Tuesday, December 20, 2022

KISAH SEORANG PAKCIK

Kisah ni saya copy&paste dari Facebook.Tak sedar menitis air mata.

Kiriman dari seorang sahabat saya yang baru balik dari menunaikan umrah.

Assalam, sebagai salah sorang agent sy tdk terlepas drp crita2 menarik harmain antaranya ialah satu crita serba ringkasnya berkenaan pengalaman menyatuni jemaah2. Suatu hri sy di datangi oleh seorang tua yg ingin menunaikan ibadat umrah. Katanya dia ada sedikit wang pemberian zakat drp hamba Allah dan duit ini dia nk g buat ibadat umrah. Bila di kira wang nya hnya ckup tmbang pnerbangan shj ,utk mkn,penginpan dan lain2 belum mencukupi, jadi sy bg tahu apa yg sy tahu berkenaan perkara itu, malah pakcik tu dgn tenang rileks berkata ," tak apa..adik beli tambang shj, smpai sana tahu la pakcik sbb pakcik org kg jadi pakcik tak tahu cara nk beli tiket. Pasal duit belanja , pakcik boleh kerja lagi, cari duit utk kesana'", - kalau di perhatikan cara berpakaian ,selipar yg di pakai,wajahnya..mmg dia seorang yg berkerja kg. Jadi sy tanya dia, berapa usia pakcik? " 94tahun nak". Apa perkerjaan pakcik? " Buat kerja upah angkat tong ikan di jeti nelayan, upah angkat guni padi di kilang padi kalau dtg musim, perbaik rumah rumah org kg jika dipangil utk di baiki.". Sy terkedu..melihat tubuhnya yg kecil..hitam legam org nya..sedikit bongkok...usia yg sebegitu..... Allahuakbar. Sy terus berkata, mcm ni pakcik sy belikan tiket dan pakcik ikut kawan sy utk umrah DIY shj,kalau melalui TA mmg x boleh nilai begini utk pakcik sampai ke baitullah. 


Di pendekkan cerita kawan sy menyatuni pakcik ni dgn umrah DIY utk dia smpai. Di airport pakcik tu hnya bawa sebuah beg gals yg lusuh ,umpama beg sekolah dulu2 yg kain berwarna hijau.tnggannya berbalut dan ada sedikt kesan darah pada kain balutan tersebut. Kawbn sy bertanya kenapa dgn tanggannya , dia senyum katanya kapak yg dia mengambil upah mengupas kelapa tempoh hari terkena 4 jari tanggannya bila mana ada penduduk yg menerima panggilan drp sy menyatakan tiket dia ke arab saudi menunaikan umrah sudah di beli. Jadi teruja dan tidak sengaja kena tanggannya." X pa, ini antara dosa Allah nk tolak sblum smpai ke mekah",maka kapak tu tidak sengaja kena 4 jarinya, tp dia x rasa sakit padahal hmpir putus jarinya. Allahuakbar

Setibanya di mekah,dgr saja kapal mendarat , dia mengankat doa dan bersujud syukur. Dia menadah doa utk Allah pilihnya utk menjadikan umrahnya mabrur. Itu shj doanya. 
Bila di tanya berapa duit belanja rm 300 shj di bawanya. Belum di tukar ke riyal. Dia beritahu tidak perlu meletakkannya di hotel2, berada di tanah haram ini adalah sesuatu yg sngat mewah dan berharga, kawan sy letakkan di sebuah asrama yg agak jauh drp Masjidil haram, perlu naik bus utk ke masjid. Tp apa yg ajaib pakcik ni dia memilih utk berjalan kaki shj,katanya ini tanah haram ,setiap debu,setiap pergerakkan, setiap langkah,setiap nafas adalah al shifa smuanya adalah pahala. Jadi dia perlu guna kesempatan dan peluang yg Allah bg ini utk menghargai tubuh badan mental,rohani dan jasmani nya. Terkedu kawan sy dgn semangat pakcik ni,mmg luar biasa pada usia 94 tahun bertubuh kecil dan bongkok..berjalan je masjid smbil tangannya laju menyeluk poket sndiri dan bersedakah sepanjang jalan dan pada yg sama pakcik ini juga menerima sedekah makann drp org ramai sepanjang berada di tanah haram.
Apa yg di maklumkan oleh kawan saya, sepanjang berada di sana, pkcik ni jarang berada di bilik asrama mgkin nk menapak jauh dia byk beriktikaf di masjid sehingga habis waktu,hari2 dia akan mengerjakan ibadat umrah. Boleh di katakan setiap hari sepanjang berada di mekaah selama 6mlm. Sehari sehingga 2x dia akan buat umrah. 

Tiba di Madinah al mukaromah, pakcik ni sentiasa berada di raudah. Spnjng berada di sana, ia byk berpuasa, qado solat, solat sunat,mengaji sehingga selesai.

