Friday, August 07, 2026

MENU MINGGU INI

Taklah menu yang mewah cuma masakan ringkas.

Ikan singgang warna-warni antara menu resepi daripada perkongsian Kak Amie di LD.Bila letak pelbagai sayur dan cili berwarna-warni memang nampak berseri dalam periuk.Kuahnya pula masam-masam segar.


Ayam buttermilk menu yang tak pernah mengecewakan.Kuahnya yang berkrim,rasa lemak,manis&sedikit pedas,cukup 1 lauk sampai ke petang.

Lama tak makan kacang kuda berempah.Sedap dimakan sebagai kudapan sambil tengok drama Korea.Bila dah mula mengunyah, memang susah nak berhenti.

Hari Khamis kami berdua berpuasa sunat seperti biasa.Untuk berbuka saya masak mee goreng basah.Tak perlu masak nasi&lauk,semangkuk mee goreng panas-panas dengan segelas air kosong dah cukup untuk kembalikan tenaga seharian berpuasa.

Satu lagi menu minggu ni spaghetti carbonara tomyam.Sekali sekala tukar selera daripada nasi.

Alhamdulillah minggu ni dapur tetap berasap.Harapnya minggu depan masih juga berasap.Mana tahu ada resepi daripada kawan-kawan blogger yang berjaya "meracuni" saya masuk dapurđź’•

No comments:

Post a Comment

Terima kasih singgah komen..