Monday, March 20, 2023

Kembali Sekolah Sesi 2023/24

 Hari ini bermula sesi persekolahan baru untuk anak-anak.Sebelum ni hanya Pia sorang saja,kali ni bertambah pula anak umiwaled.Merasa la kelam kabut anak ramai.

Sebenarnya kami sekeluarga diberi amanah untuk menjaga 2 orang anak mangsa masalah keluarga ibu ayah.Kebetulan ibunya diuji dengan masalah kesihatan terpaksa tinggal di hospital & tak boleh berjalan selama 4minggu.Ayahnya sudah 3 tahun terikat dengan keluarga baru&tak pernah menjenguk anak-anak.Jadi kami berlapang dada menerima amanah ini.

Bila difikir pasal ayahnya memang kami pun sakit hati,tapi bila pandang anak-anak rasa sayu kesiankan keadaan mereka tambah pula bulan puasa nanti.Sekiranya kami tidak terima amanah ni terpaksa la mereka berdikari di rumah sendiri masak,makan,pakai semuanya sendiri. Keluarga sebelah ibunya pula masing-masing tinggal jauh.Tak terbayang bagaimana keadaan mereka nak masak untuk berbuka puasa dan bersahur.Pia yang dah besar ni pun belum pandai sepenuhnya apatah lagi mereka.

Tak apa lah nak...umiwaled ada,doakan umi waled diberi kesihatan yang baik dilapangkan masa untuk menguruskan kamu bertiga. 

Sarapan cereal je pagi tadi umi hanya sempat masak lauk untuk tengahari je,terasa cepat pula jam berdetik.Si abang tak nak sarapan mungkin tak biasa makan waktu pagi.

Terima kasih juga pada waled sudi bantu menguruskan mereka,kalau nak harapkan saya seorang rasanya semput.Sebelum ambil amanah ini kerap kali saya ingatkan diri sendiri supaya tidak beremosi bila penat dan selalu minta Allah mudahkan semua urusan kami,risau juga termarah anak orang anak sendiri tak apa dah biasa kena marah.

Semoga semuanya baik-baik sepanjang mereka bersama kami.





20 comments:

  1. Sebak sy baca, Afzan. Bukan semua mampu tanggung amanah ini, semoga dipermudahkan urusan umiwaled uruskan anak2 ini dan Pia dapat menerima mereka dgn berlapang dada.

    ReplyDelete
  2. Allahu..kesian kat anak2 bila parents diuji dgn masalah rumahtangga mcm ni kan? alhamdulillah...moga murah rezeki Afzan & family...aamiin

    ReplyDelete
  3. kesian kt ank2 yg jd mangsa masalah umhtangga..smoga dipermudahkan urusan afzan dan husband utk menjaga amanat diberikan...selamat kembali ke sekolah

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan Afzan sekeluarga, dalam menjaga anak-anak ni. Murah rezeki Afzan, besar ganjarannya di hari kemudian.

    ReplyDelete
  5. Buat macam anak sendiri... uncle tumpang bangga....

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, kesiannya anak2 tak berdosa jadi mangsa ketidakadilan si ayah. Macamana dia boleh takde hati perasaan nak bela anak sendiri? Semoga diluaskan rezeki Afzan sekeluarga sebab tolong jaga dieorang macam anak sendiri dan semoga mak budak2 ni diberikan kesembuhan. Ameen Ya Rabbal Alameen....

    ReplyDelete
  7. Semoga emak mereka cepat sembuh dan ayah mereka sedar kesilapan..inilah ujian kehidupan kepada kita semua

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan urusan sekolah anak2 kita., aminn

    ReplyDelete
  9. Allah kesiannya budak2 ni yang tak berdosa..
    i'm really proud of you Afzan.. Semoga Afzan dan suami diberi kekuatan dan kesihatan yang baik supaya leh jaga 3 anak. May Allah Bless you both..

    ReplyDelete
  10. Aduh besar sungguh hati akak dan suami, menerima bertanggungjawab menjaga anak-anak itu. Kesian kecil lagi dah diduga sebegitu berat, moga akak dan suami di luaskan rezeki sepanjang menjaga mereka.

    ReplyDelete
  11. meriah kak ana tengok posting rakan-rakan berkongsi detik indah anak kembali ke sekolah.. Alhamdulillah.. semoga semuanya baik-baik sahaja, aamiin

    ReplyDelete
  12. Touching Mrs. A baca. MasyaAllah Tabarakallah. Didoakan dikurniakan rezeki kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati.

    ReplyDelete
  13. Kesian anak-anak mangsa keadaan. Syukur Afzan dan suami sanggup terima mereka. Semoga Allah permudahkan urusan Afzan sekeluarga menjaga anak-anak ini.

    ReplyDelete
  14. Ya Allah.. sayunya baca. Moga Allah permudahkan urusan umiwaled sekeluarga, diberi kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki berlipat ganda untuk menjaga amanah ini.

    ReplyDelete
  15. bila kita buat baik insya allah sejuta kebaikan Allah akan bagi balik ke kita. tahniah umiwaled. anda insan terpilih๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿซฐ

    ReplyDelete
  16. Allahu...
    Besar ujian ibu mereka...
    Tapi Allah gantikan dengan kehadiran insan terpilih Afzan,Jabar dan Pia sebagai tempat anak-anak ini menumpang kasih.
    Beberapa kali ulang baca..Saya belum boleh move on..Ada satu rasa yang tersimpan di hati

    ReplyDelete
  17. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.
    Kalau sayapun kadang-kadang rasa menyesal marah anak-anak buah. Itulah apatah lagi anak orang.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah...ada tempat untuk mereka mengadu dan menumpang kasih...semoga bertambah rezeki Aafzan asbab menjaga anak- anak ini...seronok la Pia ada kazen dakt rumah ye

    ReplyDelete
  19. oh begitu kisahnya... tapi kalau anak-anak ni buat salah tetaplah tegur mereka..jangan rasa risau mereka kecil hati atau pun apa...ini amanah Allah pada awak & suami..jadi kalau dorang buat salah kita dia ibarat kita biarkan aja dia conteng warna hitam di kertas yang cantik. Tapi lepas tu kenalah terangkan... umi marah sebab umi sayang dan umi nak yang terbaik.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..