Wednesday, November 26, 2025

ROJAK KATEH TERENGGANU

Masa ke Kuala Terengganu tempoh hari,masuk Pasar Payang ramai yang jual rojak kateh.Selalu dengar orang cerita pasal rojak kateh,tapi saya sendiri belum pernah makan.

Jadi belilah satu bungkus RM4,dia jual 3bungkus RM10,tapi saya minta nak beli sebungkus je,niatnya nak cuba.

Kuah merah tu nampak menarik.Bau masam&pedas.Nampak ada potongan kaki lembu yang licin dan kenyal.

Tapi lepas sesuap masuk mulut,jujurnya saya tak boleh nak 'masuk'.Bukannya tak sedap,cuma tak kena dengan selera saya.Tekstur kaki lembu yang kenyal tu sedap,cuma rasa kuah masam,manis,pedas tu yang tak boleh nak masuk,kuah nya tu macam rasa kuah jeruk buah gula nisan.

Mungkin sebab saya tak biasa dengan rasa asli rojak kateh,atau mungkin sebab rojak kateh ni ada jiwa yang hanya orang Terengganu betul-betul faham.

Walaupun saya tak suka,tapi sekurang-sekurangnya saya dah tahu rupa dan rasa.Setiap negeri ada makanan tradisi masing-masing,ada yang kita suka ada yang kita tak boleh nak telan,tapi itulah seronoknya mencuba.




Wednesday, November 19, 2025

NEGERI PALING BAHAGIA

Sekejap je dah nak habis bulan November.Rasa macam baru miggu lepas update blog,rupanya dah nak akhir bulan.Eh cepatnya masa berjalan😅

Pergi Terengganu jalan-jalan kosong saja.Hari Sabtu dan Ahad Maktab masih tak benarkan parent melawat,jadi tak boleh jumpa Pia.Rasa rindu dah 3 minggu tak jumpa,paling lama tak dapat jumpa anakdara tu.tapi nak buat macam mana,peraturan untuk kesihatan anak-anak.

Jadi kami ke Kuala Terengganu sekadar mengisi masa,jalan perlahan-lahan tanpa tujuan sangat,nak hilangkan rasa kosong tak dapat jumpa anak.

Bila sampai Terengganu,hati tu rasa ringan,tak tahu kenapa tapi memang lain auranya.Mungkin sebab angin laut yang lembut,jalan yang tenang,makanan kampung yang sedap&murah,boleh buat jiwa rasa lapang.

Tak pergi mana pun sebenarnya.Cuma singgah Pasar Payang sekejap,itu pun sebab nak tunggu kedai A.M Selera Panggang buka pukul 12.30 tengahari.Memang dari awal dah aim nak makan ikan bakar dia.Sementara tu jalan-jalan pusing dalam pasar,niat nak cuci mata je tapi tangan tetap juga terbeli sikit sana sini.Kalau dah masuk Pasar Payang jarang nak keluar tangan kosong.


Teringin nak makan ikan bakar tawar dapur arang,nak bau asap arang,yang ada vibe suasana kampung.

Pilihan ulam dan budu dia meriah,macam-macam jenis budu.Dah tak tau nak pilih yang mana sedap.

Ikan bakar panas baru angkat dari dapur,singgang telur ikan,ulam,budu.Menu simple je tapi jadi sedap berganda.'sedak dooh'
Padahal dekat rumah sendiri pun boleh je buat,tapi kita nak suasana😂

Sebelum balik singgah sekejap kedai roti legend di Kuala Terengganu.Orang Terengganu tahu la tempat sohor ni.Memang tak sah kalau tak singgah,dapat beli roti panas-panas baru masak buat bekal dalam kereta.
Hujung minggu tanpa Pia,umi waled perlahan-lahan kena belajar menerima kenyataan anak tak boleh sentiasa berada di sisi kita.Memang rindu,rasa kosong tapi inilah proses untuk anak membesar dan kita juga belajar melepaskan sedikit demi sedikit.











Saturday, November 01, 2025

AIR JIMMY ASMARA NOSTALGIA

Resepi saya ambil dalam blog namakucella

Terus teringat zaman dulu-dulu,air ni selalu ada bila bulan puasa atau majlis kenduri.

