni sedap.Menu yang awal-awal sampai tu spring roll ngan sugarcane prawn terpaksa bungkus dah tak larat nak makan.


Boleh datang lagi.Time acah-acah nak makan makanan sihat nanti kita datang sini😂

MyViets dekat Kuantan ni masih baru mesti ramai yang belum cuba,serious yang belum cuba kena datang dan wajib rasa makanan dekat sini.
Saya cakap dengan Pia bagitau la kawan-kawan kalau outing ajak la parents datang makan dekat sini owner MyViets ni dulu pun MRSM Kuantan.

















Thursday, November 07, 2024

Happy Birthday to me, Giveaway for you!

 Saya baru nak join..

nasib baik belum terlepas tarikh tutup Happy Birthday to me, Giveaway for you! 

Giveaway blogger Mummy Ayu ni...

syarat2 nya simple je...

1. buat 1 entry bertajuk " Happy Birthday to me, Giveaway for you!"
and link balik ke entry ni

2.  tinggalkan link korang kat bahagian komen entry ni
 so that Mummy Ayu leh blogwalking ke blog korang & tinggalkan jejak


3. tu je... 😉
siap!!!


Untuk Mummy Ayu

Selamat hari lahir kak...

Semoga Allah permudahkan segala urusan akak&anak2,semoga yang baik-baik Allah aturkan untuk akak&family,semoga semuanya dalam rahmat&redha Allah,sentiasa diberi kesihatan yang baik.....

Terima kasih telah menjadi inspirasi kekuatan untuk kami.



Wednesday, November 06, 2024

Skywalk Menara Kuantan 188

Cerita cuti Deepavali.Seperti biasa memang lembap nak berkongsi cerita di blog😁

Cuti Deepavali haritu kami tak keluar dari Kuantan,masing-masing tak dapat nak sambung cuti hari Jumaat,tambah Pia balik cuti kali ni cikgu dah kirim pakej percutian dengan homework dan kelas online.

Pia dah lama sebenarnya teringin nak skywalk di menara 188,tapi belum berkesempatan.Kebetulan cuti 1hari ni kita tak pergi mana-mana jom la kita layan permintaan anakdara sorang ni.

Menara Kuantan 188 kedua tertinggi di Malaysia selepas menara Kuala Lumpur,kedudukannya yang berdiri di tebing sungai Kuantan menjadikannya tarikan untuk melihat pemandangan bandaraya Kuantan secara 360 darjah.

Kebetulan hari Khamis tu cuaca pun baik dengan angin yang nyaman jadi boleh la kita jamu mata melihat panorama indah bandar Kuantan.


Saya beli tiket secara walk in di kaunter RM98 utk skywalk & untuk yang nak naik ke skydeck sahaja dewasa RM36 seorang, lepas buat bayaran perlu isi borang dan perlu serah pada instrutor skywalk.Dia tengok alamat rumah kami "ooo orang dekat je.." 😂

Instructor akan pakaikan peralatan keselamatan pada badan dan bertopi sebelum naik ke skydeck dengan ketinggian 104meter.

Diberi taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti

Siapa yang suka aktiviti lasak yang mencabar adrenalin memang awesome tapi saya nak duduk tepi-tepi pun tak berani.Nak ambil gambar pun berdebar risau takut terlepas telefon ke bawah.
Macam-macam aksi yang dia suruh Pia buat, kita yang tengok ni tak  boleh nak berdiri dah menggigil kaki😅
Ada video yang dia suruh Pia berlari-lari anak sambil meluncur tapi tak boleh nak upload pula la


Masjid Sultan Ahmad Shah 







Jemput datang ke Kuantan...Tibehhh😀

















Wednesday, October 16, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~LAUK TENGAH BULAN

Sebenarnya tak kira tengah bulan ke hujung bulan ke awal bulan pun tetap sedap.Lagi-lagi tengah lapar.

Nikmat.

Tak payah tunggu tengah bulan hujung bulan lauk macam ni yang buat selera bertambah.

Tuesday, October 15, 2024

POKOK DUKU

 Kami tak ada dusun cuma beberapa batang pokok semua keliling rumah je,sekarang pokok-pokok ni dah tua tapi masih ada yang sudi menabur bakti.Banyak juga yang dah ditebang diganti dengan bilik tidur.Istimewanya pokok keliling rumah ni boleh buat redup.Alhamdulillah tahun ni semua pokok berbuah lebat.Dapat la serba sikit sebanyak hasilnya.Sempat adikberadik yang duduk jauh,sedaramara,jiran-jiran merasa,kebetulan cuti sekolah bulan September masih lagi musim buah.

Pokok durian ada sebatang yang arwah abah waled tanam tapi dah tak berbuah mungkin dah 'menopause'

Adat orang tua,memanjat pokok duku mestilah pakai kain sarung sebagai selempang.Kalau tak pakai kain sarung tak guna memanjat katanya.Zaman kanak-kanak dulu bila dengar orang tua cakap ni terpinga-pinga tak tahu hujung pangkal.

Bila diri sendiri dah jadi orang tua baru faham sebenarnya kain sarung ni untuk letak buah duku yang dipetik dari tangkainya.Sampai sekarang waled masih praktikkan kaedah yang sama kononnya nak tunjuk pada anakdara dia sebagai generasi baru keunikkan memetik buah duku.
Tapi anak zaman sekarang,dia buat tak endah sahaja tambah pula dia jenis yang tak suka buah.



serba sikit nak hantar bagi jiran-jiran

mak mentua,setiap kali tiba musim buah,dia akan bercerita ada pokok-pokok yang arwah abah tanam ni tak sempat abah nak merasa.Abah meninggal kemalangan jalan raya semasa nak ke masjid waktu asar dalam bulan ramadhan.
Imam Nawawi menjelaskan: terdapat keutamaan menanam pohon dan tanaman, bahawa pahala pelakunya akan terus mengalir selama mana pohon dan tanaman itu masih ada, serta sesuatu (benih) yang keluar daripadanya sehingga hari kiamat.

