Ikutkan perancangan awal Pia minta nak sambut hari lahir dia dengan kawan-kawan kelas.Katanya sebab dah tahun akhir di sekolah rendah nanti masing-masing akan bawa haluan ke sekolah baru.Saya pun dah mula booking tempat di McDonald.Tapi kita cuma merancang.Tarikh majlis tu Pia dan kawan-kawan kelas dia baru balik dari program perkhemahan sekolah.Masing-masing kepenatan,ada yang demam ada yang bengkak kaki.Pia pun balik dari program tu sampai rumah mandi,solat,makan,dia tidur sampai ke petang.Itu kalau tak paksa bangun mau bawa ke malam.
Bila dah lari dari perancangan awal mak kau jadi bengap sikit nak fikir plan lain.Waled ajak ke Melaka hari Sabtu Ahad tapi Pia masih penat nak jalan jauh.Kita makan-makan dalam Kuantan je lah hari Sabtu 9hb September tu.
Makan di Ms.Elliot..Tak buat reservation apa pon, just pergi walk in. Ada je table.Dah setahun lebih beroperasi tapi kami baru pertama kali sampai.Dengar cerita Chef dapur Ms.Elliot anak jati Kuantan yang baru balik dari luar negara dan merupakan pelajar perubatan tapi minatnya dalam memasak mendorong dia mengambil ijazah dalam bidang kulinari.
Kek red velvet pilihan birthday girl.Makin gelap la kulit dakPia ni balik dari camping.
Ni pun Pia punya dia pilih Lazy Bone Beef Short Ribs.Sedap katanya.Senyap je dia makan patut takde pelawa pun.Waled pilih Mui Heong Aglio e Olio.First time jumpa pasta siap ada ikan masin bulu ayam.
Saya pilih salted egg soft shell crab Pia minta share sebab nampak ada ketam.Soft shell crab tu dia goreng tempura kena pula dengan sos salted egg cukup lemak cukup rasa,tapi dapat makan kaki ketam yang kurus je lain dah kena 'pau'.Order juga pizza thin crust,of coz sedap tapi makan 1 slice je dah kenyang.Dah kenyang tapi gatal nak order.
Eh sekejap je rasa anak dah 12 tahun.Terima kasih waled sentiasa memahami,risau juga kan waled minta nak kahwin lain macam abg Tesla bila ada anak sorang je hahaha..Harap waled tak macam tu la kan..sebelum ni banyak soalan yang sensitif yang dituju pada kami,kalau nak fikir soalan mereka ni sampai tua hidup tak tenang.Lagi sedih bila soalan ditanya dihadapan orang ramai,diusik dan diketawakan.
Dulu baby waled sekarang dah jadi buddy waled. Dah besar nanti jangan lupakan umi dan waled ye...
Umi waled love u so much dear!
Kalau ada yang ke Kuantan cubalah makan di sini...very recommended.
dah besar anak dara sorang ni.. moga jadi yg solehah..berjaya dunia & akhirat...aamiin
ReplyDeleteaamiin...kejap je kan MA,dulu masa kecik selalu la duk suruh cepat besar sekarang dah besar duk cakap jangan la cepat besar haha
DeletePenat nampak muka Pia.. takpela ummi, sekarang je Pia gelap sikit. Sok dah beso, glowing laaa. Mesti cantik.
ReplyDeletedah besar nanti pandai la dia cari skincare kan Jaja...hehe
DeleteHappy belated birthday pia...wah..best betul semua menu tu ha..next birthday Dania plak...x tau la mama dia nak celebrate kat mana
ReplyDeleteTQ kak...boleh pergi celebrate jauh sikit tu kak..kakak Dania dah berani drive jauh2
DeleteWaled punya dh macam mix italy ngan china dah
ReplyDeleteitu lah ada pula pasta ikan masin,kalau org italy tengok ni mau menangis haha
DeleteHappy belated birthday Princess Pia...
ReplyDeleteBiaq kulit gelap sementara masih pegang title kanak-kanak ni nikmati zaman kanak-kanak dan creat seberapa banyak memory..
Thn ni last dah merasai Sambutan hari kanak-kanak.Thn depan dah dikira remaja.Semoga Pia terus cemerlang
dah besar nanti mesti rindu zaman kanak2 kan kak,sama macam kita sekarang...MakNgah tolong doakan Pia berjaya dapat tempat di MRSM ye...