Resepi ni simple je tapi warna dia menarik dan rasa dia pun unik,campuran Sunquik oren,perisa pisang dan pewarna hijau.Nampak pelik kan,tapi bila dah campur semua jadi gabungan yang refreshing dan sedap


Saya pernah jumpa air ni zaman sekolah dulu sekarang jarang dah orang buat.Bila nampak resepi ni dalam blog mamacella,terus rasa nak cuba semula.

Minum sejuk-sejuk terus rasa macam balik ke zaman 90an

1botol kecil Sunquick Oren

Sedikit perisa pisang

Sedikit pewarna hijau

Gula ikut suka manis 

Air dan ais

Warna hijau kuning tu memang cantik,mak-mak gen X,Y macam saya ni,air ni bukan sekadar minuman tapi ada kenangan zaman dulu yang datang balik.

Saya pernah buat air ni masa raya puasa haritu,bukan main berebut budak-budak gen Alpha minum.jenuh nak bancuh.Nampaknya air legend memang tak lapuk dek zaman,dari dulu sampai sekarang tetap ada peminat.

Terima kasih pada cella,dulu dia suka share resepi apa yang mak dia masak,suka baca celoteh dia zaman dia sekolah rendah dulu.Kalau tak kerana resepi mamacella tu,entah bila la saya nak teringat semula air nostalgia.

Friday, October 31, 2025

HARI KERJA JE BOLEH DIET

Struggle nak diet bila umur dah meningkat ni.Bila tengok baju lama dah ketat,datang sekejap semangat nak jaga makan.

Kitaorang boleh diet masa hari kerja je.Isnin sampai Jumaat boleh la tahan.Biasanya kitaorang akan puasa Isnin&Khamis,hari lain pun makan dua kali je pagi dan petang sebelum pukul 6.Lepas tu memang tak sentuh apa dah.Minuman manis pun tak ambil hari kerja.

Gigih buat nugget sendiri nak sihat kononnya😂


Tapi bila hari cuti Sabtu Ahad,habislah diet terus hilang entah ke mana.Tambah pula Malaysia ni banyak sangat cuti umum,asyik la ada alasan nak jalan-jalan cari makan.

Nak diet ni bukan sebab nak cantik semata-mata,tapi bila umur dah meningkat ni,rasa cepat penat.Metabolisma pun dah slow.Nak kena jaga makan untuk sihat.

Dulu-dulu ada juga briskwalk petang weekend,boleh la keluar peluh sikit.Sekarang ni tiap kali weekend mesti nak jumpa Pia,pun dah jadi cheat day.

Waled pun dah tak boleh bersukan sekarang ni,lutut dia tengah injured sebab main bola.Lagi lah badan cepat je naik nanti tu.

Tak apa lah,kita pelan-pelan cuba.Bukan nak kurus sangat pun,janji sihat,cergas dan tak cepat penat.

Thursday, October 30, 2025

DENDENG DAGING RESEPI CHE NOM

Cerita dah lama lepas Raya Haji haritu lagi,waled bawa balik daging korban dari office lebih kurang 2 kilo,katanya tolong masak nak bawa makan dengan staff.

Mula la fikir nak masak apa yang paling senang.Buka google scroll-scroll jumpa resepi Dendeng Daging Che Nom,nampak sedap,bahan pun tak banyak,tengok bahan semua ada.

Masuk dapur pukul 4 pagi macam biasa.Daging dah rebus siap-siap sebelum tidur.Sambil menumis sambil hiris daging nipis-nipis,tumbuk manja,saya perap dengan kicap manis sekejap je lepas tu goreng bagi garing sikit.

Saya dah gandakan sukatan resepi Che Nom.

