Alkisahnya cuti Maulidur Rasul air tak ada..Setiap kali cuti sama ada Sabtu Ahad atau cuti umum kawasan rumah saya ni tak ada air,kadang fed up juga..bertiga je tak apa la buatnya hari cuti ada tetamu sampai memang gelabah nak mengangkut air.Ntah mana puncanya kerap sangat tak ada air.
Bila tak ada air dapur memang tak berasap.Kalau nak suruh masak juga waled kena la angkut air,agaknya waled pun malas nak angkut air tu yang dia awal pagi lagi dah bagitau hari ni kita makan dekat luar je.
Sarapan pagi keluar makan nasi kerabu KEMIRA,Kuantan ni soho la dengan nasi kerabu Kemira,dah banyak cawangan sekitar Kuantan.Tengahari tu saya teringin nak makan Dolly Dimsum maklum la Kuantan baru ada,orang KL dah biasa hehe..Sampai di ECM masyaAllah ramainya manusia,padahal cuti 1hari je kenapa keluar juga duduk la rumah rehat-rehat.Hahaha mengata orang kita pun sama sibuk keluar makan.Pusing mencari parking tapi tak jumpa-jumpa.Waled minta kami berdua turun dulu,sampai restoran pun tak boleh masuk semua meja penuh.Belum ada rezeki nak makan Dolly Dimsum.
Bila dah rancangan awal tak dapat mula la dah tak tau nak makan apa,Pia cakap dia nak makan ketam.Okay..jom la kita ke Tanjung Lumpur aje lah tempat biasa makan Ana Ikan Bakar.Waktu siang orang belum ramai.Memang betul order tak sampai 1/2jam dah sampai semua makanan.
Semuanya pilihan Pia
Dalam kereta duk borak dengan waled,kita ni pergi makan situ sini asbab Pia je yang ajak.Pia duduk asrama nanti agaknya kita ni makan apa yang ada je lah kan dekat rumah,nak makan sedap-sedap nanti teringat dekat anak pula,kena tunggu anak balik baru boleh makan sedap.
Begitu lah,banyak pula ceritanya.Mungkin anak akan ingat segala yang dia pelajari,mungkin juga akan jadi kenangan buat si anak.Hanya yang manis dan yang indah semoga selalu manis,semanis sagu gula melaka.
Susahlah kalau tak ada air. Orang kata lebih baik tak ada api / letrik daripada tak ada air. Sabar sajalah ye...mudah-mudahan masalah terputus bekalan air dapat di atasi segera.
ReplyDeleteSeronoknya Pia dapat makan ketam!
dah masuk 9tahun kak kalau hari cuti tengah malam baru ada air...
Deletesusah kalau air takda, nak cuci tangan pun susah. kalau LM pun tak masak juga
ReplyDeleteye betul nak cuci tangan sikit pun kena masuk toilet..memang renyah
Deletesblm ni bla komplen apa jawapan pihak syarikat air? afzan ddk rumah landed kan? kalau flat sy percaya jg bla jd mcm ni, sbb tangki air habis (dah mcm kt asrama pula)
ReplyDeletejgn nnt pia ddk hostel, umi ngan waled jd pelanggan tetap Grab dgn FP🤭😁😁
tekanan air rendah anies...tambah pula semakin banyak perumahan baru naik...
Deletetu lah pasal agaknya Grab dgn FP pula la jadi anak angkat haha
Memang x jadi keja la kalau x de air. Serba x kena kan...
ReplyDeleteye MA nak masuk dapur pun malas...nak kena angkut air tangki dari toilet bawa ke dapur buat basuh tangan
DeleteSemoga masalah air dapat solution yang terbaik.
ReplyDeleteKawasan rumah kami asal lewat petang atau awal pagi tekanan air rendah. Ramai sangat penduduk sini gamaknya.
Rezeki Pia dapat makan ketam eh... lepas ni masuk asrama, umi waled nak suap makanan pun teringat Pia.
