Tuesday, January 31, 2023

COWAY SANITIZE RUMAH

 Ahad lepas minta staff Coway datang rumah untuk buat servis sanitize rumah.Memandangkan semua tak sihat termasuklah ayah saya yang berjangkit dengan kami bertiga.

Servis ni percuma je tak kira kita pengguna Coway atau bukan.Risau dengan keadaan ayah saya yang antibody memang dah tak kuat,tambah pula dengan virus yang tak nampak nak tengok ni duk berlegar-legar keliling kita.Kejap-kejap berjangkit sesama sendiri silih berganti.Jadi kita ambil ikhtiar dan pencegahan dengan sanitize rumah untuk matikan segala maknenek kuman,bakteria,virus yang ntah datang dari mana ni.

Coway guna kaedah dengan sembur asap tapi asap ni tak ada bau dan tak ada kesan melekit minyak.Tak perlu nak cuci pinggan mangkuk atau mop lantai.Staff Coway pun ada bagitau asap ni tak ada masalah pada orang dan selamat untuk persekitaran.
✅Mampu membunuh 99.99% bakteria dan kuman
✅Tiada alkohol
✅Tidak mudah terbakar
✅Selamat untuk semua peringkat umur

Tengok mak saya tu kemain lagi relax duduk dalam asap berkepul-kepul😂tu(serabut pula penyidai baju depan mata)

Kalau ada sesiapa yang teringin nak buat sanitize rumah dengan Coway boleh la contact agen yang terdekat rasanya semua negeri ada servis ni tapi tak pasti la nanti cuba la check sendiri ye.... 










10 comments:

  1. Wah boleh la contact yang area Seremban...since akak memang ada amik product Coway...

    ReplyDelete
  2. Percuma ye?
    Aritu ada juga org Coway offer nak sanitize rumah tp PH jual mahal haha... Sbb ingat diorg nak promote product 😅

    ReplyDelete
  3. Oooo... baru tau ada coway sanitize rumah. Dah bertahun melanggan penapis air coway, baru tahu benda ni. Terima kasih banyak-banyak kongsi info ye.

    ReplyDelete
  4. Adehhh makcik...rilek je dia ye...klu kita awal2 dh lari tu hehe

    ReplyDelete
  5. betul tu.. MA pun dah byk kali gak buat service sanitize ngan coway mcm ni...

    ReplyDelete
  6. walaupun katanya selamat, saya tetap jugak nak lari dr situ... hehehe

    ReplyDelete
  7. mama penah guna dulu gak, selepas sembuh dari covid semoga ayah afzan sentiasa sihat

    ReplyDelete
  8. Pasti nyaman dan tenang selepas sembur.Pernah sekali pihak perumahan buat rumah ke rumah masa covid hari tu

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..