Bahan-bahan: 2 kilo daging Air (sekadar tenggelam daging) 1 cwn kicap pekat manis (perap) 6 batang serai 2 biji bawang besar 24 biji bawang rose (buat bawang goreng) 8 ulas bawang putih 4 inci halia 20 tangkai cili kering 2 cwn minyak masak 2 cwn kicap pekat manis (kuah) 8 helai daun limau purut 1 keping gula melaka Garam secukup rasa serbuk perasa bawang goreng

Tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak.Masukkan 2 cawan air rebusan daging.Lepas mendidih, masukkan semua daging goreng, gula melaka, garam, serbuk seasoning, kicap pekat manis,kicap pekat caramel dan daun limau.Masak sampai kuah pekat.Akhir sekali tabur bawang goreng sebelum hidang.

Dah siap...orang kata dendeng sedap simpan semalam,sebab lagi sebati rasa.Tapi yang ni tak sempat nak simpan.

Makan dengan nasi putih beras jasmin sunwhite bertambah sedap.Lembut,wangi,memang kena betul dengan rasa dendeng yang pedas manis.Dapat makan,dapat bagi orang merasa juga.






Wednesday, October 29, 2025

WORDLESS WEDNESDAY~BEKAL KECIL UNTUK PERJALANAN JAUH

 


Bukan bekal makanan tapi sebuah Al-Quran kecil.
Tanpa sedar dah 2 tahun jadi teman setia Pia.
Katanya bila hati Pia rindu,bila rasa penat,bila terasa berat nak teruskan hari,Pia buka dan baca walau sehelai dua.Moga Al-Quran kecil ni jadi peneman setiap waktu,penenang hati,dan sumber kekuatan bukan sahaja di MRSM tapi sepanjang perjalanan hidup Pia nanti🍃



Tuesday, October 28, 2025

BIRTHDAY PIA 7 SEPTEMBER

 Hari ni nak cerita sambutan birthday Pia yang lepas.Tarikh 7 September memang akan jadi hari istimewa buat kami, Pia satu-satunya anak tunggal umi waled.

Sempena birthday Pia,umi pula yang dapat hadiah dulu sehari awal..rezeki jangan ditolak la kan😎

Kebetulan 7hb Sept jatuh hari Ahad,kebetulan juga minggu tu giliran outing untuk girls,jadi sempatlah bawa Pia balik rumah sekejap.Surprise kecil-kecilan dari umi waled.Kek dari Inside scoop rocher icecream pilihan umi.Kalau tanya anakdara tu dia tak nak apa-apa untuk birthday,ada juga tanya kot nak celebrate dengan kawan homeroom di maktab,pun tak nak juga.

Cuma Pia ada minta nak Sony walkman kalau dia dapat Top 5 ujian selaras 2 di maktab,tapi belum ada rezeki Pia nak dapat Top 5 masih kekal dalam Top 10.Bila dah nama umi waled ni tak sampai hati nak hampakan anak,jadi sempena birthday ni hadiahkan juga walkman yang dia idamkan.Teruja la dia bila buka kotak hadiah tu.

Lepas zohor sebelum hantar balik maktab,singgah Me'nate Steak dulu,cari tempat yang paling dekat sebenarnya dengan maktab Pia senang satu jalan.Lagipun sebelum ni Pia ada sebut nak makan lobster,kali ni umiwaled tunaikan impian dia sekali lagi.




Maafkan umi video tunggang terbalik😂
Sambutan simple je cuma untuk kenangan anakdara tu bila dah besar nanti.

Semoga Pia terus jadi anak yang baik dan lembut hati.Umi waled sentiasa doakan, Allah murahkan rezeki&permudahkan semua urusan Pia,sentiasa dilindungi di mana saja berada.Love u always, sayang💕














Monday, October 27, 2025

BARU JUMPA LAKSA JOHOR KENA DENGAN TEKAK

Selalu kalau teringin laksa Johor,mesti rasa serba tak kena,ada yang kuahnya cair,ada pula rasa ikan dia tenggelam.Tapi yang ni dah jumpa yang perfect!Kuahnya pekat,cukup rasa ikan,lemak manisnya pun ngam.

