Akhirnya sampai juga di Dangau Langkawi.Memang cantik suasana dekat sini,tenang dengan angin kampung yang bertiup perlahan.
Yang paling memukau mata suasana sawah padi di sekeliling Dangau.Hijau terbentang luas,ditambah pula dengan angin yang nyaman,memang rasa damai sangat.Bila angin bertiup perlahan,pokok-pokok padi bergerak beralun cantik macam ombak hijau.Pemandangan yang paling mahal nilainya.
Dapat duduk makan sambil tengok sawah padi,hirup angin kampung.Momen macam ni lah yang buat hati rindu nak kesana lagi.
Hati ni dah mula rindu Langkawi pula.Rindu suasana pulau.Tapi nak jejak lagi entah bila la...Dengan jadual Pia yang makin pack sekarang.Tahun depan dia dah nak exam IGCSE,tapi sekarang dah mula penuh jadual dengan kelas,assignment dan aktiviti maktab.
Bila anak makin besar,jadual keluarga pun perlahan-lahan berubah.Dulu boleh plan trip hari bekerja,sekarang hari cuti pun kena tengok kalendar maktab dulu.





Selalu suka pergi makan kat NAsi dagang Pak malau. Lokasi nya pun ada sawah padi terbentang. Bila lah nak pi langkawi lagi ni
ReplyDeleteCantiknya view memang tenang jiwa.
ReplyDelete