Friday, September 15, 2023

BERKELAH DI AIR TERJUN SG.PANDAN,KUANTAN

Dekat saja dengan rumah saya lebih kurang 15 minit,orang Kuantan panggil air terjun Panching,tapi nama komersialnya Air Terjun Sungai Pandan.Pergi hari Ahad hari terakhir cuti sekolah hujung bulan 8 haritu.Kitaorang gerak dari rumah 8.30pagi,kononya kami la paling awal.Sampai sana 8.45pagi rupanya dah bersusun kereta tunggu pintu pagar dibuka.Ingatkan dah hari akhir cuti tak ada orang.Pintu pagar dibuka pada pukul 9 pagi.Kena tunggu sekejap dalam 15minit melepak dalam kereta.

Dekat sini ada tempat camping Jiwacamp-Sungai Pandan.Tengok pada kawan-kawan share gambar Jiwacamp ni meriah lepas waktu malam dengan campers dari dekat dan jauh.Ada yang sukakan wild camping boleh bersantai di campsite sebelah air terjun.Sebabnya lepas pukul 6petang semua yang datang berkelah akan disuruh beredar jadi hanya tinggal campers.Air terjun dan sungai akan jadi dia yang punya.


Waled pilih tempat ditengah-tengah sungai.Saya ni jenis overthinking,ada rasa takut bila tengok sungai atau laut.Tapi tetap lawan perasaan tu.Bentang tikar,buka bekal terus makan.


Menu bekal macam biasa ikut permintaan bapa dan anak.Lepas subuh masuk dapur masak nasi putih,kari udang,ayam bakar airfryer dan salad untuk umi.Kalau zaman kita kecil dulu nak pergi berkelah mak mesti buatkan sandwich sardin kan,tapi sekarang kalau saya buat gayanya saya je yang makan.Kadang teringin juga tapi diaorang berdua ni tak makan sardin.

Saya tak mandi pun cuma celup-celup kaki je...Ntah la kenapa ada rasa takooot sangat.Pelik sungguh perangai.Dari jauh tengok gelagat bapa dan anak sambil kunyah salad.


Dalam pukul 10pagi orang dah mula ramai,saya dah mula kemas barang.Sebab tu keluar awal pagi sebelum orang lain sampai,bila dah ramai kita cepat-cepat balik..

Sebelum balik waled paksa ambil gambar.Tunggu Pia bilas badan salin baju dekat tandas punya la lama,bila tanya kenapa lama sangat dia cakap air toilet ni bestla umi sejuk sangat...agaknya dia belum puas main air tadi tapi dah kena ajak balik...

Nanti la kita datang lagi tapi tak tau bila walau dekat dengan rumah rasanya boleh bilang berapa kali je datang sini.

Ni dah nak balik tengok ramainya orang berkelah dalam sungai.Siap pasang khemah dalam sungai.Air sungai dah makin kering,awal bulan 8 haritu ada kawasan sungai Pahang di Maran pun kering kontang.


40 comments:

  1. Boleh datang balik pada hari biasa.
    Haah macam kejap pula berkelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari biasa keluar pagi balik senja tak dapat juga nak pergi

      Delete
  2. Padang khemah dalam sungai tu acaner cite nya??? Tak basah ke???

    -kret-

    ReplyDelete
  3. Air sungai dah kering kakRet..dah boleh berkelah dalam sungai bukan lagi tepi sungai

    ReplyDelete
  4. cantiknya air terjun...sejukkk..
    Lama sgt x gi picnic kat air terjun

    ReplyDelete
  5. Pernah sampai sini suatu masa dulu. Excited tengok air terjunnya cantik. Tapi tak masuk dalam air sebab tak prepare apa, saja jalan-jalan Kuantan singgah sana sini.

    Menarik jugak kalau dapat camping sini, awal pagi boleh main air dengan tenang sebelum gate bukak pukul 9.

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh la datang lagi kak...insyaAllah sekarang dah bertambah cantik&bersih tempatnya sebab dah ada orang jaga

      Delete
  6. masa kanak2 suka la mandi sungai. Bila dah tua ni cuma temankan anak2 pi main n mandi sungai je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kan abam kie...sy ni plk lagi la dah makin tua makin takut air

      Delete
  7. syoknyaaaaa berkelah... musim.panas2 ni dpt berendam dlm air fuhhhh mmg heaven. dpt plak mcm sedap2 mcm umi pia masak ni😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi awal pagi sejuk nak berendam anies...nak pergi tengahari tak sanggup ramai orang

      Delete
    2. better g awal. dah tgh hari nnt parking pun payah kan nk dpt...
      apa nak buat nama pun air terjun. kalau rasa panas, tu telaga air panas...dia x terjun dah.... hehehe... tp best best! berendam smpi kecut2 sy suka tu ;-)

      Delete
  8. Masya Allah cantiknya air terjun tu bertingkat macam lukisan la..Tak pernah tau ada tempat ni( kalau tau pun maca la boleh pi🤭)..Tapi serius menatik sangat walau hanya tengok gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. air terjun tak berapa nak terjun dah kak...air makin kering gayanya..