Hirisan timun dia salah bukan gaya hirisan macam orang Johor selalu buat tapi boleh pejam mata je kali ni sebab kuah dan sambal belacan dia memang sedap sangat.Bila dah jumpa kuah padu,benda kecil macam tu boleh dimaafkan😂

Sebelum ni pernah banyak kali juga kirim laksa Johor Anora dengan waled bila dia ke Mindef.Kali ni tak payah kirim jauh-jauh dah,lagi dekat lagi senang nak ulang beli bila teringin.Kedai dia biasa je dalam kawasan industri Indera Mahkota 14,tak ada rupa tempat makan yang menarik pun,tempat simple tapi ada isinya yang 'berhantu'.

Nikmat kecil macam ni pun dah cukup buat hati bahagia kan.Tengah teringin laksa Johor,tiba-tiba jumpa yang kena dengan tekak di tempat sendiri pula tu.Nak cuba buat sendiri ntah bila😅



Saturday, October 25, 2025

I'M BACK........

Assalamualaikum semua..

Entri terakhir bulan Julai!Lepas tu, macam-macam hal sampai blog pun terbiar.Tapi hari ni tergerak hati nak menulis,banyak benda nak kongsi sebenarnya.

Bulan Oktober ni penuh dengan rasa yang bercampur,ada risau ada gembira.

Awal bulan hari tu, Pia demam influenza A.Batch Pia yang paling ramai kena.Kami ni risau betul masa tu.Bila pihak maktab umumkan PDPR bermula 6hb baru lah lega sikit hati ni anak ada depan mata,belajar dari rumah dulu sementara keadaan stabil.

Ni dah 20 hari duduk rumah esok 26/10 Pia dah nak balik semula ke maktab.Tapi kali ni rasa lain sikit sebab tiada visit dan outing sampai diberitahu.

Dah biasa setiap hujung minggu mesti nak melawat Pia.Kali ni bila fikir tak boleh jumpa dia Sabtu dan Ahad tu mula rasa sayu.

Awal bulan haritu Allah bagi juga berita gembira,Waled dapat tukar tempat kerja.Syukur sangat,dah lama waled tunggu dan bila akhirnya dapat rasa lega tak terkata.Ummi tumpang gembira tengok waled senyum.Betul la orang kata rezeki datang dalam macam-macam bentuk kadang lewat tapi tetap sampai pada masa yang tepat.

Tapi itulah kehidupan kan,kadang diuji dengan sedikit berat,tapi diganti pula dengan kegembiraan yang menyenangkan.

Saya harap lepas ni saya rajin menulis semula😂Menulis ni bukan sekadar hobi tapi nak simpan kenangan dan rasa.Terima kasih pada yang sudi singgah baca walaupun blog ni lama senyap.

Saat tenang,senyum dan masa bersama yang tak ternilai💕






Friday, July 18, 2025

HANTAR KAKAK BALIK ASRAMA

Dah pandai sekarang nak ikut,asal dengar ummi waled ambil kunci kereta dia dah berlari duduk depan pintu nak ikut.Buka je pintu kereta laju je lompat masuk kereta.Kalau dengan waled mana bolehnya nak naik kereta dia,risau bulu melekat pada kusyen.

Waled cakap nak ikut naik kereta ummi..apa lah waled ni,kesian dakDaisy tu takpe lah nanti waled juga yang kena vacuum kereta. 

Hari Ahad tu dapat la dakDaisy ikut hantar Pia balik asrama,Pia outing hari Ahad balik rumah,sekejap pun takpe asalkan dapat balik.Ajak jalan-jalan ke mall taknak.Suruh outing dengan kawan-kawan pun taknak.

Nak tunggu pulang bermalam lambat lagi ni dah sebulan lebih tak dapat pulang bermalam.Anak-anak yang duduk luar Kuantan ni dah lama tak dapat balik rumah.Last balik cuti raya haji.Kuatnya anak-anak ni.



Tuesday, July 01, 2025

KALI KE-2 DEMAM COVID

Selalu saya demam makan panadol sehari dua ok dah,ni berlarutan sampai 2 papan panadol.Demam panas,sakit badan,hidung sumbat tapi tak ada hingus.Alhamdulillah tak sakit kepala.Rupanya terkena covid,kali ke-2.Doktor kata jangan risau.Disuruh berehat je.

Kali pertama kena covid tahun 2023.Simptom yang pertama rasa macam nak cabut kepala,demam panas dalam badan,batuk rasa macam nak muntah.

