Assalamualaikum semua..
Entri terakhir bulan Julai!Lepas tu, macam-macam hal sampai blog pun terbiar.Tapi hari ni tergerak hati nak menulis,banyak benda nak kongsi sebenarnya.
Bulan Oktober ni penuh dengan rasa yang bercampur,ada risau ada gembira.
Awal bulan hari tu, Pia demam influenza A.Batch Pia yang paling ramai kena.Kami ni risau betul masa tu.Bila pihak maktab umumkan PDPR bermula 6hb baru lah lega sikit hati ni anak ada depan mata,belajar dari rumah dulu sementara keadaan stabil.
Ni dah 20 hari duduk rumah esok 26/10 Pia dah nak balik semula ke maktab.Tapi kali ni rasa lain sikit sebab tiada visit dan outing sampai diberitahu.
Dah biasa setiap hujung minggu mesti nak melawat Pia.Kali ni bila fikir tak boleh jumpa dia Sabtu dan Ahad tu mula rasa sayu.
Awal bulan haritu Allah bagi juga berita gembira,Waled dapat tukar tempat kerja.Syukur sangat,dah lama waled tunggu dan bila akhirnya dapat rasa lega tak terkata.Ummi tumpang gembira tengok waled senyum.Betul la orang kata rezeki datang dalam macam-macam bentuk kadang lewat tapi tetap sampai pada masa yang tepat.
Tapi itulah kehidupan kan,kadang diuji dengan sedikit berat,tapi diganti pula dengan kegembiraan yang menyenangkan.
Saya harap lepas ni saya rajin menulis semulašMenulis ni bukan sekadar hobi tapi nak simpan kenangan dan rasa.Terima kasih pada yang sudi singgah baca walaupun blog ni lama senyap.

Alhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki datang pada waktu yang tepat. Syukur, semua dapat dilalui berkat kesabaran.
moga beroleh kesihatan yang baik.. Alhamdulillh rezeki.. saat yang tepat masa yang sesuai.. tidak lambat, tidak cepat..
ReplyDeleteTertanya2 jugak ke mana Afzan menghilang, lama betul tak baca blog Afzan. Kesian Pia kena influenza A, tapi bersyukur la boleh balik rumah dan sambung PDPR.
ReplyDeleteWah, lepas ni Walid dah tak payah berulang-alik jauh la ye? Lega macam tu.
Sebelum ni tempat kerja waled dekat juga Carneyz cuma dlm suasana kerja yg toksik..itu yg buat waled jadi stress
DeleteAlhamdulillah.. begitulah kehidupan kita kan dik, ada masa suka ada masa di uji dengan kesakitan.. tahniah untuk waleed
ReplyDeleteAlhamdulillah! Semoga dipermudahkan urusannya. Ibu pun lama jgk menghilang menulis sekejap2 saja. ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah dan tahniah Afzan sekeluarga...
ReplyDeleteTakut kan bila anak kena penyakit berjangkit ni lagi-lagi bila berjauhan...nasib baik sekolah bagi PDPR..bolehlah monitor..
Welcome back Afzan! Betul, kita menulis bukan sekadar hobi tapi catatan untuk kenangan akan datang. Juga terapi jiwa, meluah apa di rasa.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat tengok Pia depan mata selama 20 hari, lama tu. Syukur juga suami Afzan dapat tukar tempat kerja, tentunya dapat lebih dekat dengan rumah kan?
Sebelum ni tempat kerja waled dekat juga kak Ujie..cuma dlm suasana kerja penuh dgn toksik..itu yg buat waled jadi stress
DeleteMusim influenza ni. Semoga baik2 je semuanya.
ReplyDelete