Good luck Pia ujian PKSK, tak lama dah ni!
doakan Pia ye kak..Pia exam PKSK 19hb ni
DeleteSotong celup tepung tu menggoda betul la. Kalau kat KL ni selalu jumpa sotong goreng tepung, tepungnya tebal sungguh sampai takde rasa sotongnya huhu. Bila la dapat pergi Kuantan ni repeat makan kat Ana Ikan Bakar.
ReplyDeletemeh jemput datang Kuantan Carneyz...nak datang nanti roger2 ye
DeleteKuantan memang jem kalau public holiday & weekend kan. Sedap nya nampak sotong tu.
ReplyDeletenak tenang-tenang jalan Kuantan ni kena keluar awal pagi kan kak...
DeleteAdudu, potong mood betul kalau air takde... nak-nak hari cuti :(
ReplyDeleteCipta memori bebanyak kan Mama Pia... PH pun dok hitung hari dah Angah nak masuk asrama 😅 (mudah-mudahan ada rezeki Angah & Pia ke sekolah impian aamin 🤲)
waled cakap saya kuat drama anak tak masuk asrama lagi dah macam-macam..dia tak tahu hati ibu ni macam mana kan PH...sama2 kita doakan Angah dan Pia berjaya mendapat tempat sekolah impian mereka
DeleteDengarnya Lembah Klang ni akan ada gangguan air 10.10 ni..Semoga tak jadi la gangguan air tu🤲
ReplyDeleteWah...Pia dah pandai masak sagu gula melaka..cantik jernih biji sagunya..LULUS 💯 %👍
kena simpan juga air tu kak kot ada kecemasan tapi gangguan air hari bekerja ok lagi kak,kita seharian tak ada kat umah..
DeleteBagus la Pia nak belajar buat sendiri... Anak2 lain maleh...
ReplyDeletekuih yang dia suka je uncle dia rajin...kalau masak lauk langsung dia tak nak sebab kena kupas bawang
DeleteTak berani nak order ketam2 ni kalau kat kedai. Mungkin kat Kuantan masih ok kut harganya. Besar juga nampaknya tu.
ReplyDeleteseram sejuk juga ni time bayar...anak punya pasal terpaksa pejam mata
Deleteteruknya kak kenapa asik takde air bila cuti je tu? memang payahla nak buat jadual harian kita bila takde air tu. Tapi kan nampak sedap sungguh sotong celup tepung tu la kak
ReplyDeleteKawan akak menetap di Kuantan, pun dok bising pasal kerap tak ada air. Dia siap duduk hotel sebab senang satu family nak mandi pergi sekolah/kerja 😄
ReplyDeletesedap menu ketam & sotong tu....dessert tu pun fav
ReplyDeleteDalam tak berasap tu, terjadi juga sagu gula melaka ye, Afzan. Sedapnya!
ReplyDeleteMemang susah kalau takde air. Kalau akak, dapat notis takde air, nak pergi lari pun malas, nanti nak mandi camana. Hehe... Ye la, bila anak-anak duduk jauh, time kita makan sedap je, mesti teringat kat anak. Apala yang anak makan di asrama ni, udah makan ke belum, etc. :D
sesekali makan sedap kat luar best gakk
ReplyDeletewah bestnya.. apa salahnya sesekali gantung kuali kan.
ReplyDeleteSaya beberapa kali dengar kalo sebagian wilayah di Malaysia sedang sulit air, dan mati. Duuuh pasti menyusahkan banget untuk semua ya kak, karena air pasti kita butuhkan sehari2 😔. Semoga masalah air ini bisa cepat ditemukan solusi yaa.
ReplyDeleteKalo dah begitu, sayapun pasti memilih makan di luar juga 😄. Biar tak repot masak dan tak susah cuci piring kan.
Nampak sedaap semua menu seafood yg dipesan
Kat Raub tu pun kerap sangat gangguan air. sungai keliling melingko lingko, tapi rakyatnya air dicatu catu. tak paham sungguh
ReplyDeletemasa ammi pregnantkan Ozil memang hari2 mengidam sagu gula melaka ni. Dan asal pegi je kedai semua ada dalam menu tp haritu takde. Dan akhirnya ke Melaka baru dapat.
ReplyDelete