Thursday, December 29, 2022

MAKAN TEPI PANTAI LAGENDA,PEKAN,PAHANG

 Cerita cuti hari krismas santai-santai dengan adik beradik keluarga mentua.Diaorang pakat ajak main boling dan lepas tu makan-makan santai di Pantai Lagenda Pekan.Perjalanan dari Kuantan ke Pekan ambil masa 15 minit je.




Ambil peluang cuti sekolah dapat berkumpul ramai-ramai ini pun ada lagi 5 keluarga tak dapat balik kalau tak lagi riuh rendah.

Keluarga waled keluarga besar,Waled cerita dulu masa sekolah cikgu tanya adikberadik berapa orang,waled jawab 10 orang.Cikgu terkejut tak percaya.Cikgu tanya berapa orang mak berapa orang ayah waled jawab 1 mak 1 ayah la cikgu ๐Ÿ˜‚
Cucu mak mentua sekarang ada 41 orang cicit ada 6 orang.Kami berdua dah pangkat atok dan nenek.


Acara wajib bila berkumpul makan-makan semestinya.Menu potluck saya bawa nasi lemak kuning sambal ikan tongkol bungkus surat khabar.Gambar makanan saya tak ambil sibuk berebut pinggan.Kalau dekat rumah mak mentua makan pun kena berebut siapa lambat wassalam cari makan sendiri dekat luar,sekali masak untuk tengahari 5 kilo beras malam 5kilo beras lauk xsoh cerita kadang kena catu๐Ÿ˜…

Sampai je tepi pantai cuaca redup angin kuat,tak ramai orang dan tak sesak.Budak-budak kecil memang tak bagi langsung main air risau ombak tengah kuat.Makan tepi pantai dengan angin pantai tak berhenti mulut menguyah.



Walaupun ringkas tapi seronok tu lain macam.Kadang tu benda yang kita tak rancang la yang akan menjadi dan terjadi.







28 comments:

  1. Lama plak rasanya x berkelah makan2 macam ni...bestnya..nak2 ramai macam ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA dah bertambah ahli keluarga boleh gathering ahli baru

      Delete
  2. best nyaaa dapat kumpul reramai camni... meriah!!

    ReplyDelete
  3. adik beradik suami ammi pun ramai... ada 12 orang adik beradik.
    anak buah ada 42
    cucu dah ada 3
    sekali balik raya dibuatnya semua ada mmg meriah dan dapur tak penah berhenti bekerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama total hahaha
      giliran siapa dekat dapur tu yang penat,pinggan cawan kami tak basuh dah guna pakai buang

      Delete
  4. Replies
    1. kalau kenduri kecil2 memang tak ajak orang lain dah PH..
      masak anak beranak pun kambing sekor tak cukup ni

      Delete
  5. Replies
    1. sekali sekala wak kalau hari2 dah tak meriah boleh buat pengsan haha

      Delete
  6. inilah dinamakan membeli pengalaman ...seronok dan nostalgia itu pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan untuk anak2 mesra dengan auntie uncle sepupu sepapat yang jauh

      Delete
  7. kumpul.adikberadik besttnya. Makan2 , nk lg tepi pantai. Rinduuu suasana gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu musim panas sikit ciknur tahun depan banyak cuti boleh berkumpul adikberadik

      Delete
  8. Seronok berkumpul makan ramai2 dgn family lebih2 lagi dekat tepi pantai. Kalau dapat mandi pantai tu best tapi musim tengkujuh ni n memang elok la tak bagi anak2 mandi. Setakat menikmati suasana tepi pantai pun dah teruja kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak2 yg ada anak kecil dh gaya monster semuanya larang tak bagi anak turun budak2 terlebih excited nampak pantai hilang kawalan kalau dah jumpa air

      Delete
  9. seronoknya dpt gather & picnic ramai2 mcm ni...alhamdulillah, keluarga besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar sungguh ni mummy semua kena besar2 kalau dalam family ni

      Delete
  10. saya pun terkejut ada 10 anak tu. Bebetul ramaai tu. Tak pernah jumpaa family seramai begini

    ReplyDelete
  11. Ramainya ahli keluarga berkelah.
    Alamak kena berebut makan pula.

    ReplyDelete
  12. Tak pernah saya tau ada pantai nama Lagenda ni...Menarik nampak macam terasa2 bayu laut..kalau letak kepala kat bantal boleh mimpi 2/3 round ni dibuai bayu laut ni..
    Sedapnya nasi lemak kuning sambal ikan..bungkus surat khabar plak..feel dia lain macam

    ReplyDelete
  13. Kalau saya, belah saya yang ramai. 7 beradik.
    Belah abah Ahnaff 3 orang je adik beradik dia. Tapi lagi best family besar kan. Meriah sokmo. Tapi kalau yang kecik² bergaduh..haihhh, pening ๐Ÿคฃ.
    Makan tepi pantai memang syok. Selera dia lain macam kannn. Hahaha

    ReplyDelete
  14. bestnya dapat kumpul ramai2 kat tepi pantai tu. jarang2 sekali dpt makan mcm ni...

    ReplyDelete
  15. Meriahnya!! Seronok berkumpul keluarga besar macam ni kan.. Alhamdulillah!

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..