Monday, April 22, 2024

RUTIN BARU SABTU&AHAD

Pengalaman pertama untuk umiwaled berpisah dengan anak tunggal.Nasib baik juga la dapat yang dekat.Pantang hari Sabtu&Ahad umiwaled mesti visit Pia.Sejak daftar belum pernah gagal lagi datang melawat.Sekarang ni masa umiwaled Sabtu&Ahad untuk dia je lah.Bila jumpa bukan sejam dua tapi berjam-jam duduk situ.Bulan puasa hari tu sampai kering tekak.Bila bagitau dah nak balik dia dah meleleh air mata asyik cakap 5 minit lagi.Adui la anak.

Masak bekal semuanya yang Pia teringin nak makan.

Pia masih belum ok,emosi masih belum stabil.Kejap ok kejap tak ok.Masih belajar terima suasana baru.Masih belum jumpa kawan yang betul-betul serasi,tambah stress dengan roommate dia katanya suka bercakap kuat.Padahal dekat rumah suara umi dia pun kalah petir,tak ada pula nak stress,boleh pula buat-buat tak dengar.

Tak pe lah Nak..belajar terima yang semuanya masih baru.That's why wajib untuk umiwaled datang setiap sabtu ahad.Selagi ada masa&keupayaan umiwaled akan sentiasa melawat untuk recharge mood&energy Pia.

Bulan Syawal tahun ni rasanya kami tak sempat nak buka pintu rumah untuk tetamu raya.Yang mana jemput ke open house siang hari pun kami tak sempat nak pergi,Sabtu lepas dapat hadir jemputan untuk waktu malam je.

Pia nak makan kambing goreng,gulai ayam,jagung rebus,jagung susu.

Setiap kali visit masih tak boleh nak jumpa&berkenalan dengan kawan-kawan Pia sebab sesi curhat masih lagi belum habis.Bila bagitau ajak roommate turun atau ajak kawan homeroom sekali umi nak kenal,Pia tak setuju.Dah sebulan lebih duduk asrama masih belum boleh outing,insyaAllah minggu depan umiwaled cuba minta nak berkenalan dengan kawan-kawan Pia.

Moga Pia tetap bersemangat.Semoga mereka semua pejuang survival sampai tamat pengajian.





27 comments:

  1. Alahai Pia…kesian dia. Moga Allah beri Pia kekuatan untuk sesuaikan diri dengan suasana baru dan moga cepat dapat kawan baik.

    ReplyDelete
  2. Kesian juga Pia....moga semuanya dipermudah. Dania pun tak suka orang cakap kuat dan banyak bercakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dgn Angah. Dia mengadu hal sama juga 😬

      Delete
  3. in sya Allah...moga Pia cepat2 ok kat asrama jumpa kawan yg ngam key..aamiin. nasib baik dekat leh la selalu jengah kannn

    ReplyDelete
  4. alahai kesiannya Pia.. Acik Ana faham apa yg Pia rasa sbb mcm tu lah apa yg Acik Ana rasa masa 1st time berjauhan dgn family masa study dulu (tp itu pun dah besar sbb masuk Uni) tapi tetap lama juga emosi nak stabil sbb zaman sekolah mmg mak ayah tak bagi Acik Ana ni duk asrama sbb Acik Ana sorang je anak pompuan dorang hehehe.. InshaAllah nanti Pia mesti ok cuma ambil masa sikit hehe

    ReplyDelete
  5. Sama la acik dulu pertama kali duduk asrama masa form 4 dah besar pun homesick. Semoga Pia dapat sesuaikan diri kat asrama dan dapat kawan yang serasi.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah Pia akan ok ok sahaja di sana. Awal2 agak susah nk sesuaikan diri dengan environment dan kwn2. Ada la aktiviti mak ayah Pia lepas ni weekend aje gi jenguk anak dara nya..

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah mudah mudahan pia akan cepat serasi dengan keadaan sekeliling .

