Friday, March 24, 2023

IFTAR PERTAMA 23032023



Niat hati hari pertama Ramadhan nak masak special meraikan anak-anak puasa.Tapi tu lah saya keluar pejabat pukul 4petang sampai rumah dah pukul 5.Ya Allah 1jam perjalanan yang biasanya 15-20minit je.Jalan jam teruk jem melekat๐Ÿ˜ฅ

Sampai rumah letak beg,solat, terus singsing lengan baju masuk dapur.Minta anak dara 2 orang tu buatkan popia crab stick kesukaan diaorang.Memang sengaja minta diaorang buat kerja nak isi masa lapang kalau tak ada aktiviti semuanya lesu lemah tak bermaya.
Tahun ni saya masih lagi berazam tak nak ke bazar ramadhan tapi katanya waled kita kena pergi juga bantu peniaga-peniaga kecil penjaja gerakkan ekonomi.Bukan apa saya ni jenis rambang mata tengok makanan dekat bazar semua nak rasa dah beli nanti tak ada yang makan duk keluar masuk peti je.
Masuk dapur terus masak nasi minyak,kari daging,acar,ayam goreng.
Kuih lompat tikam tu waled la yang beli on the way balik rumah ramai yang berniaga tepi-tepi jalan katanya.Saya dah cakap tak ada yang makan pun kuih tu ada lagi dalam peti tu petang nanti nak paksa waled makan habiskan๐Ÿ˜‚
Menu lain semua licin cukup-cukup untuk sahur tak perlu masak menu tambahan.Saya suka masak habis sekali makan je kalau ada lebih nak simpan-simpan masuk peti ais tu yang leceh nanti penuh dengan lauk left-over je.

Ini aje lah menu kami untuk first day berbuka puasa ala kadar saje.Hari pertama masih boleh kerja keras lagi biasalah awal-awal puasa rajin masak.Tengok dalam 3,4 hari lagi mula lah pening rumit nak fikir menu.Nanti mula lah siap bergoogle bagai kan...



12 comments:

  1. Haha itulah pening kena simpan lebihan makanan. Memang suka habiskan atau tinggal baki untuk sahur.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..meriah tu lauk berbukanya..seronok la makan ramai2 yer tahun ni... sama ngan MA..suka masak ngam2...sbb kalu simpan2 tu kadang2 x habis, membazir je kan

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. hilang penat memasak kalau habis makanannya. Tentu umi berkobar nak masak sedap2 lagi lepas ni sebab ramai yg tolong makan.

    ReplyDelete
  4. elok tu masak d rumah. especially jika ramai anak. cuma jika penat atau x sempat masak, buleh je beli di Param...

    ReplyDelete
  5. Selamat berbuka Puasa, kalau ada popia sedap juga buat berbuka...

    ReplyDelete
  6. Masya Allah...
    Antara hikmah yang nampak dimata..
    Allah mudahkan urusan dan lancarkan rezeki Afzan..Sempat masak set lengkap tu..
    Saya baru saja dengar ustaz cakap antara sedekah yg paling baik ialah memberi makan kerana makanan tu akan menjadi darah daging orang memakannya.Dari darah daging dan tenaga dari makanan memudahkan mereka beribadah seperti solat dan puasa.Setiap ibadah dari mereka yang makan itu pahalanya mengalir kepada pemberi makan tadi
    ( tanpa mengurangkan pahala orang yang beribadah itu).Selagi darah itu mengalir dalam tubuh orang yang diberi makan itu selagi itulah pahala mengalir kepada pemberi makanan itu..Masyaa Allah...

    ReplyDelete
  7. Betul tue . Bila beli juadah untuk cukup-cukup makan jer insyaAllah boleh elakkan pembaziran . Kalau x habis nanti masuk peti sejuk pastu esok makan ke tidak tak tahu la kan

    ReplyDelete
  8. Meriahnya lauk.. hari ni encik suami kata nak pegi bazaar tak payah masak.. walaupun sy dh ready menu hari ni.. oklah boleh rilek sehari

    ReplyDelete
  9. wahhhh dan lagi nasi minyakkkk๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
    Alhamdulillah...mereka ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..