Tuesday, January 03, 2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023

 Hari pertama sekolah 2023 lupa pula nak ambil gambar Pia.Belek-belek album jumpa gambar 2018 hari pertama masuk darjah 1 boleh la tepek sini buat kenangan.


Alhamdulillah pagi tadi tak ada drama air mata subuh hari atau perangai pelik-pelik.Cuma petang semalam tiba-tiba ada homework yang belum siap,kalau dah tengah malam baru teringat mau kena luku dengan siku.Susun buku pun awal tapi malam tadi baru sedar salah tengok hari ambil jadual hari Isnin,kena buat semula.


Permulaan tahun 2023 Pia request tengahari nak bekal laksa penang.Bekal pagi buatkan kononya prosperity burger lamb blackpepper sauce.Harapnya tahun ni datang banyak idea untuk bekal anak dan waled.Tapi kebanyakan bekal yang simple-simple je supaya diaorang senang cepat nak makan,rehat pun tak lama risau terkejar-kejar.


Hantu laksa sungguh anak saya ni dia boleh ulang makan dari pagi sampai malam.Laksa dia tak cukup accessories pun tak apa kalau pergi pasar malam memang minta laksa kosong dengan telur je tapi masalahnya Pia ni picky eater sangat kuah laksa pun kena tapis dulu tu yang buat saya geram mengada dia.

Semoga 2023 yang baik-baik sahaja untuk kita semua dan juga keluarga
😘😘😘
















21 comments:

  1. Bleh geng ngan kakak Dania laaa, kakak dania pun hantu laksa tau...hehehe...Selamat Tahun Baru Afzan...

    ReplyDelete
  2. Semoga di tahun 2023 semakin bahagi bersama keluarga tercinta.

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baharu 2023
    Semoga dipermudah segala urusan mendatang

    ReplyDelete
  4. Wah...bekal laksa dengan prosperity burger..hebat bekal cik pia..makcik bekal nasi lauk sardin saja hari ni🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. sardin makngah confirm2 sedap nak ngecek sikit jauh

      Delete
  5. Salute ibu pia boleh masak laksa pepagi...dgn buat burger lagi...tak terkejar PH :D
    Sama dgn Kakak, susun buku ikut jadual hari Isnin haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak yg biasa2 je PH..nak lebih2 tak terkejar juga

      Delete
  6. Semalam memories kt fb mmg byk gambar #theimans masa mula2 msk sekolah dlu.. skrg semua dh besar2 x perlu dh ambik cuti mcm diorg mula2 msk skolah dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum pernah ambil cuti hari pertama anak sekolah..hantar depan pagar je pandai2 la berdikari hehe

      Delete
  7. cik Pia satu umur dengan Aiyan rupanya heheheh. Tapi cik Pia nampak lagi matang dari Aiyan tu, semangat dia bersekolah bila tengok bekalannya tu. Mujurla emaknya rajin masak menu bekalan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah la sebaya rupanya tak perasan plk..dalam gambar je tu Dana kalau dkt luar princess airmata sikit2 nangis..

      Delete
  8. Rajin Afzan buat bekal untuk anak. Puas hati tengok anak makan apa yang kita sediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat2 rajin kak..kesian kalau tak bawa bekal kena beratur di kantin ambil masa risau tak sempat makan

      Delete
  9. happy new year buat afzan dan pia comey

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..