Wednesday, April 09, 2025

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Alhamdulillah taqaballahu minna wa minkum sekejap je masa berlalu hari ni dah 10 Syawal.Sepanjang cuti raya tak jenguk langsung blog.Bukan raya sakan tapi busy pi mai pi mai tang dapur.Tahun ni raya pertama di rumah mentua.Raya ke-2 baru balik rumah mak saya.Ramai betul tetamu rumah makmentua dari pagi bawa ke malam,geng dapur ni tak kering tangan cuci cawan,mangkuk.Hari raya pertama memang tak dapat nak keluar ziarah raya.

Buat pertama kalinya saya tak masak untuk hidangan raya pertama sebab ada abang ipar dari Terengganu balik rumah makmentua yang jenis tak makan air tangan orang lain selain dari masakan isteri dia..Hooray hoorey la kami boleh santai-santai main bunga api malam raya.

3 hari sebelum raya sempat buat tapai daun getah,buat tak banyak sekilo beras pulut saja.Daun getah pun kena beli sekarang ni,1 ikat 6ringgit😖


Pagi raya ke-2 baru dapat masak sendiri lodeh,nasi impit,kuah kacang,ayam masak merah dan sambal tumis bilis.Baru rasa puas hati dapat makan lontong di hari raya.Mulanya teringin nak buat lontong daun pisang,tapi macam biasa la kerja nak cepat je..

Masih belum terlambat lagi kan nak share gambar raya...


Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali kami.










21 comments:

  1. Untung sangat tu sebab tak payah masak hihi...
    Lawanya background gambar raya...kena sangat dengan baju biru...

    ReplyDelete
  2. Cantiknya gambar raya. Nak buat tapai pun ada pantang larang jugak kan? Supaya Tapainya rasa sedap. Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Afzan,
    Maaf zahir dan batin.

    laaa... ada gak eh orang jual daun getah. tapi kot nak petik jenuh gak cari yang pucuk2 tu..

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri utk afzan sefamily....akak 1st raya ramai juga tetamu walaupun teamraya kl...dr pg smp ke ptg..sedap tu menu raya ke2

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin Afzan..Pia & Walid..

    Nampaknya kita sedondon raya kali ni...setakat ni dah jumpa 3 dondon termasuk family Cikgu Amie..

    Hikmah fapat abang ipar macam tu..boleh main bunga api🤭
    Syyy.,fotoshoot kat studio mana tu..klasik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa... banyak rupanya dondon biru ye Mama Cella.

      Delete
  6. Selamat Hari Raya Aidilfitri Afzan...Maaf Zahir Batin ye...

    ReplyDelete
  7. seronok bab tak payah masak tu...
    pandainya waled masak..buat tapai pula, hari tu buat peyek...

    ReplyDelete
  8. Lawa la baju raya dia. Selamat hari raya, Afzan. Lapar tengok lodeh n nasi impit tu.

    ReplyDelete
  9. Taqobbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya.

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya Afzan.. Cantik baju raya..nampak classic..

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya buat sis sekeluarga ✨
    Mohon maaf andai ada tersalah kata ye...
    Cantik la backdrop gambar tu, deko sendiri ke? Macam kat studio hehe...

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya maaf zahir batin
    Cantik gambar raya
    Tapaii tu sedappnya kan
    Mkn sejukk

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya afzan & famili!! lama x tgk pia... warna biru nila ni mmg nmpk eksklusif

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir batin kak afzan dan keluarga.

    Senanglah begitu tak perlu memasak kan. Tapi dia punya meriah tu memang tak kering tangan lah kan.

    Apa ni, banyak makanan favourite saya. Tak jumpa lagi tapai masa raya haritu. Terliur tengok kuah lodeh tu haa.

    Cantik baju raya tema blue black dan gold. Auto gambar pun jadi cantik.

    ReplyDelete
  15. Best juga sekali sekala tak perlu masak ye, Afzan. Tapi bila makan family sendiri, air tangan sendiri juga rasa nikmat, kan.
    Selamat hari raya, Afzan. Maap zahir batin dari akak. :)

    ReplyDelete
  16. petua orang tua2 nak bungkus tapai kena sambil tersenyum...

    ReplyDelete
  17. Selamat hari raya buat Afzan sekeluarga.
    Maaf zahir batin.
    Mohon ampun dan maaf sekiranya selama persahabatan di alam maya ada perkataan dan tulisan Kak Amie yang menyentuh rasa ye Afzan.

    ReplyDelete
  18. takpe yg tak mkn air tgn org lain tu untung juga kita takyah masak sbb bini dia masak hehehe..

    waahh tapai daun getah! org lejen je yg pandai buat! hehehe

    cantiknyaaaaa kombinasi color baju navy & brown!

    selamat hari raya ummi pia sekeluarga! maaf segala salah silap dr Ana sekeluarga :)

    ReplyDelete
  19. Meriaaah pasti kalo tamu ramai datang ya kak 😍👍. Rindu juga kadang suasana raya di mana banyak tamu datang. Dah lama tak merasakan yg begitu sejak mertua berpulang.

    Btw, minal Aidin wal Faizin. Saya juga minta maaf jika ada kesalahan kata dalam berkomentar selama ini 🙏

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..