Tuesday, December 06, 2022

MAKAN DI SEOUL GARDEN

Cerita makan lagi.Letih juga asyik makan je..tapi dah tak ada apa nak buat bila keluar hujung minggu je cari makan.Biasa memang ikut selera anak request nak makan apa.Dah duk tengok sangat video korean mukbang kejap-kejap kang terliur itu terliur ini.Memang semua nampak sedap apa yang diaorang makan kecuali part 'daging lain' kalau ada tu buat-buat tak nampak.

Tengok Seoul Garden Kuantan ni tak ramai yang masuk agaknya orang dah jemu.Sebelum masuk kena bayar dulu total kami 3 beranak +-RM170 makan la sampai kenyang makan untuk malam sekali ye nak suruh makan kenyang sampai esok rasa macam kejam sangat😂

Yang ni bahagian premium.Masuk-masuk je terjah yang ni dulu.

Semua dihidang buffet.Daging,ikan,sotong,udang yang dah di perap.Bahagian belakang daging tanpa perapan.

Bahagian sos.Yang paling sedap bagi saya korean garlic

Bahagian haiwan bercengkerang dan frozen food

Makanan berat nasi mee pasta

Salad 

Pencuci mulut ABC,icecream,buah-buahan

Air minuman.
Dah siap pesan dengan Pia jangan duk ulang ambil air makan dulu nanti kenyang air je,rugi tau bayar mahal ni biar berbaloi hahaha
Jemput makan semua.Pia sibuk nak ajar umi guna chopstick.Dekat umah masak,makan luar pun kena masak juga.

Waled cakap ye la ye la meh waled masak umi just enjoying your food

Besarnya pengaruh drama korea

Memang kenyang sampai ke malam,Mana tak nya duk ulang ambil daging premium lembut dan cair di mulut.Apa pun saya memang puas hati makan di sini sebab apa sebab boleh gantung kuali dekat rumah.Tapi tak boleh selalu luruh segala rerambut apak kau😅




21 comments:

  1. Korea memang selalu berjaya menawan hati kita dengan budaya dan makanan mereka kan.. Teringin pula rasanya ibu nak ke sana tapi rasanya dalam mimpi sajalah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu cuba masak sendiri dkt umah lagi sedap bu boleh ulang2 makan

      Delete
  2. memang botak kepala apak kalu selalu hehehe

    ReplyDelete
  3. Ishhh..dah lama tak gi Seoul Garden. Agak² kalau bawak bujang sorang tu dia enjoy makan tak ehh.. kang bayo mahal², taknak makan pulaknye 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la jaja..abg ahnaff kan pemakan sure dia sukanya

      Delete
  4. Saya belum pernah cuba..Anak-anak ja dok pi ngan kawan-kawan..Bila Afzan kTa daging premium cair dimulut tu macam terliur la pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. try kak ada yg lemak2 bila grill bersinar tu sedapnya haha

      Delete
  5. wahhh bestnya kak, terus teringin nak cuba lah gitu heheheh

    ReplyDelete
  6. Sy x pernah lg mkn kt sini sbb x reti mkn mknn korea tu... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang steamboat je kakmim...

      Delete
    2. Steamboat pun jarang pegi sbb x suka nk masak²... haha... selalu bgtau husb kita nk mkn kt luar sbb xmo masak... kalau nk masak baik mkn kt umh... haha

      Delete
    3. hahaha iye la kakmim itu la yg saya ckp dkt umah kena masak makan luar pun saya yg kena masak

      Delete
  7. ha'ah...lupa dah ammi kewujudan seoul garden ni. dulu masa berdua je ckup suka makan kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang dah tak berapa layan sangat dah seoul garden ni kan ammi...restoran korea lain dah banyak macam cendawan lepas hujan

      Delete
  8. Seoul Garden memang fav SA dan Dania....

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..