Monday, December 19, 2022

CERITA HUJUNG MINGGU

Hujung minggu baru ni di Kuantan hujan tak berhenti selebat-lebatnya hujan.Ingat nak memerap je dalam rumah tapi kesian dekat Pia cuti sekolah tak ada ke mana-mana.Mulanya nak check in hotel dekat-dekat dalam Kuantan tapi kalau dah hujan lebat macam mana nak mandi kolam rasa rugi kalau setakat pergi tidur hotel je.

Pagi Sabtu lepas sarapan Waled keluar main badminton berdua dengan Pia sementara tu saya boleh siapkan kerja surirumah.


Tengahari keluar makan dah penat kemas rumah ada alasan malas masak😎




Tekak teringin nak makanan nasi Arab terliur juga nak makan Kunafa.Padahal boleh je kalau masak sendiri nasi arab tapi nak juga merasa yang kedai masak memang dah confirm sedap.Makan di restoran Al-Bayt.Waled minta arabic coffee lepas minum terus pening-pening lalat😇

Aktiviti lepas lunch main bowling.Punya la ramai orang, pergi dua tempat semua lane penuh.Pergi tempat yang ke-3 baru ada kosong tapi boleh main 1 game je.Boleh la janji dapat luang masa bersama selain di meja makan.

Waled buka gelanggang,kemain semangat apak kau ye dah lama tak golek bola agaknya tu,risau tengok kang ada yang gelongsor sekali tuan badan 😂 

Pia terlebih excited asyik ke longkang je.

Puas Waled ajar cara aim tapi manjang je aim ke longkang.Biasa ok je dia main tak tau kali ni kenapa tak ada luck.Dah habis 1 game jom la balik melepak tengok TV dekat rumah.


PRAY FOR PANTAI TIMUR.Banjir besar melanda Terengganu dan Kelantan.Ada yang info jalan nak ke Terengganu di tutup.Ada juga yang dah terkorban dalam banjir kali ni.Semoga mangsa banjir tabah dan selamat semuanya.


21 comments:

  1. Janji ada aktiviti kan untuk anak dara tu...musim hujan ni apa pun x boleh nak buat...semoga dipermudahkan untuk mereka yang terlibat dengan banjir, sedih baca 3 beradik meninggal sekali terkena renjatan elektrik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banjir besar kali ni terengganu kelantan lebih teruk dari 2014

      Delete
  2. Wah...yang berjalan berdua tu mana adik mana kakak?
    Nampak sebaya🤭

    ReplyDelete
  3. Arabic coffee memang pekat betul kan.

    ReplyDelete
  4. Oklah tu, bawa makan2, then main boling kan .. adalah aktivitinya.
    PH doakan agar dipermudahkan segala urusan warga Pantai Timur & seluruh Malaysia yg sedang dilanda banjir. Dengar cerita kawan2 pun ramai yg rumah mereka dibaiki air :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg ckp banjir tahun ni lagi besar dari tahun 2014,tmpt yg xpernah banjir pun blh banjir sampai masuk air dalam rumah

      Delete
  5. Kalau hujan suka duduk rumah. Makan bends bersup dan panas.
    Ya Allah, semoga mereka yang menghadapi kesusahan banjir dan tanah runtuh diberikan kemudahan dan dihapuskan dosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah NA kalau zaman bujang dulu seronok merap dalam umah,ni dah ada anak tak boleh nak santai2 duk dengar dia ulang sebut boring2

      Delete
  6. Replies
    1. teman si anakdara tu ciknur asyik duk bzikir boring2

      Delete
  7. Dekat sini dari jumaat tak hujan kak panas je tapi belah sana setiap hari hujan ye, suka nengok akak berskrit kembang sama dgn cik Pia, comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujan angin kuat dekat sini Dana kadang tu bergegar pintu rumah

      Delete
  8. Replies
    1. jalan dekat2 pusing Kuantan je..terima kasih sudi berkunjung ke sini ;)

      Delete
  9. Cuti sekolah tak semestinya kena bawak jalan2 keluar daerah, dapat spend time dgn mak & ayah buat aktiviti riadah pun anak2 dah happy. Hari ni buat donut dgn anak2 seronok la dieorg menguli2 doh hehe.

    ReplyDelete
  10. seronok nya dpt spend masa sama2 kan..
    iyer..sedih betul baca paper kisah bankir tu..moga dipermudahkan semuanya, and moga yg terlibat tu tabah hadapi dugaan Allah....aamiin

    ReplyDelete
  11. Good idea jugak pegi main bowling musim hujan ni kan? psl mkn tu mmg mcm tulah selalunya, nak masak bkn x boleh tp teringin nak mkn masakan orang dan dihidang org... hahaha... itu mengada namanya.. hihi

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..