Thursday, January 05, 2023

2D1N SWISS BELHOTEL KUANTAN

 Cuti tahun baru 2023 saja nak merasa duduk hotel ni,orang jauh dah lama sampai kami yang dekat baru nak mencuba.Kira-kira dalam 15 minit je dari rumah.Masuk kereta cakap dekat Pia tidur la dulu jauh lagi perjalanan kita ni,dia tak tau pun nak check in sini sebab saya cuma cakap nak pergi hotel dan pack baju dalam luggage besar😂


Tak sempat nak mengantuk dah sampai.Mulanya booking pertengahan Disember tapi disebabkan Kuantan hujan lebat selebatnya jadi saya cancel dulu booking.


Tak jemu-jemu dengan pantai ambil lagi bilik seaview.Kebetulan pula air laut tengah pasang warna laut dah macam teh susu cair.


Tujuan utama yang ditunggu-tungu oleh anak&bapa nak mandi kolam.Lepas check in terus salin swimwear.Kebetulan petang tu tak ramai sangat guest mungkin orang jauh lambat sampai.


Saya macam biasa tukang pegang tuala je sambil berangan celup-celup kaki ..Tak tahan air sejuk dengan angin laut yang kuat tu.Berendam la dua beranak tu sampai ke asar,nampak orang dah mula ramai kita beransur naik berehat dulu.Masuk bilik semua lapar berendam lama sangat,makan bekal yang memang dah bawa siap-siap dari rumah.


 Lepas maghrib keluar cari makan dekat-dekat dengan hotel kawasan situ terlalu banyak kedai-kedai makan pilih je yang mana berkenan antara sedap dengan tak lambat dengan cepat aje la..kami pilih makan biasa-biasa je nak makan ikan bakar dah kerap sangat tak lalu nak telan dah.Punya la ramai orang keluar berjimba sesak malam tahun baru roadblock JPJ Polis pun kemain juga meriahnya.Kami balik hotel tidur tak sedar bunyi bunga api ke apa sedar-sedar dah pagi.

Bangun pagi duk termenung mengadap laut sekejap dan siap-siap nak turun breakfast.
Pia punya...

Saya punya...

Waled punya..dia memang tak boleh lari dari breakfast nasi lemak.Konon nak diet tapi bila nak start pun tak tau lepas tangguh-tangguh.

Yang ni paling sedap sweet potato cicah kelapa.Yang 2orang tu tak layan suruh try pun tak nak.Lepas sarapan bagi Pia mandi kolam dulu sekejap dalam pukul 12 check out,jauh lagi perjalanan kita ni nak sampai rumah nasib baik Isnin tu masih cuti😁

Pagi tu air laut dah surut ramai yang berjalan sampai ke tengah laut untuk kutip apa saya tak pasti mungkin kepah atau siput buluh.Nampak halus-halus je orang dari tingkat 16.


Gambar pertama tahun 2023.
2022 telah pergi meninggalkan kita dengan penuh kenangan dan pengalaman hidup yang berharga.Yakin la dengan perancangan Allah yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.Sentiasa bersyukur dan redha walau seringkali hati kita tertanya-tanya,bingung mau pun patah tetapi akhirnya kita akan nampak indahnya pelangi.DIA lah tempat kita merintih dan memohon DIA juga lah tempat kita bergantung.
















31 comments:

  1. Swiss bell hotel ni masuk dalam wishlist nak tido situ kalau datang Kuantan lagi. Haritu memang dah nak booking. Tapi konon nak duk kat tepi pantai, nak bagi Ahnaff main pasir. Sekalinya, hampeh pulakkk. Menyesal kat bucu katil.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ahnaff nak datang?tapi hotel ni tak ada pantai sangat Jaja..kalau kebetulan air pasang memang nampak laut aje lah..

      Delete
  2. Huiyo makanan bekal itu persembahan macam dari hotel pula kalau tidak baca sebelum gambar.
    Hehe dekat senang balik tidak sesak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang jalan tak jam badan tak sempat penat hehe

      Delete
  3. Best juga duduk hotel dekat-dekat. Kadang penat juga travel jauh, nak mengadap sesak lagi, kan.
    Sedapnya tengok gambar makanan.

    ReplyDelete
  4. Nmpk menarik.. Aini tak penah jln² di Kuantan

    ReplyDelete
  5. Dekat pun ada tempat best, buat apa susah2 pergi jauh kan? Yang penting dapat bertukar suasana dan habiskan masa bersama insan tersayang.

    ReplyDelete
  6. Bestnya kak bercuti-cutian di hotel, tepi pantai memang best kan. Nampak sedap semua menu akak tu yang dinner kat luar hotel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala Dana bosan tidur bilik sendiri hahaha melampau

      Delete
  7. wah! bestnya stay di hotel tepi laut. sy thn lepas cuma pi Hotel Seri Malaysia di KT je... dkt dgn laut gak...cuma hotel x de bintang la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bintang pada hotel xkisah sgt abam kie..janji dah ada bintang di sebelah yg sentiasa menerangi hehe

      Delete
  8. wah...best nya kalau ada percutian begini...goood quality time

    ReplyDelete
  9. sronok tu dpt tido otel..ank2 lg la sbb dpt mandi kt pool

    ReplyDelete
  10. Syoknya dapat tidur hotel.Paling syok buffet breakfast la sebab saya suka makan..hihihiPastu dok zikir nak kurus

    ReplyDelete
  11. kuantan banyak jugak hotel tepi laut kan. bestnyaa. kalau duk selangor ni payah nk dapat view mcm ni. tapi kalau blik kg terengganu tak ada pulak nk bercuti tepi laut. bercuti rumah sendri je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah mak paling heaven dah leyla kalah walau hotel 5bintang

      Delete
  12. waduhh bestnyer dpt santai2 mewah tepi laut ginih., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang bercuti Kuantan wak...sementara belum panggil potong rumput overseas

      Delete
  13. wah bestnya..kami nya holiday postpone hujung bulan ni. ngam2 plak Iris habis exam..lagi meriah la kan.
    x de pic bertiga lagi new year ni..emmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi tenang mummy dah selesai semuanya...dak Pia ni bercuti dulu masuk sekolah exam haha

      Delete
  14. Wahhh.. cantik hotel tu.. dapat plak seaview. Nampak banyak breakfast choices dia.

    ReplyDelete
  15. Seronok la Pia tu kan..sesekali staycation macam ni...Dania cuti sem nanti nak bawak dia staycation gak la...

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..