      Delete
  9. Lama tak piknik tepi sungai...best!
    Sy lagi suka mandi sungai dari laut hehe... tp dah dewasa ni malas, sebab malas nak tukar baju. Fobia takut bilik air kotor 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan salah satu sebab malas nak masuk toilet awam...tapi dekat sini setakat ada yang jaga ni dah elok bersih tandasnya tu yang Pia lama sambung mandi air bukit dalam toilet

      Delete
  10. Cantiknya air terjun.
    Bekalan makanan pun sedap-sedap semua!

    ReplyDelete
  11. Cantik la air terjunnya macam lukisan...
    ( tadi dah komen panjang..tak keluar pulak)🤭

    ReplyDelete
  12. Air terjunnya berundak-undak 😍😍😍. Cantiiiik sangat.

    Kita sama kak, saya tak terlalu suka wisata air sebenarnya. Kolam, danau, laut, suka lihat, tapi saya tak terlalu nak masuk ke dalam. Paling hanya dari pinggir.

    Ntah kenapa kalo air, selalu merasa itu dalam, takut tenggelam saja. Saya lebih suka ketinggian. bungee jumping, ok. Rollercoaster saya suka. Tapi kalo dah diving, berenang, tak lah 😅🤣. Takuuut .

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ingat akak sorang je yang perangai pelik...rupanya ada geng ye dengan Fanny...hehehe

      Delete
  13. waahhhh berkelah di air terjun! ehhh kalau saya mmg feveret sandwich sardin & buat pedas sikit hehehe

    pssstt~ saya pun jenis takut sungai & air laut & air kolam yg dlm
    lebih paras dada sbb dulu pernah lemas..

    mcm fobia dgn air dalam :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pun sama ye..akak ni kadang tengok orang mandi laut ke sungai ke pun berdebar je hati

      Delete
  14. Wahhh.. berkelah dalam sungai??? Lama kita tak pergi berkelah di air terjun yg betul² punya terjun sbbnya malas nak mandi kat bilik airnya yg tentu ramai org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak air dah makin kering..sungai pun dah tak berapa ada air...sebab tu saya suka pergi pagi2 kak sebelum orang lain sampai

      Delete
  15. Subhanallah... cantik sangat air terjun tu. Macam dalam gambar. Sekejap sangat lah umi, Pia mana puas mandi kalau camtu.

    ReplyDelete
  16. Seronoknyaaa. Dah lama tak pi berkelah kat air terjun. Boleh usulkan pada abah ahnaffea ni..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh la abg ahnaff..sofea..kita pi berkelah air terjun

      Delete
  17. lawa rupanya..patut la zaman belajar ket uitm jengka dulu kawan kawan rajin ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo LM dulu uitm jengka ye..kalau dulu tak banyak kemudahan lagi masih tebal hutan belantara,bila masuk sini rasa tenang je walau ramai orang

      Delete
  18. MASYALLAHHH.. cantiknya air terjun. akak kurang suka air terjun. takut. hehehe

    ReplyDelete
  19. Afzan sama ngan akak, dulu berani..sejak macam2 kes kepala air ni..memang dah x pernah mandi air terjun..nauzubillah..risau jadi kat kita, cuaca sekarang x menentu kan..kadang time cerah tu la tiba2 benda nak jadi...mintak dijauhkan

    ReplyDelete
  20. Nampak best tempat ni. Boleh la riki2 utk next camping trip hehe

    ReplyDelete
  21. Lama tak ke air terjun..Apatah lagi berkelah ke air terjun, asyik ke tepi pantai aje.. Syok bila pergi time tak ramai orang...Boleh santai santai makan sampai habis..sambung mandi Dan makan lagi Kalau lama lama tu... Next lah pergi lagi...Saya Masih lagi makan sandwich time berkelah..ikut jugak menu kawan kawan..kadang sorang buat sandwich, kadang lain.. Hehe..

    ReplyDelete
  22. Cantik air terjun dia, bertingket-tingket.. seronok berkelah. Akak pun lama tak pi berkelah, last sekali masa anak-anak sekolah rendah. Kalau depa tak makan sardin, boleh buat sandwich telur rebus. Tudia, sampai boleh buat khemah dalam sungai, air kering ye.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..