Hari ni dah hari ke-6,beransur sihat dah cuma deria rasa,deria bau belum ada.Makan apa-apa pun telan je sebab nak alas perut makan ubat.


Semalam tekak teringin nak rasa masin-masin,badan pun dah kuat sikit buat la pulut kuning.Masak secawan je beras pulut.Nak makan dengan telur rambu.Tapi itu la tak rasa apa.


Yang paling sedih anak manja sorang ni,tambah pula tengah minggu exam.Ummi waled tak dapat nak salam peluk cium dia,datang melawat tapi ada penjarakan sosial.Risau berjangkit anak tengah exam.Tanya dia kalau ummi tak datang melawat boleh ke?Katanya nak tengok muka ummi,datang la duduk jauh-jauh pun takpe..

Tak dapat la ummi nak masak bekal macam biasa,waled beli nasi bungkus je sebungkus untuk Pia.Sedihnya tengok anak makan😓









 

Friday, June 27, 2025

KHABAR DARI ASRAMA

Dah setahun setengah Pia di asrama,masih mencari rentak dalam berkawan.Belum ada kawan baik,belum ada kawan rapat.Berkawan dengan semua orang katanya,tapi tak rapat.

Bila tanya pergi makan dengan siapa hari ni,macam biasa katanya sorang..kalau dekat dewan selera tu ada kawan yang kenal pergi je duduk sama-sama.Tapi siapa siap dulu pergi je tak perlu tunggu kawan siap makan.Bila tanya pergi surau dengan siapa,macam biasa katanya sorang,tak perlu tunggu kawan nanti lambat.Katanya ummi jangan risau dekat sini memang macam tu tak perlu ada kawan rapat,tak perlu ada kawan baik,bila ada kawan nanti jadi lambat nak kena tunggu-tunggu,nak buat itu ini kena ajak kawan,susah la katanya lagi.Ummi ni risau anak kesunyian bila tak ada kawan.

Sekarang tengah exam Sem 3, ada lagi 7 subject nak habis..anak yang nak exam ummi yang susah hati sampai demam ni haa dah 2hari demam.Anak nak SPM nanti macam mana la agaknya.

Alhamdulillah Pia tak ada masalah belajar walaupun tak ada kawan.Dalam kelas pun dia tak ada kawan baik.Dia lebih suka belajar sendiri katanya.

Sem 1 keputusan PNG 3.69, Sem 2 haritu 3.79, harap-harap Sem 3 ni masih kekal dengan Anugerah Penghormatan Pengetua.


Anak kesayangan waled ni dah pandai basuh baju sendiri,waled tak perlu ambil baju kotor dah setiap minggu hari Sabtu.Mula-mula hari tu Pia hantar dobi tapi bila ambil semula banyak helai baju yang hilang.Sekarang dah basuh sendiri guna  mesin basuh bawah bilik cuma kena tunggu giliran nak guna,Pia bagitau dia basuh baju setiap hari Rabu&Sabtu,bangun pukul 4.30 pagi jadi tak perlu beratur tunggu giliran.Tak sangka anak manja ummi waled dah pandai berdikari. 

Dah tak nangis macam dulu lagi setiap kali nak hantar balik asrama,cuma ada masa moody taknak berpisah dengan ummi waled.Rindu katanya..Masih lagi call umi waled sehari 5x,walau sibuk macam mana pun Pia akan tetap call bercerita apa yang dia buat seharian.

Tahun kedua makin nampak berdikari dan nampak matang dalam segala segi.Alhamdulillah kehidupan di asrama membentuk peribadi,perilaku dan sahsiah yang tinggi.

Rutin ummi waled visit Pia setiap Sabtu&Ahad masih lagi tetap.Bila hari Jumaat je kepala ligat nak susun menu apa.Kata waled sekarang nak tunggu umi masak kena tunggu hujung minggu je.
Hujung minggu tak lekat dirumah.Bukan jalan kemana pun,lepas zohor dah depan pagar maktab anak.





















Wednesday, June 18, 2025

WORDLESS WEDNESDAY~KUIH CEKMEK


Bila waled dah banyak kali sebut teringin nak makan kuih cekmek,minta dia beli je setakat nak makan 2,3biji baik beli je tapi waled suruh juga buat. 