Moga ada pahala yang sentiasa mengalir untuk Abah.














Friday, September 20, 2024

KEPUTUSAN EXAM PERTAMA PIA SEM 1

 Pengalaman baru juga untuk kami makpak bila tengok keputusan exam Sem 1 MRSM.Rupanya maktab guna sistem pointer PNG.sistem PNG ni sebenarnya tak membantu untuk masuk mana-mana U tapi ada juga manfaat untuk anak terus meningkat dalam pelajaran,macam simulasi awal la kan..Di maktab anak-anak dah didedahkan dengan sistem universiti,kalau gagal exam kena re-sit.Selain dari lulus subjek akademik,diaorang juga kena cukupkan kredit hour(assignment,badan beruniform,kemahiran,sukan,mini ulul albab).Pembelajaran pun lebih advance,form 1 dah ada subjek sains komputer,tambah pula Pia ambil aliran IGCSE dah mula belajar subjek fizik,kimia&biologi.

Sebelum cuti haritu dah dapat keputusan exam Sem 1,result exam semuanya di up dalam sistem e-pelajar.Makpak plk yang berdebar balik-balik cek sistem,macam tunggu duit masuk.Diaorang belum tau result,makpak dah potong dulu.

Alhamdulillah hanya ingin berkongsi rasa gembira.Bukan mudah untuk Pia yang tak habis-habis homesick ni,umiwaled faham kesukaran Pia dan akan tetap terus bagi semangat untuk Pia dari belakang,segala kesukaran kepayahan kita telan bersama.

Umi waled syukur sangat keputusan PNG 3.69 dengan Anugerah Penghormatan Pengetua.Masih jauh lagi perjalanan Pia, terima kasih buat guru-guru MRSM yang hebat,banyak membantu anakanda saya.Full kredit juga untuk waled yang tak pernah putus asa mengajar tiap kali visit Pia.Moga terus berusaha&berjuang sampai akhir untuk anakanda.

Doakan ye💪

Wednesday, September 11, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~KOPI SAIGON


Kemaruk dengan kopi Saigon.Dah try yang lain tapi tak boleh lawan dengan Saigon.Saigon tetap di hati katanya.

Saya bukan peminat kopi sebab akan sakit kepala bila minum kopi,zaman anakdara dulu kalau bau kopi pun dah boleh buat pening kepala tak boleh bincang. 

Monday, September 09, 2024

PIA TURN 13

7hb September 2024 genap umur anak tunggal kami 13 tahun.Satu-satunya permata hati umiwaled.

Sejak dah remaja ni Pia dah tak teruja nak tunggu tarikh birthday.Rindu pula zaman dia kecil dulu 2-3 bulan awal asyik tengok kalendar kira hari.

Sebelum birthday saya ada tanya Pia nak celebrate dengan kawan-kawan homeroom di maktab,taknak katanya.Nampaknya Pia masih belum serasi dengan kawan-kawan.Katanya Pia nak umiwaled datang je,tak bawa apa-apa pun takpa,tak ada kek&hadiah pun takpe.

Bila bagitau ummi nak beli kek juga la walau Pia taknak,Pia request nak red velvet tapi taknak kek SR,nak kek mamasab je.Baru senang hati ummi bila ada permintaan dari anak.Zaman Pia duduk taska dulu biasa dia akan minta 2 biji kek tiap kali birthday,tapi bila dah besar ni anak taknak kek umi yang susah hati..😂


Semoga Allah kurniakan umur yang panjang&berkat untuk Puteri Nursaffiyyah,dikurniakan rezeki yang berkat&selalu bersyukur.Sentiasa diberi kesihatan yang baik dan keafiyatan,rezeki yang melimpah ruah,mudah dan barokah,bahagia di dunia&akhirat.Semakin dewasa,moga semakin taat kepadaNya.

Doa umiwaled sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan Pia.

Wednesday, August 28, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~DAISY

Manja ummi..
Dengan waled dia takut-takut.
Dengar je suara waled terus menyorok.


 

Thursday, August 22, 2024

NASI DAGANG ATAS TOL

Cerita dah basi ni.Pertama kali saya sampai di sini NDAT.Ingatkan kedai area Tol rupanya nama kampung Atas Tol.Ini datang kebetulan ada jemputan kenduri kahwin kawan.




Orang kata NDAT ni kalau siapa datang lambat balik awal,jadi kita tak nak kecewa beratur panjang ataupun makanan habis,lepas Subuh terus pergi.Tengok jalan sunyi sepi lagi,jemaah subuh di masjid pun belum balik lagi.

Ingatkan kami paling awal,rupanya dah ada yang tengah beratur.Kena order&bayar dulu di kaunter,makanan kena ambil sendiri.





Waled pilih nasi dagang ayam goreng,saya ambil nasi dagang ikan.Tengok ikan macam eh sikitnya dia letak,tapi bila dah makan memang cukup malah berlebih plk.

Waled order Tea Peng Ombak Rindu.Dia memang tak berpantang makan,isteri dia je kononnya diet.
Nasi Dagang ni banyak,saya hampir-hampir tak habis,tapi makan juga perlahan-lahan sambil tengok keletah orang.Siap makan pukul 8 lebih punya la lama makan😅

Sebelum ni dengar orang cerita je NDAT sedap,sekarang dapat juga merasa.Ada keropok lekor juga tapi dah tak boleh nak makan terlampau kenyang,bungkus bawa balik hotel.


Tanda hadir ✌