Friday, May 17, 2024

ME'NATE STEAK KUANTAN

 Birthday treat waled yang ke 4* jom la kita belanja dia tempat fav dia di Me'nate Steak Kuantan.Baru juga launch di Kuantan kalau tak silap saya dalam bulan Februari lepas.Sebelum ni kalau teringin sangat nak makan steak sanggup dari Kuantan ke Ampang.

Sebelum datang dah booking meja awal,maklum la apa yang masih baru di Kuantan ni akan jadi tumpuan orang ramai.Sampai je terus boleh duduk dan order.

Kebetulan meja sebelah pun nak celebrate birthday..tapi tuan empunya belum sampai jadi kita tumpang la sikit buat bergambaršŸ˜Nak tempah macam ni rasa segan pula,umur dah sikit lagi nak masuk 50 macam tak sedar diri dah tua,padahal bini dia rasa membazir la nak deco-deco ni.

Kita bagi dia peluang pilih sendiri apa yang dia teringin nak makan.

Kebetulan juga Pia dapat PB 5 hari sempena maktab jadi tuan rumah perkhemahan pandu puteri kebangsaan,kalau tak waled kena tunggu anak balik cuti penggal la baru boleh celebrate.

Pilihan saya wagyu burger.sekali rasa macam nak datang lagi tapi kena fikir 2 kali.Separuh burger dah kena cukai dengan DakPia.


Pia pilih Lamb Ribs,tapi makan sikit je sebab duk terliur burger ummi

Waled ambil beef ribs.Sebelum makan manis je muka.


Muka dah kelat,
macam biasa job bapa-bapa tukang licinkan baki makanan anak.













Thursday, May 09, 2024

WAJIK DELIMA UNTUK KENDURI

Saya buat wajik delima resepi mamacella  untuk majlis akad nikah anak saudara Sabtu lepas. Apa kabar agaknya mamacella,haritu baca entry katanya kurang sihat,moga sudah sembuh dan sentiasa sihat ye kak..

Terima kasih atas resepi wajik delima yang paling sedap ni.Saya tiru 100% resepi mamacella dan memang jadi sangat sedap.Tetamu yang makan pun puji wajik delima sedap katanya,cuma yang saya punya tak secantik macam mama cella buat.

Saya buat tak banyak pun,buat 2 kilo beras pulut je.buat tambah-tambah manisan yang sedia ada.

Saya simpan sini resepi wajik delima mama cella

WAJIK DELIMA BERKILAUAN
1kg pulut
1kg santan (anggaran 4 cawan santan pekat)
1kg gula pasir putih
3 ketul gula batu (anggran sebesar ibu jari kaki) šŸ¤£
1 sudu teh garam
3 helai pandan
1 sudu pewarna merah

1. Pulut dibersihkan & direndam semalaman & sekurang-kurannya 4 jam
**asingkan 1 cawan & rendam berasingan + pewarna merah

2. Kukus pulut hingga masak
** Kukus berasingan putih & merah. @ letak pulut merah disebelah pulut putih. JANGAN gaul sekali. 

3. Setelah masak biar sejuk berasingan.JANGAN gaul.

4. Masak santan, gula batu, gula pasir, garam & daun pandan. Kacau sentiasa hingga pekat. Mula-mula mendidih buihnya laju.. Bila pekat buihnya perlahan. Air gula bersantan akan jadi buih-buih pekat.

5. Masukkan pulut kukus putih & kacau sebati.
**Gula pekat akan kembali cair selepas mashk pulut. JANGAN risau. Terus kacau hingga pekat semula & semua pulut bersalut

6. Bila sudah kental, BARULAH masukkan pulut bewarna merah & kacau rata sekejap sahaja.
**Pulut Merah kena masuk akhir sekali suoaya warna merahnya tidah melekat pada pulut putih & warna merahnya akan lebih menyerlah & akan jadi cantik

7. Kaut & masukkan dalam loyang @ bekas acuan yang diingini.

8. Biar sejuk sebelum dipotong @ dihias untuk majlis special...

Extra tips ;
1.Gunakan pulut biasa untuk texture yang leboh baik. JANGAN guna pulut susu kerana pulut susu lebih sesuai untuk ketupat palas & seri muka. 

2.Wajib guna gula batu untuk dapakan effect berkilau seperti batu delima. 

3.Warna merah mesti pekat untuk dapat effect batu delima yang menarik

4. KESABARAN akan membuahkan hasil yang lebih sempurna



Wednesday, May 08, 2024

MAJLIS AKAD NIKAH ANAK SAUDARA

 4hb Mei 2024.Anak saudara waled telah bertemu jodoh dengan pasangan pilihannya.Majlis yang makcik pakcik semua nanti-nantikan maklum la anak saudara perempuan sulong,adik-adik sepupu semua masih belajar lagi.Yang kahwin ni anak kepada kakak sulong waled,anak perempuan pertama yang kahwin.

Hari yang sama kami juga dapat jemputan kenduri kahwin di Terengganu.Satu-satunya kawan batch semasa di IPT yang masih belum kahwin,nak tak nak kena juga hadirkan diri.Pergi berdua je ke Terengganu pergi awal sehari,kali pertama travel berdua tanpa anak.

Lepas makan,jumpa pengantin sekejap,ada 3-4 orang kawan yang datang awal sempat la berborak sepatah dua.Tak sempat nak tunggu kawan-kawan yang lain sampai terus bertolak balik ke Kuantan nak kejar majlis akad nikah anak saudara pada pukul 5petang.

Sepanjang perjalanan Terengganu-Kuantan hujan selebat-lebatnya,kitaorang dah risau macam mana la majlis petang tu kalau hujan lebat macam ni,majlis pula konsep outdoor.Sampai di Kuantan pukul 4.30 petang tengok tempat majlis nikah memang dah habis basah.Alhamdulillah pukul 6petang hujan dah berhenti,diaorang lap sikit-sikit kerusi untuk pengantin dan imam duduk,syukur 2 kali lafaz dah selesai anaknda Liana dah jadi milik orang,lewat 1jam dari perancangan awal.





Selamat Pengantin Baru untuk anaknda Liana&pasangan,semoga jadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah.
Doa ikhlas dari kami berdua pengantin lama.