Sendiri pun teringin sebenarnya tapi diet tak boleh makan kuihmuih kononnya..kalau dah buat sendiri ni mau 5,6 ketul sekali makan.

Buat sikit je guna 4 ketul keledek manis.

Ada yang kembong ada yang pendek terdampar sebab tangan ni tak berapa seni.

Ok la tu kan,biar rupa tak berapa ada janji ada rasa cekmek😂

Wednesday, April 30, 2025

SKYWORLD THEME PARK GENTING HIGHLAND

Cuti CNY lepas bawa Pia bercuti ke Genting Highland 2D1N

Jom genting jom katanya hadiah untuk Pia sebab berjaya dapat Anugerah Penghormatan Pengetua kali ke-2..disebabkan umiwaled dah lanjut usia kena bawakan Pia kawan,maklum la umiwaled dah tak muda macam dulu,jantung pun dah tak kuat nak layan adventure game

Ajak sepupu Pia pergi,bertolak lepas solat Subuh dari rumah mak tak masuk highway,saja nak lalu jalan kampung.Sampai Temerloh pukul 8 siap sarapan apa semua baru masuk LPT.


Tips nak pergi theme park ni kena beli tiket online sehari awal,then kena sampai awal.Sebabnya kalau tak memang tak sempat nak main banyak permainan..dah guna fast lane pun tetap juga lambat sebab terlalu ramai orang.

Sampai puncak Genting Highland dalam pukul 11,tak perlu beratur panjang terus boleh masuk.Cuaca pula sejuk-sejuk manja saja,langit cerah memancar cahaya matahari tapi tak panas.


Umiwaled boleh la santai-santai berjalan pimpin tangan&makan icecream berkongsi suap (alasan padahal icecream 1bekas kecil tu RM19)😎
Pia dah ada kawan nak teman dia main.


Dah alang-alang Pia dah lama duk sebut nak makan fish&chip kita cuba makan Harry Ramsden yang orang duk sebut famous tu tapi bagi saya biasa je tak sedap pun tak faham kenapa famous.Harga jangan cakap la dekat genting ni mana ada yang murah.

Waled bagitau taknak dah datang Genting,dah banyak kali datang sini dari Pia umur 5 tahun dah jemu katanya..kalau Pia dah besar nanti teringin nak ke Genting lagi datang sendiri,umiwaled dah tua tak boleh nak ke Genting lagi kata waled...😓












Saturday, April 26, 2025

Giveaway Tot's Blog



Nampak semua dah join agaknya saya orang paling last.

SYARAT-SYARAT GIVEAWAY TOT'S BLOG 

1. Follow TOT'S BLOG

2. Tulis entri bertajuk 'Giveaway Tot's Blog', copy and paste banner giveaway di atas di blog anda dan backlink ke entri Giveaway Tot's Blog

3. Tinggalkan komen di entri ini, url entri anda.

4. Pemenang dipilih secara rawak. Sebab tak tahu berapa orang yang akan masuk. Seandainya habis tarikh akhir dan 9 orang sahaja yang masuk, maka semua peserta dapat hadiah. Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan roda pusingan (random name picker).

Good luck semua,saya dah tak sabar nak tanam pokok bunga matahari ni😂


Wednesday, April 09, 2025

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Alhamdulillah taqaballahu minna wa minkum sekejap je masa berlalu hari ni dah 10 Syawal.Sepanjang cuti raya tak jenguk langsung blog.Bukan raya sakan tapi busy pi mai pi mai tang dapur.Tahun ni raya pertama di rumah mentua.Raya ke-2 baru balik rumah mak saya.Ramai betul tetamu rumah makmentua dari pagi bawa ke malam,geng dapur ni tak kering tangan cuci cawan,mangkuk.Hari raya pertama memang tak dapat nak keluar ziarah raya.

Buat pertama kalinya saya tak masak untuk hidangan raya pertama sebab ada abang ipar dari Terengganu balik rumah makmentua yang jenis tak makan air tangan orang lain selain dari masakan isteri dia..Hooray hoorey la kami boleh santai-santai main bunga api malam raya.