Deletememula baca... missy elliot...nama penyanyi US tu hehehe...
ReplyDeletetak pe gelap... nanti dah besar sikit dah pandai melawa.... haaa habis laa mekap umi dikerjakannya ;-)
bukan abg tesla tp abg 'test ler'...berani ke idok hahahaha
uminya tak ada makeup anis..ada sunscreen dengan lipstick sebatang je haha...jgn berani2 dia nak 'test' haha
Deletepiaaa... nmpk x tuuuu ayat last umiiiiii😁😁
DeleteHappy belated birthday Pia.
ReplyDeleteNampak mengancam Lazy Bone Beef Short Ribs.
sedap NA daging lembut berjus
DeleteLetih je muka Pia balik dari aktiviti camping. Tapi mesti seronok dia kan.
ReplyDeleteNampak dewasa anak Afzan pakai dress. Dah pandai bergaya. Anak2 saya pulak tak reti berfesyen, baru suruh pakai shawl dah tarik muka empat belas haha!
Pia pula dia suka ikut apa yang saya pakai...dia dah mula baju umi yang itu yang ini nanti simpan untuk Pia katanya jangan bagi orang huhu...
DeleteBesar dah anak dara sorang ni ...
ReplyDeleteMuka nampak letih tu hehe...
Teringin pula sy nak cuba pasta soft shell crab tu...bilalah nak ke kuantan lagi ni :)
Hanya manusia tak bertamadun dan tak berilmu yang usik dan ketawakan orang bab zuriat ni. Pasti ada ganjaran syurga buat hati yang tabah melalui segala ujian.
ReplyDeleteMenarik menunya. Pasta dengan ikan masin...rare tu. Hehe
Beday girl senyum lah lebih sikit....
ReplyDeleteCantik restorannya. Pintu depan merah. Macam kedai dekat oversea pula. Besar dah anak dara sorang ni. Hepi belated birthday buat Pia.
ReplyDeletehappy bday Pia! wahhhh dah 12 tahun ye Pia. tak lama lagi masuk sekolah menengah.. dah mcm adik kakak je dgn umi tu hehehe
ReplyDeleteHappy Belated Birthday Pia! Semoga terus menjadi anak yang baik, pintar, cergas Dan berguna untuk keluarga serta negara..Aamin!
ReplyDeleteTakpa, soalan soalan toksik boleh diabaikan..Belum ada Rezeki..
selamat hari lahir Pia...sama usia dengan anak perempuan saya juga...tentang nak kahwin lain jangan fikir sangat..hehehe
ReplyDeleteKesian Pia, nampak letih je tu.......
ReplyDeleteMoga membesar dengan baik ya Pia
menarik nmpk menu tu....awat nmpk sedih je pia
ReplyDeletehappy birthday pia... nmpk sgt muka exhausted... penat x hilang lg tu... nampak sedap semua mknn yg diorder.. nyam nyam
ReplyDeletehappy belated birthday Pia, aduh kt gambo pun nampak sgt muka penatnya tu
ReplyDeletehappy bedayyy Pia
ReplyDeletesemoga jd anak solehah ye.
cantikk kek. dia tu
alhamdulillah rezeki walau sorang anak ada yg tiada langsung.
umi dapat makan kaki ketam je hehehe.. gitu lah pengorbanan seorang ibu 😁
ReplyDeleteSelamat hari lahir Pia.
Suka lah tengok last pic tu!
Happy Birthday dear Pia. Moga berjaya dunia akhirat. Ada kawan bagitau pasal Ms Elliot ni tapi tak dan nak pergi lagi.
ReplyDeleteCatat dulu, harap2 saya bisa visit kuantan kalo nanti ke Malaysia lagi.
ReplyDeleteOrang-orang memang banyak usil dengan kehidupan orang lain, terkadang hanya karena iri dengan kehidupan kita 😁. Jadi dia sengaja bertanya soalan yang tak sepantasnya ditanyakan. Syukurlah kalau suami kakak pun tak ada peduli dengan hal begitu . Punya anak 1 atau pun banyak sama saja . Dah bersyukur banyak pun kita ya kak. ☺️
Happy belated birthday Pia yang manis.
ReplyDeleteMenu-menu spesial semuanya tu.