Tiba di KLIA, sy juga pergi menyambut pakcik ni kerana saya sudah membeli tiket bas utk nya ke kedah. .
Sy terkejut sebaik tiba , wajah nya dulu hitam legam ,nampak cerah jernih bercahaya. Bibirnya nmpk merah2. Berseri sngat .. Allahuakbar..sy dah nmpk mabrur nya di situ. Lantas sy smbut, sy hairan , hari tu hnya sebuah beg sekolah lusuh yg di bawa ,kali ni pulang 2beg besar jenama DUNLOB di bawa balik, sy tanya beg siapa pakcik bawakan" ini beg pakcik nak, org sedekah di mekah sebijik,di madinah sebijik, barang2 ni dlm bg ni pakcik beli utk hadiahkan sedikit buah tanggan kat org kg,kat adik pun ada ni ,". Dia lantas buka beg dia di situ juga sedangkan sy berulang2berkata x payah susah2 ..dia beri hadiahkan sy sejadah,gelang tangan ,telekung sy tengok beg dia penuh dgn kurma,kekacang .pakaian2. dia beriakn sy hadiah pun 1 beg kecik juga termasuk la air zam2. Katanya kalau nak air zam2 ni ambil la sendiri byk mna nak. Dia bawa balik air zam2 satu botol tu. Sesiapa yg lalu depan kami dia pelawa air zam2 suh ambil minum sebyak mna yg mahu minum. Ada lah 3,4 org yg tidak dikenali org awam yg amik minum.
 Sy ajak pakcik tu duduk satu tmpat dan beritahu yg sy akan bawa pakcik ke sts bus shah alam utk ambil bas ke kedah atau pakcik nk berehat di rumah saya dulu. Dia menolak dgn baik pelawaan sy dan ingin terus pulang ke kedah 
Sy tanya pakcik tu, duit dr mana pakcik beli smua barang2 ni, boleh makan ribu jugak ni pakcik dgn dua beg penuh gini. 
Baru dia sedar dia hnya bawa 300 ringgit malaysia. Duit tersebut dia letak di poket kanan baju nya. Dia sudah terlupa nilai ringgit yg dia bawa. Dia hnaya seluk dan sedekah sepanjang jalan dia berjalan. Dia di poket kanan juga dia membeli belah semasa mahu pulang. Dia byk membeli utk anak2 yatim di kg nya. Sepanjang dia berada di tanah haram dia sudah lupa berapa duit yg dia bawa dan dia shoping tu..jarinya yg hmpir putus smasa nk bertolak tu sudah sembuh spenuhnya tampa ada kesan nmpk spt sediakala sdgkan 11 hari shj beliau di sana. 
Dia mula menangis , sy hairan kenapa pkcik tetiba menangis ..smbil sebak dia menyeluk poket kanannya .. Allahuakbar masih ada 300 ringgit Malaysia spt mna yg bawa hari tu. Meremang bulu tengok sy dgn kisah pakcik ni. Dan paling ajaib sy nk bawa tong air zam2 ke bonet kereta, sy nmpk air tersebut masih penuh seolah2 belum di usik sedangkan dah berapa org yg minum dan tidak kecuali sy juga meletkakan dalam botol sy. 
Inilah pengalalamn saya menyatuni antara ratusan jemaah ini lah pertama nya sy merasa seorang tua yg mendapat umrah yg mabrur. InshaAllah. Dan apa yg saya fahamkan ketika ini pakcik ini juga di santuni dermawan yg tidak dikenali membawanya menunaikan haji. MasyaAllah.
# PEDOMAN DAN PENGAJARAN KEPADA KITA, JGN MEMILIH HOTEL KERANA JARAK, ALLAH SWT AKAN PILIH KITA DI MANA MABRUR YG KITA CARI ,MABRUR JUGA DIA YG IZINKAN.

11 comments:

  1. Kisah ini beri kesedaran pasal kecekalan, tawakal pakcik untuk buat umrah.
    Allah, kuat tenaga jalan, tidak kisah tempat tidak selesa.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar..tumpang sayu membaca kisah ni.. hebat sgt pakcik tu, dlm usia yg mcm tu kan...

    ReplyDelete
  3. Allah…sebak baca. Banyak iktibar kita boleh ambil dari kisah ni.

    ReplyDelete
  4. apa lah akak ni potong bawang hari ni, betapa umrahnya mabrur ye kak kat sana. Orang kata kat tanah haram takde apa yang mustahil kan bila Allah berkehendak.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah!
    Cerita ini membawa keinsafan!
    Betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah, dan betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan untuk pakcik itu.

    ReplyDelete
  6. Pernah terbaca kisah ni di fb... kuasa sedekah kan? mcm tipu pun ada tp itulah Allah maha besar... mmg Allah bg 'cash' kat pakcik tu

    ReplyDelete
  7. Saya pun ada terbaca kisah ni, mmg rasa kagum dan insaf. Hanya org2 yang betul2 ikhlas je mampu buat apa yg pakcik ni buat.

    ReplyDelete
  8. Masyaa Allah..
    Tabarakallah...
    Subhanallah..
    Astaghfirullah...
    Membaca intro,saya betkata dalam hati nak baca tanpa feeling..tapi tak sedar air mata menitis dan meremang tengkuk..
    Ya Allah..jemputlah kami semua yang membaca posting ini menjadi tetamu Kaa'baitullah...🤲

    ReplyDelete
  9. Itulah magic-nya kuasa Allah. Jangankan pergi Mekah, kat sini pun kita boleh rasa. Besarnya iman, amal dan taqwa.

    ReplyDelete
  10. Allahu...semoga allah permudahkan untuk kita semua...aminnnn

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..