Saturday, November 05, 2022

2D1N GENTING HIGHLAND~PART 2

Bersambung Part 1 check in pukul 6 petang saya ambil hotel Winmill Premier Suit.Dari theme park turun semula ke GohTong Jaya.Sengaja ambil hotel dekat bawah esoknya nak naik cable car di Awana Skyway.Malam semua dah malas nak keluar dinner makan apa yang ada saja roti dan maggi cup.Kaki dah lenguh seharian berjalan.Lepas isyak kami naik ke tingkat 41 sekejap nak tengok pemandangan malam.Yang Pia tunjuk tu pemandangan puncak Genting Highland.Tak boleh lama diluar ni angin malam sejuk terasa sampai ke tulang,saya jenis yang tak tahan sejuk menggigil badan.

Dari malam Pia duk ajak nak mandi kolam saya cakap air kolam tu mesti sejuk boleh ke tahan dengan cuaca berkabus sejuk ni.Pagi tu waled tak nak kecewa kan Pia bawa juga mandi kolam eh rupanya air kolam tu panas suam-suam la mana saya tahu ingatkan air kolam tu sejuk macam di hotel yang biasa pergi😂Saya celup-celup kaki je lagipun tak bawa swimwear.Tapi memang best la air suam macam ni kurang sikit lenguh kaki berjalan semalam.Paling budak Pia teruja bila ada awan lalu depan hidung dia 😁
Dah sampai sini kami tak beli apa pun,waled ada juga cari kemeja kerja tapi tak ada yang berkenan,jalan-jalan cuci mata saja.
Pukul 11 siap-siap nak ke Skyway cable car dan SkyAveneu.Tiket cable car saya dah siap beli di website ambil tiket pergi bali harga Glass floor gondola RM31.00.Mungkin sebab bukan peak hour orang tak ramai 1 cable car 1 family. Sepanjang perjalanan tu boleh tengok keindahan hutan yang usianya beratus juta tahun.Boleh nampak pemandangan awan di bawah tu.Pemandangan still clear nampak lawa nak bergambar.


Sebelum sampai ke puncak genting ada kuil.Belakang Waled tu Chin Swee Temple diliputi awan dan kabus.Boleh juga kalau nak jalan-jalan ke sana ambil gambar nak merasa pengalaman macam berada di Beijing China turun di Chin Swee Station.Cable car pun akan terbuka pintu bila sampai di station untuk sesiapa yang nak turun bergambar ke apa ke,tapi kami tak turun pun terus ke SkyAveneu.
Masa dah sampai dekat atas boleh nampak theme park semalam,ada budak tu ajak masuk lagi sekali tak puas main katanya.Lain kali ye umi waled balik cop duit dulu😅
Sampai dekat atas kami blur sikit,pusing-pusing tak tau nak ke mana.Restoran yang saya target nak pergi semuanya tutup.Just merayau,lepak dan makan-makan di food court je.Syok pergi hari isnin dah tak ramai orang macam first day.
Sekejap je dekat atas tu lebih kurang pukul 1 dah turun semula.Beli popcorn garret je untuk Pia.Otw balik singgah makan ikan patin clayport di Temerloh.Siap makan tak singgah mana-mana dah terus balik ke Kuantan esoknya dah kerja.Alhamdulillah is fun perjalanan pergi balik dipermudahkan.


6 comments:

  1. skrg ni mcm ramai pulak tgk org naik ke genting... sy follow ye.. salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kakmim sudi singgah..ye kakmin genting dah cantik banyak tempat boleh lawat nnt blh masuk dalam whishlist jalan2 hihi

      Delete
  2. cantiknya kak, tang bergambar waktu malam tu kalau dana mesti berselubung dah...sejuk bebeno pakai gitu je hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pia tu bukan reti sejuk Dana..tidur pasang aircond pun tak berselimut..akak je yg berselubung dah tak nampak rupa hahaha

      Delete
  3. Seronok juga dapat stay disana. Sejuk dan view malam pun cantik. Best naik cable car dapat tengok permandangan dari atas. Tak tahulah sekarang macam dah mula gayat bila naik tempat tinggi.

    ReplyDelete
  4. Mungkin ada pemanas air dalam kolam tu heheheee. Tu pasal suam-suam.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..