3 hari sebelum raya sempat buat tapai daun getah,buat tak banyak sekilo beras pulut saja.Daun getah pun kena beli sekarang ni,1 ikat 6ringgit😖


Pagi raya ke-2 baru dapat masak sendiri lodeh,nasi impit,kuah kacang,ayam masak merah dan sambal tumis bilis.Baru rasa puas hati dapat makan lontong di hari raya.Mulanya teringin nak buat lontong daun pisang,tapi macam biasa la kerja nak cepat je..

Masih belum terlambat lagi kan nak share gambar raya...


Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali kami.










Thursday, March 27, 2025

AKHIR RAMADHAN

Alhamdulillah diam tak diam dah nak sampai penghujung ramadhan kan,moga kita semua dipanjangkan umur yang berkah untuk bertemu ramadhan akan datang..puasa kali ni macam-macam pengalaman

Dapur pun kejap-kejap saja berasap.Minggu ni tak berasap langsung ni..Hari ni pun rasanya tak masak lagi,Pia dah balik hari ni dari semalam dia duk dah ajak berbuka puasa dekat luar.

Boleh bilang dengan jari berapa kali je masak itu pun sejenis lauk.

Waled pula bulan puasa ni mambang rajin dia datang.Kes nya balik kerja awal,sampai rumah tak ada apa nak buat.Dia beli pisang nangka setandan dia buat kerepek
Dapat la 3 bekas besar ni kerepek pisang

Dah siap buat kerepek semalam dia sambung pula buat rempeyek
Tak tau la jadi ke tak ni,nampak macam jadi..saya lupa nak cuba makan malam tadi

Isnin lepas Pia ada Iftar Ramadhan dengan adikberadik homeroom.Kemain la masing-masing order nak makan apa..penuh bonet kereta kau..
Balik hantar makanan untuk diaorang umiwaled pula sangkut traffic jam tak sempat sampai rumah.Terpaksa singgah buka puasa dulu,tutup lagi la dapur😎

Sahur tadi berasap la sikit dapur goreng telur mata 

Selamat Hari Raya semua akak,adik,abang blogger...maaf zahir batin,maaf andai ada salah silap saya terkasar bicara menulis komen.

Haiissh beg baju tak kemas lagi ni nak merentas desa esok atau lusa.Orang kata kalau perjalanan balik kampung tak sampai 1 jam tu bukan balik kampung tapi merentas desa😂





















Monday, March 17, 2025

13 Ramadhan

 Alhamdulillah dah sampai hari ke-16 Ramadhan ye kita..cepatnya masa berlalu puasa kali ni.Tinggal seminggu je lah lagi puasa tahun ni..moga masih dipanjangkan umur bertemu dengan Ramadhan tahun depan

Hari ke-13 puasa baru kami dapat buka puasa sama-sama 3 branak.Pia dapat cuti 5 hari sempena Nuzul Al-Quran.Waled pun dah balik dari Tawau.Baru la rasa happy sikit hati ni bila 2 orang ni ada depan mata saya.



Jumaat lepas waled bagitau tak payah masak,dia dah booking iftar di Menate Steak Kuantan.

2 minggu saya tak semangat bila berbuka puasa,mampu tengok je blog kawan-kawan meriah dengan menu Ramadhan.Semalam baru la nampak meriah sikit meja makan kami.Bila ada yang request nak makan itu ini,umi terus jadi rajin.
Syukur sempat merasa puasa dan bersahur sekali.
Berbual dengan Pia sebelum azan maghrib dia pesan ummi jangan la tak selera makan fikirkan Pia berbuka&bersahur di asrama,makanan dekat DS sedap-sedap katanya..Petang pun ada bazar dalam maktab.Bila dia tahu umi dia buka puasa lauk ikan bilis goreng+bawang+cili masa berbual di telefon tempoh hari.Padahal menu umi tu tak cukup seperiuk nasi tu😂
Bukan tak selera makan tapi bila tinggal sorang ni malas nak masak.Tunggu semua ada time tu lah mood chef tersohor keluar😎