Resepi saya ambil dalam blog namakucella
Terus teringat zaman dulu-dulu,air ni selalu ada bila bulan puasa atau majlis kenduri.
Resepi ni simple je tapi warna dia menarik dan rasa dia pun unik,campuran Sunquik oren,perisa pisang dan pewarna hijau.Nampak pelik kan,tapi bila dah campur semua jadi gabungan yang refreshing dan sedap
Saya pernah jumpa air ni zaman sekolah dulu sekarang jarang dah orang buat.Bila nampak resepi ni dalam blog mamacella,terus rasa nak cuba semula.
Minum sejuk-sejuk terus rasa macam balik ke zaman 90an
1botol kecil Sunquick Oren
Sedikit perisa pisang
Sedikit pewarna hijau
Gula ikut suka manis
Air dan ais
Warna hijau kuning tu memang cantik,mak-mak gen X,Y macam saya ni,air ni bukan sekadar minuman tapi ada kenangan zaman dulu yang datang balik.
Saya pernah buat air ni masa raya puasa haritu,bukan main berebut budak-budak gen Alpha minum.jenuh nak bancuh.Nampaknya air legend memang tak lapuk dek zaman,dari dulu sampai sekarang tetap ada peminat.
Terima kasih pada cella,dulu dia suka share resepi apa yang mak dia masak,suka baca celoteh dia zaman dia sekolah rendah dulu.Kalau tak kerana resepi mamacella tu,entah bila la saya nak teringat semula air nostalgia.


Wah, menggamit nostalgia lalu. Gen Alpha suka ye minuman begini.
ReplyDeleteAir hijau ni Cie ambil resipi kakak ipar. Tak guna sunquick tapi guna perisa oren, perisan pisang, pewarna hijau. Selalu buat time raya. Sedap airnya rasa macam air gas.
ReplyDelete