Monday, November 21, 2022

REZEKI UNTUK TETAMU

Lain macam betul PRU kali ni kan...macam-macam cerita meriah sebelumnya lagi,semangat semasa hari mengundi,berdebar tunggu keputusan,ternanti-nanti cuti ke tak hari Isnin,sampai sekarang parlimen masih tergantung😂

Cuti panjang kali ni kami tak kemana tunggu tetamu datang ke rumah dah ada yang mesej call tanya ada dekat rumah tak,yang dari selatan dari barat nak balik ke Terengganu dan Kelantan yang dari pantai timur nak ke Selangor dan KL akan pit stop makan,mandi,rehat sebelum bertolak balik ke kampung.Nasib baik Jumaat tu dah dapat cuti boleh la masak apa yang ada untuk diaorang penat masing-masing perjalanan jauh katanya traffic slow banyak kereta.Yang ada anak kecil lagi la macam-macam hal dalam kereta..

Rezeki untuk tetamu saya masak 2 kilo nasi arab mandy dengan 3 ekor ayam,laksa penang,nasi putih tomyam seafood dengan ayam goreng berempah,pencuci mulut puding trifle.Tak tau la masak sedap ke tak janji ada makanan untuk tetamu yang datang.
Puding trifle ni resepinya saya ambil dari blog kekanda SK Puding Triffle Pengantin..minta halal ye resepi dan olahannya..sebenarnya dah lama saya ambil sebelum menulis blog lagi sebelum ni hanya silent reader blog SK😬setiap kali nak buat puding ni memang guna resepi SK.TQ kak...

Mak saya memang selalu pesan adab tetamu datang rumah supaya siapa yang singgah ada makanan yang boleh dikongsi,jika datang waktu pagi hidangkan sarapan,jika dalam tempoh masa makan tengahari hidangkan nasi begitu juga jika mereka sampai waktu petang hidangkan minum petang.Tapi tetamu saya semuanya sampai waktu petang tapi saya tetap hidang nasi diaorang nak jalan jauh lagi nanti tak perlu nak singgah mana-mana perut dah kenyang boleh terus sampai ke kampung.

Biarpun sederhana suasana tetap meriah mau tak meriah sekali sampai 5 keluarga.Kami berbesar hati setiap kali menerima tetamu...


18 comments:

  1. Alhamdulillah...menyantuni para musafir. Makanan dimasak dengan hati yang ikhlas, makan pulak ramai-ramai...tentu sedap!

    ReplyDelete
  2. Tudiaaaaaaa..
    Penuh meja...semua sedap-sedap belaka tu ...telioq la Afzan....
    Nak kena ajak SK bermusafir ke Kuantan nih..🤭

    ReplyDelete
  3. Wahhh..meriahnye menu. Nampak sedap semuanya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya begitu la Jaja sedap macam dalam gambar haha

      Delete
  4. Alhamdulillah. Moga tambah rezeki dan dipermudahkan segala urusan.Sedap-sedap hidangannya.

    ReplyDelete
  5. Meriahnya menu dh mcm open house raya dah.. kongsi rezeki dgn tetamu kan? Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala kakmim..time orang nak datang je beria sikit masak kalau tinggal 3beranak 1hari masak 1 lauk je

      Delete
  6. meriah menu tu...sedap2....trifle lama tk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat kak..nanti up resepi boleh saya cuba resepi akak plk

      Delete
    2. ada resepi lama dh update thn 2010 lg...bole la cuba sbb akak ada ltk whipped cream http://mamatisya.blogspot.com/2010/10/puding-triffle-strawberry.html

      Delete
    3. ok kak dah jumpa post tu sure i will do that

      Delete
  7. wahhhh bestnya kak, sedap semuanya. Lenkali kalau nak ke terengganu nak singgah jugak lah rumah akak heheheh

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..dapat menyantuni tetamu dengan hidangan sedap sedap. Terbaik siap jamu nasi mandy lagi tu. Tetamu datang bawa rezeki juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang fiza tetamu datang bawa berplastik2 buah hehehe

      Delete

Terima kasih singgah komen..