Wednesday, May 29, 2024

DAH SEMINGGU PIA BALIK RUMAH

 Anak ada depan mata ni rasa lega,rasa senang hati betul😂

Pia dapat cuti awal hari tu,hari Selasa 21hb 5 dah boleh balik rumah.Macam biasa la waled dia yang lagi teruja bila anak nak balik,sanggup ambil cuti hari tu padahal nak ambil anak tak sampai 30 minit pun pergi balik.

Awal-awal Pia dah bagitahu cuti ni tak boleh pergi mana-mana katanya,cikgu dah bagi pakej percutian(homework banyak sangat&tuition online) Bertabah la Pia..penat,susah tu dah adat menuntut ilmu.

Tapi bawa juga la keluar dekat-dekat tak dapat bawa keluar siang hari kita paksa keluar waktu malam.Umi kau ni tak boleh tengok anak terperap je dekat meja study,nak juga la borak,rindu nak dengar Pia berceloteh..

Ajak dia tengok Sheriff,tapi katanya dia dah tak minat dah nak tengok wayang.Tapi sebab umi dia yang nak sangat tengok lakonan Abam Jul terpaksa la Pia pura-pura happy.

Last sekali umi pula yang rasa menyesal bawa Pia sebab ada scene yang tak sesuai untuk tontonan anak yang pemikirannya masih suci murni.



19 comments:

  1. Ya ada part yang hmmm tapi nasib baik tunjuk muka je tapi tu lah....part tu saya tak suka jugak. Anak ni bila study je takut stress pulak. Bawa keluar tu hilang jugak la stress dia ya....

    ReplyDelete
  2. Akak x tengok lagi citer ni..dan x rasa akan tengok kot sebab xde geng tgok wayang...lepas tu Nia kan kerja....

    ReplyDelete
  3. bdk2 asrama walaupun cuti tp homework mmg byk....bertabahla kan

    ReplyDelete
  4. Tu yg skang nak bawak tgok wayang pun.. Pilih cerita kartun.. Tp, anak2 pun tak nak tgok kartun.. Hahaha.. Last2 kita bagi main dekat tempat mainan tu... Lagi dia suka yang tu...

    ReplyDelete
  5. Rajinnya Pia 👍
    Angah takat buat homework je, lebihnya main phone 😅
    Besar dah nampaknya dia :)

    ReplyDelete
  6. Takpe, Pia. Pelan² siaplah homework tu sambil layan perasaan umiwaled oleh.

    ReplyDelete
  7. Eh? Mana aci... cuti tapi bagi homework... kesia pia

    ReplyDelete
  8. Yg kat umah tu pun sama... byk sungguh homework cikgu bagi

    ReplyDelete
  9. cikgu jeles anak murid dapat cuti. tu yg dia bagi homework byk2... sian pia nak relaks2 pun x senang kannn .... hehe

    ReplyDelete
  10. kena ganti yg lain ni lps sheriff x sesuai... kan pia kannn hehehehe

    ReplyDelete
  11. Semangat waled ya, siap ambil cuti 😁

    Pia tengah berkobar semangat belajarlah tu, sampai hilang minat tengok wayang.

    ReplyDelete
  12. sy ada gak bagi homework kpd murid f4 tu agar mrka x lupa pelajaran biarpun tgh bercuti...

    ReplyDelete
  13. Waled yang terover rindu kat Pia, siap ambik cuti..
    Jaranglah budak asrama balik bercuti boleh leklek huhu.. bertabahlah Pia demi jihad menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  14. mama tak tgk lg sherif.. ada scene ganas ke. sama mcm syafi nama je cuti sekolah tapi homework melambak

    ReplyDelete
  15. mak-mak cuti nak spend masa dgn anak2 kan. nak moment yang indah2 untuk dikenang bila anak dah besar2 nanti

    ReplyDelete
  16. Film sheriff ini nanti tayang juga di bioskop Indonesia ternyata. Tapi saya lupa tgl berapa. Teringin juga nak lihat soalnya.

    Happy sangat kalo anak2' pulang ke rumah kan. Saya belum rasakan pisah dari mereka nih, nantilah pas kuliah. Krn kalo sekolah2 di sini bisa dibilang tak pakai sistem asrama, kecuali pondok pesantren.

    ReplyDelete
  17. Ramai review filem ni, nak tengok lah. Bagus Pia ni ikut je mama ya.

    ReplyDelete
  18. Ana rasa mcm tu jugaklah perasaan Mak Ana masa Ana kerja jauh haritu (tiap kali Ana balik cuti, nampak ceria sgt tp bila Ana nak kembali semula, mmg nmpak mak sayu je nak lepas) T__T

    mujurlah skrg dpt kerja dekat & Mak dah takyah berjauh dgn anak dia ni hehehe

    ReplyDelete
  19. tengok movie Sheriff ka...memang ada scene yang kurang elok untuk budak-budak dan orang dewasa juga hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..