Wednesday, July 29, 2026

WORDLESS WEDNESDAY~9 TAHUN LALU


Gambar Ummi&Pia 9 tahun yang lalu.Masa tu Pia masih tadika.Tengok gambar ni terus rasa macam sekejap sangat masa berlalu.

Dulu boleh peluk,boleh cium,boleh ajak jalan-jalan bila-bila masa.Sekarang Pia dah besar,dah pandai berdikari.Ummiwaled pun dah tak sentiasa visit Pia di asrama setiap minggu.Rasa rindu zaman Pia kecil.

Tak sabar nak tunggu esok Pia boleh balik!Hampir 2 bulan juga tak dapat balik.Dapat cuti 3 hari sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang.

Cuma dah boleh bayangkan,hari Ahad nanti mesti mula moody nak kena balik semula ke asrama,nak tunggu hampir sebulan lagi untuk cuti panjang hujung Ogos nanti.

Begitulah kehidupan mak-mak yang anak duduk berjauhan.Bila anak balik,masa rasa berjalan terlalu laju.Bila anak pergi,masa pula terasa lambat sangat.


Wednesday, July 15, 2026

THROWBACK FAMILY DAY HOUSEBOAT TASIK KENYIR

Dah hampir setahun berlalu.Nak cerita pun dah banyak yang lupa.Tengok gambar je lah eh😅 Gambar pun terlalu banyak,yang terpilih je dapat masuk blog.

Family day kali ni lain sikit.Bukan di hotel atau resort,tapi kami pilih berkumpul di atas houseboat.Trip santai ke Air Terjun Lasir dan Taman Herba Tasik Kenyir.Dari awal masing-masing dah tak sabar.Anak-anak pun seronok pertama kali nak naik houseboat.

Sedikit info houseboat yang kami ambil ni memang selesa untuk rombongan ahli keluarga yang ramai.Harga sewa 2h1m RM2,800.Houseboat 2 tingkat ada 6 bilik tidur biasa dan 2 bilik tidur VIP,1 toilet di tingkat bawah dan 2 toilet di tingkat atas,jadi tak berebut sangat nak berehat dan nak mandi.Bilik sederhana tapi selesa untuk bermalam.Ada juga bilik karaoke yang luas,lengkap dengan perabot dan aircond.

Di tingkat bawah juga ada dapur yang lengkap dengan peralatan untuk memasak.Di atas houseboat ni hampir semua barang asas yang ada dirumah,ada dalam houseboat ni.Bahan mentah seperti beras, gula dan sebagainya tidak disediakan kena bawa sendiri.

Keluarga waled,10 orang adik-beradik,40 orang anak saudara,6 orang cucu saudara


Tapi cuma 6 keluarga saja yang dapat join family day kali ni.

Waled bersama bondanya

Santai petang di Air Terjun Lasir.Kira-kira 2jam perjalanan dari Jeti Lawit,Kenyir.
Houseboat akan bermalam di sini.

Nak pergi mandi air terjun kena jungle tracking yang jaraknya lebih kurang 70meter dari tempat parking houseboat,tapi cukup memenatkan sebab kena panjat tangga batu&kayu yang tinggi&curam





Malam BBQ bertemakan orang kampung,baju Opah dan kain batik.

Pia dan sepupu sebaya

 malam BBQ


Aktiviti yang dibuat sampai ada yang tak tidur malam adalah memancing.


Geng ayah-ayah yang teruja menjala ikan waktu subuh

                                                                           

Yang belum ada pengalaman naik houseboat boleh la cuba walau sekali seumur hidup.
Sumpah best gilaaa😂























Wednesday, July 08, 2026

WORDLESS WEDNESDAY~Angus Steak Woodfire

Nampak posting adik-adik Gen Z review Angus Steak Woodfire di Threads.Ada yang kata steak dia juicy,ada yang puji steak padu,ada yang ulang makan berkali-kali.

Teringin juga nak rasa apa yang viral sangat tu.

Disebabkan woodfire tengah viral di Threads,memang ramai la yang datang.Masa kami sampai di Woodfire Kotasas hampir semua meja penuh.Cashier dah inform awal kena tunggu hampir 1jam.Kebiasaanya kami datang makan sunyi sepi,cuma ada 2,3 orang saja.

Saya pilih medium well.Daging masih lembut dan berjus dibahagian tengah,bahagian luar pun dimasak dengan cantik.Dipadankan dengan sos lada hitam berkrim dan satu jenis lagi sos saya tak pasti tak dapat nak describe.Kentang goreng potong besar tu rangup diluar dan lembut didalam.

Untuk harga steak RM69.90 sesuai dengan hidangan dan kualiti daging.

Cuma pada citarasa saya,masih ada beberapa tempat lain steak yang lebih sedap.Masih belum jadi steak kegemaran saya.Setiap orang ada citarasa yang berbeza.

Dah ada yang pernah cuba ke?

Saturday, July 04, 2026

JOM MASUK DAPUR

 Jom la jenguk apa yang pernah keluar dari dapur saya.Sejak duduk berdua ni dapur tak sesibuk dulu.

Sekarang kami dah tak bawa bekal.Pagi akan makan siap-siap di rumah.Tengah hari biarkan perut berehat sekejap,kononnya nak bakar lemak😂Balik kerja barulah makan sama-sama.

Belek gallery phone,kita korek khazanah yang ada ni untuk buat entry blog.

Ada yang masak sebab teringin,ada yang ikut resepi kawan blogger,ada yang dibuat atas permintaan.

Jemputlah masuk dapur saya.Mari sama-sama kita belek satu persatu menu yang pernah di masak.Mana tahu ada yang boleh beri idea untuk menu esok.

Jangan risau...tengok gambar je tak menggemukkan.Yang bahaya nanti kalau tiba-tiba rasa lapar😁

Ikan bawal emas goreng dimakan bersama tempe dan tauhu goreng,ulam timun,terung bulat serta sambal tomato resepi Kak Amie.Lauk kering macam ni memang tak pernah mengecewakan.

Pengat cempedak pertama kali try makan dengan biskut cream crackers tiru gaya makan MamaCella.Rupanya sedap juga gabungan tu.

Sekali sekala teringin sarapan menu tradisional pulut ikan masin dan pulut inti kelapa.

Menu yang selalu ulang-ulang salad telur bersama yogurt.Simple tapi mengenyangkan.

Pisang gula melaka,sagu dan susu cair untuk berbuka.

Kuih lopes sudu terliur tengok kak Mulan buat.
Isnin&Khamis rajin sikit buat kuih untuk berbuka puasa.

Tauhu sumbat berjangkit daripada kawan-kawan blogger.Asyik nampak ada yang update,akhirnya saya pun diam-diam terpengaruh.



Bila rajin sikit masak nasi arab chicken mandy dan nasi arab ikan tenggiri.

Solok lada kelantan style dah lama teringin.Nampak ringkas tapi renyah juga.
Makan dengan nasi panas boleh buat buka selera.
Ada hari penat balik kerja,masak megi tumis je untuk makan petang.

Last meal biasanya sebelum pukul 6petang.Lepas waktu tu memang tutup dapur.Waled pun dah terbiasa,mudah-mudahan usaha kecil ini dapat bantu kekalkan berat badan&lebih sihat.