Hampir 20 tahun saya di Kuantan boleh dikatakan setiap petang Sabtu akan datang beriadah hujung minggu di sini.Taman Tasik Bandar Kuantan terletak di Bandar Indera Mahkota.Kedudukan taman ini berdekatan dengan Universiti Islam Antarabangsa dikelilingi pokok dan tasik yang mendamaikan.
Walau dah kerap ke sini lemak tepu tetap menguasai ukuran lilit perut dan triple chin.Eh masih ada aktiviti yang kami belum cuba.Ada juga aktiviti paddle boat,electrical boat dan kayak.
Baru melangkah beberapa tapak dah rasa semput,terasa macam dah jauh berjalan.Tengok diaorang laju ke depan tinggalkan omaknya ni.Saya hanya berlari-lari anak tak ada lah jogging sangat pun sekadar keluarkan anak-anak peluh.Suasana petang tu sejuk sebab baru lepas hujan.
Berjalan la saya sorang-sorang sambil layan perasaan nikmati pemandangan hijau mendamaikan.
Diaorang tunggu saya sambil renggangkan otot.Pia tanya umi boleh tak lari laju sikit.Eh mana boleh nanti cepat kurus😂
Sambung berjalan lagi,saya masih ketinggalan.
Cukup la untuk petang ni langit pun nampak dah nak hujan kembali.
Selagi tak dapat bagi makan ikan dia tak nak balik lor.Ikan pun lapar hujan-hujan ni,tak nampak sangat ikan air keruh.Nampak ikan lampan aje yang banyak,selalu ada juga ikan keli afrika join berebut makan tapi hari ni tak ada.
cantik tp memang lenggang ye takde orang...
ReplyDeletebiasa ramai je Dana..petang tu hujan agaknya orang malas keluar rumah
DeleteHehehhee...aduhai..syg kan kat lemak2 kita...hahahha....Afzan nyer anak dara dah umur berapa tu...
ReplyDeletedah 11y SA...tp nampak badan macam dah nak lawan maknya
DeleteTenang aje nampak tempatnya
ReplyDeletesunyi tak ramai orang
DeleteHahaha..topup semula kalori yang terbakar🤣
ReplyDeleteitu lah pasalnya duk tanya kenapa tak kurus2 haha
DeleteSelamat beriadah
ReplyDeleteNampak menarik temparnya
boleh la wak ini je yang ada tempat lain jauh dengan rumah
DeleteSelepas bakar lemak.. Harus lah topup balik.. Lepas tu bakar balik.. Kemudian topup balik.. Hihihihi itulah kerja kita sis.. ;)
ReplyDeletelepas tu duk bising bila la nak kurus ni haha
DeleteSeronoknya tempat ni, nampak lapang dan tenang je...
ReplyDeleteaah PH hari baru lepas hujan tak ramai orang tenang la biasa hari Sabtu memang penuh dekat sini
Deletesyok tu dpt riadah di tasik
ReplyDeleteboleh la kak buat raso-raso nak ko suasano hehe
Deletekalau banyak pokok kat laluan tu mesti rasa lagi sejuk damai je kan
ReplyDelete