Saturday, April 27, 2024

INSOFF JAP

Bulan puasa sebulan haritu berat badan saya tak turun langsung,duk statik 54.9,berangan bila puasa boleh turun 2-3kg tambah pula makan tak selera anak tak ada depan mata😆

Ramadhan hari tu saya kerap sangat sakit kepala,duk ingat sebab cuaca panas.Tapi keluar pagi tak kena matahari lagi,balik petang pun dah redup.Bila waled bagitau panasnya tengahari saya jawab tak panas pun,iye lah orang tu naik motor gi kerja asal tengahari lari balik rumah tidur.Saya pula seharian bawah aircond mana nak rasa bahang tengahari.

Bila dah kerap sangat sakit kepala hati jadi risau la kan,kalau dulu tiap kali ABC je sakit kepala,kali ni boleh kata setiap hari.Nak tak nak pergi juga check

Bila dah tau result jadi susah hati la plk.Kolestrol tinggi dan gula pun tinggi sikit.Padahal saya memang dah lama tak minum air manis tapi mungkin sebab ambil nasi berkanji terlebih.Kerja pula jenis duduk mengadap komputer tak keluar peluh langsung.Kena la kurangkan portion nasi dan buah manis.

Jadi datangla insaf sekejap tak tau la sampai bila ni boleh istiqomah.

Umur dah tengah 40an ni penyakit dah mula nak datang.
Sekarang ni lebih kepada nak jaga kesihatan,bukan nak kurus sebab nak cantik.Janji sihat&bertenaga.


25 comments:

  1. Ringan tu, Afzan, 54.9 kg saja. Sudah insap ni, tak makan nasi, nanti lagi turun berat Afzan kang, senang ditiup angin. Akak gurau, tau. :D Semoga dapat kurangkan kolesterol dan gula. Chaiyok, Afzan!
    Nak kurangkan gula buat apa, tau. Lari. Jadi cam akak, lepas makan pun gula dalam darah 5.4. Tak pernah capai 6.

    ReplyDelete
  2. Saya pun risau kalau bacaan gula dalam darah agak tinggi. Biasanya kalau rajin beraktiviti keluarkan peluh biasanya turunlah bacaannya. Dan minum air kosong banyak-banyak.

    ReplyDelete
  3. Itulah kadang faktor gula tinggi sebab makan nasi lebih.
    Nasib baik pergi pemeriksaan kesihatan, boleh buat apa yang patut.

    ReplyDelete
  4. Bagus buat pemeriksaan kesihatan macam ni. Nanti boleh betulkan apa yang patut.

    ReplyDelete
  5. Saya jadi ingat planning nak MC. Sebenarnya june esok nak bawa papa MC di mount mirriam Penang. Nak Konsul dengan doctor di sana.

    Tapi jadi terpikir apa saya sekalian saja nak MC juga, supaya tahu setidaknya gula dan kolesterol apa msh aman 😅. Terkadang walo jarang makan manis, tapi diabetic ini bukan hanya dari gula . Jadi memang hrs cek.

    ReplyDelete
  6. Saya jadi ingat planning nak MC. Sebenarnya june esok nak bawa papa MC di mount mirriam Penang. Nak Konsul dengan doctor di sana.

    Tapi jadi terpikir apa saya sekalian saja nak MC juga, supaya tahu setidaknya gula dan kolesterol apa msh aman 😅. Terkadang walo jarang makan manis, tapi diabetic ini bukan hanya dari gula . Jadi memang hrs cek.

    ReplyDelete
  7. marila kite pakat buat IF.. kite mkn byk2.. xde mslh, tp mkn lauk shj.. dan mkn ikut waktunya.. seminggu sekali atau sebulan sekali kite raya la.. :D.. meh la.. jom...

    ReplyDelete
  8. Slim molek ni sis :)
    Mudah-mudahan istiqamah, dan dijauhkan dari segala penyakit hendaknya...

    ReplyDelete
  9. Uncle senang... tak timbang. Sebab tak tau maknanya tak risau....

    ReplyDelete
  10. kurus lagi tuuuuu....eh..eh..jeles la...akak ni tengh hormon x stabil..patut dah period tapi x period, check upt negative dah 3 kali check, ah malas nak fikir la...hahahaha....

    ReplyDelete
  11. Syukurlah Afzan pergi check. Dah tau result, bolehlah usahakan apa yang patut. Mungkin kena tambah aktiviti senaman.

    ReplyDelete
  12. Sihat yang utama, kurus tu kira bonus 🥰
    Semoga terus istiqomah.

    ReplyDelete
  13. Bila dah masuk Remaja Purba ni risau bila sakit datang, hari tu check, kena kawal dari segi pengambilan pemakanan.
    Nak kurus? siapa tak nak? tapi itu kira bonus dalam usia macam ni.

    ReplyDelete
  14. btul tu...bila usia dh makin meningkat ni pemakanan kena jaga...nk sihat...kurus tu bonus tp berat angka dpn no 5 tu masih ok....

    ReplyDelete
  15. Lepas Raya ni check jugak semua tu, terlebih sikit bordernya. Moga kita sama2 jaga dan kekal sihat. Tunggu habis Syawal baru jaga betul2 hehe :)

    ReplyDelete
  16. kurus dah tuuuu
    tu laa sy ni pun sama jg
    bila laa nak insaf
    haihhh

    ReplyDelete
  17. nasi tu payah juga nak elak
    jenis yg kalau lauk sedap
    makan bertambah2 nasi
    susahn nak stop🥹

    ReplyDelete
  18. betul..jagan makan & exercise sbb nak sihat, kurus tu bonus la kan. he he.. moga istiqomah.. MA pun dok cari mood nak mula balik ni...alahai

    ReplyDelete
  19. Bila anak takde depan mata kan memang kadang kita teringat anak....err walaupun anak 7km jauhnya masa tu.....tapi sekarang alhamdulilah anak dah depan mata. Faham perasaannya tu.

    Badan ni makin kita berusia makin kurang metabolisme kemudian susah pulak nak turunnya tu.....moga berat badan yg Afzan inginkan tercapai ya....

    ReplyDelete
  20. Kalau BMI okay, okay lagi tu kalau tak turun berat badan. Bila sakit lama-lama ni kita jadi risau kadang. Sama-samalah kita jaga kesihatan. Semoga sihat-sihat je hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..