    ReplyDelete
  8. Nasibaik dkt umi waled bole dtg visit tiap2 minggu bg semangat..insya allah smoga dipermudahkn segala urusan pia dgn environment di sekolah asrama

    ReplyDelete
  9. insyaallah lama2 akan ok
    pengalaman ciknur dulu berbln jga nk biasakan di asrama ni sbnya suasana lain
    time mkn, bersiap semua ada masa ditetapkan

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rezeki kita kan anak dapat asrama yg dekat².
    Angah pun sama, kdg okay kdg tak okay 🤦
    Yg PH nampak dia belum jumpa geng, itu sbb dia x seronok tu.
    Pening & susah hati juga sebenarnya huhu...

    ReplyDelete
  11. semoga Pia dapat sesuaikan diri nanti.. ameeennnnnn

    ReplyDelete
  12. Insyaa Allah tak lama lagi Pia akan lebih ok duduk di asrama.

    ReplyDelete
  13. Ala siannya Pia. Takpe, lepas 3 bulan Insha Allah serasi la tu. Bagus Afzan & suami rajin datang melawat tiap2 minggu dengar sesi curhat Pia.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, Afzan dan suami dapat melawat Pia tiap hujung minggu, bawa makanan. Insya-Allah, lama-lama, Pia akan dapat sesuaikan diri kehidupan di asrama.

    ReplyDelete
  15. Awal² ni memang kena visit selalu. Kena korbankan masa demi Pia. Mujur dekat. Dengarkan lah luahan hati nya tu.

    Belum jumpa geng yang serasi lagi. Memang akan ambik masa.
    Nanti bolehlah beli jajan sket untuk Pia share dengan kawan² sementara umiwaled belum dapat jumpa mereka.

    ReplyDelete
  16. amboiiii banyak betul makanan untuk pia tu
    memang kenyang laa sepanjang hari yaaa

    ReplyDelete
  17. mana2 pun sama pia
    ada org cpt serasi
    ada or mmg akan amik masa
    yg penting kita boleh adaptasi dgn keadaan
    nak keluar dari confort zone mmg payah
    tp bak kata pepatah: "life begins at the end of your comfort zone"
    all the best pai! lps ni boleh outing puas2 ;-)

    ReplyDelete
  18. Mesti excited bila siap2 kan rutin baru ni kan?

    ReplyDelete
  19. Alaaa...Pia homesick ye...takpe la..sekejap je tu..insyaallah lepas ni okey...

    ReplyDelete
  20. Comelnya Pia 🩷 Takpe, bagi dia masa. InsyaAllah lama2 okay tu bila dah jumpa keserasian.

    ReplyDelete
  21. Lama-lama nanti mesti Pia biasa dah. Awal awal ni masih lagi homesick. Semoga dipermudah urusan Umi, waled dan Pia.

    ReplyDelete
  22. Semoga cepatlah Pia sesuaikan diri dengan kawan2.

    Masa kyra dulu kawan yg panggil dia “mic” sbb suara dia kuat haha

    ReplyDelete
  23. In syaa Allah, lama-kelamaan sampai waktunya Pia boleh sesuaikan diri di tempat baharunya. Banyak juadah yang dibawa ke asrama.

    ReplyDelete
  24. Nasib baik rumah dekat.
    Harap Pia dapat sesuaikan diri nanti.

    ReplyDelete
  25. Aaamiiin. Semoga pia semakin lama bisa beradaptasi dengan baik yaaa. Memang tak mudah . Saya pun dulu lamaaa utk bisa adaptasi saat pindah ke Penang. Dengan teman2 antarbangsa. Harus ambil kelas bahasa inggris setahun utk terbiasa berbicara, teman2 pun tak ada yg sangat dekat. Jadi paham yg dirasakan Pia. Saya survive hanya karena nak cepat lulus, dan bisa balik Indonesia lalu kerja. Itu saja yg dalam pikiran 😄.

    ReplyDelete
  26. esok g melawat pua ke? nnt kem salam kat pia ek✌️

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..