Wednesday, May 08, 2024

MAJLIS AKAD NIKAH ANAK SAUDARA

 4hb Mei 2024.Anak saudara waled telah bertemu jodoh dengan pasangan pilihannya.Majlis yang makcik pakcik semua nanti-nantikan maklum la anak saudara perempuan sulong,adik-adik sepupu semua masih belajar lagi.Yang kahwin ni anak kepada kakak sulong waled,anak perempuan pertama yang kahwin.

Hari yang sama kami juga dapat jemputan kenduri kahwin di Terengganu.Satu-satunya kawan batch semasa di IPT yang masih belum kahwin,nak tak nak kena juga hadirkan diri.Pergi berdua je ke Terengganu pergi awal sehari,kali pertama travel berdua tanpa anak.

Lepas makan,jumpa pengantin sekejap,ada 3-4 orang kawan yang datang awal sempat la berborak sepatah dua.Tak sempat nak tunggu kawan-kawan yang lain sampai terus bertolak balik ke Kuantan nak kejar majlis akad nikah anak saudara pada pukul 5petang.

Sepanjang perjalanan Terengganu-Kuantan hujan selebat-lebatnya,kitaorang dah risau macam mana la majlis petang tu kalau hujan lebat macam ni,majlis pula konsep outdoor.Sampai di Kuantan pukul 4.30 petang tengok tempat majlis nikah memang dah habis basah.Alhamdulillah pukul 6petang hujan dah berhenti,diaorang lap sikit-sikit kerusi untuk pengantin dan imam duduk,syukur 2 kali lafaz dah selesai anaknda Liana dah jadi milik orang,lewat 1jam dari perancangan awal.





Selamat Pengantin Baru untuk anaknda Liana&pasangan,semoga jadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah.
Doa ikhlas dari kami berdua pengantin lama.


14 comments:

  1. meriah... selamat pengantin baru untuk kedua2 mempelai.. bahagia till jannah.. ameeennnn..

    ReplyDelete
  2. Cantiknya tempat diadakan majlis ni. Selamat Pengantin Baru, moga kekal sehingga ke jannah. Kepada pengantin lama....moga bahagia milikmu....sehingga ke syurga nanti......

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru buat pengantin..semoga kekal bahagia till jannah

    ReplyDelete
  4. alaa sy nak tgk gmbr pengantin baru
    bkn pengantin lama
    hahaha
    gurau je

    ReplyDelete
  5. بَارَكَ اللهُ لَكُماَ وَبَارَكَ عَلَيْكُماَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

    ReplyDelete
  6. trend ye skrg guna huruf jawi.. ni guna utk photo booth pulak... nice

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah selesai majlis nikah, moga mempelai bahagia selamanya.

    ReplyDelete
  8. Selamat pengantin baru untuk kedua-dua pasangan pengantin. Sukanya konsep outdoor klasik macam ni. Tengah trend kan. Pengantin lama dah ala² pengantin baru dah tu.

    ReplyDelete
  9. syukur hujan benti juga.. mesti risau sbb konsep outdoor hehe.. cantiknya pengantin lama! hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tahniah utk kedua mempelai.
    Mujur majlisnya lewat petang, dapat raikan kedua² majlis alhamdulillah.
    Risiko sikit la buat majlis outdoor dgn cuaca di negara kita ni sbb kdg hujan... Apapun alhamdulillah majlisnya dah disempurnakan.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. kedua2 majlis dapat dihadiri.
    Semoga pasangan pengantin kekal bahagia.

    ReplyDelete
  12. majlis kawin outdoor riso juga kan dgn cuaca skarang ni...nasibaik ok ni...pengantin lama pn sweet tu

    ReplyDelete
  13. Itu yg ditakutkan kalo outdoor wedding. Hujan. Apalagi sedang musimnya. tapi untunglah bisa diatasi ya kak... Maniis sangat Deco nya.. ☺️

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..