Thursday, May 09, 2024

WAJIK DELIMA UNTUK KENDURI

Saya buat wajik delima resepi mamacella  untuk majlis akad nikah anak saudara Sabtu lepas. Apa kabar agaknya mamacella,haritu baca entry katanya kurang sihat,moga sudah sembuh dan sentiasa sihat ye kak..

Terima kasih atas resepi wajik delima yang paling sedap ni.Saya tiru 100% resepi mamacella dan memang jadi sangat sedap.Tetamu yang makan pun puji wajik delima sedap katanya,cuma yang saya punya tak secantik macam mama cella buat.

Saya buat tak banyak pun,buat 2 kilo beras pulut je.buat tambah-tambah manisan yang sedia ada.

Saya simpan sini resepi wajik delima mama cella

WAJIK DELIMA BERKILAUAN
1kg pulut
1kg santan (anggaran 4 cawan santan pekat)
1kg gula pasir putih
3 ketul gula batu (anggran sebesar ibu jari kaki) 🤣
1 sudu teh garam
3 helai pandan
1 sudu pewarna merah

1. Pulut dibersihkan & direndam semalaman & sekurang-kurannya 4 jam
**asingkan 1 cawan & rendam berasingan + pewarna merah

2. Kukus pulut hingga masak
** Kukus berasingan putih & merah. @ letak pulut merah disebelah pulut putih. JANGAN gaul sekali. 

3. Setelah masak biar sejuk berasingan.JANGAN gaul.

4. Masak santan, gula batu, gula pasir, garam & daun pandan. Kacau sentiasa hingga pekat. Mula-mula mendidih buihnya laju.. Bila pekat buihnya perlahan. Air gula bersantan akan jadi buih-buih pekat.

5. Masukkan pulut kukus putih & kacau sebati.
**Gula pekat akan kembali cair selepas mashk pulut. JANGAN risau. Terus kacau hingga pekat semula & semua pulut bersalut

6. Bila sudah kental, BARULAH masukkan pulut bewarna merah & kacau rata sekejap sahaja.
**Pulut Merah kena masuk akhir sekali suoaya warna merahnya tidah melekat pada pulut putih & warna merahnya akan lebih menyerlah & akan jadi cantik

7. Kaut & masukkan dalam loyang @ bekas acuan yang diingini.

8. Biar sejuk sebelum dipotong @ dihias untuk majlis special...

Extra tips ;
1.Gunakan pulut biasa untuk texture yang leboh baik. JANGAN guna pulut susu kerana pulut susu lebih sesuai untuk ketupat palas & seri muka. 

2.Wajib guna gula batu untuk dapakan effect berkilau seperti batu delima. 

3.Warna merah mesti pekat untuk dapat effect batu delima yang menarik

4. KESABARAN akan membuahkan hasil yang lebih sempurna



20 comments:

  1. macam menarik je wajik tu..biasa tengok warna choc kan..

    ReplyDelete
  2. waahhh menarikla color dia lain mcm berseri!

    ReplyDelete
  3. Unik la. cantik lak tu. tq share recipe. nnt nak gak mencuba. tp buat portion sikit je

    ReplyDelete
  4. Cantik kejadiannya. Senang tak nak buat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat tu senang jr Carneyz tapi nak kacau tu ambil masa juga..2jam jg la bersauna mengacau wajik ni

      Delete
  5. sedapp. nya wajib
    lamaa dah x mkn. ni.
    biasa dulu2 raya arwah mak akan buat tp versi gula merah

    ReplyDelete
  6. eh first time kita dgr ada wajik buah delima ye.. manis2 buah ke rasa nya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan wajik buah delima kak ret..wajik delima ni ala2 batu permata delima berkilau

      Delete
  7. Menarik tu wajik delima warna merah. Selalu wajik warna coklat je.

    ReplyDelete
  8. 1st time tgk wajik delima...biasa mkn wajik yg coklat tu

    ReplyDelete
  9. oo..baru tau ada wajik delima. Tak pernah jumpa/makan. Agaknya rasa wajik delima ni taklah terlalu manis macam wajik biasa (warna coklat).

    ReplyDelete
  10. Gula sebesar ibu jari kaki? Senang kita nak imagine besar mana ni Afzan. Hehe. Nampak macam sedap. Serius akak tak pernah merasa lagi.....

    ReplyDelete
  11. sedap sungguh nampaknya.,.. berkilauan pink.. :D.. ldy x pernah buat wajik, beli je pernah... org trg di kawasan ldy xpanggil wajik.. kami pgl nasik manih.. :P..

    ReplyDelete
  12. Cantik kombinasi kaler delima tu.
    Pertama kali tengok wajik kaler merah.

    ReplyDelete
  13. Ini fav tradisional Snack kesukaan sayaaa 😍😍😍. Susaaah nak cari..apalagi di jakarta. Kadang saat saya balik kampung di Medan, baru lah bisa ketemu. Resepnya saya baca sebenarnya simple yaa.teringin juga nak buat. Tapi mungkin harus saya kurangi takarannya. Suami dan anak2 kurang suka makanan begini.

    ReplyDelete
  14. First time tengok wajik merah ni. Thanks kongsi resepi rasa nak try buat nanti.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..