Birthday trip Pia yang tertangguh.Bulan September haritu Pia sibuk dengan aktiviti sekolah.Perancangan awal tahun nak ke Legoland tapi pertengahan tahun dapat tahu sekolah Pia dah rancang nak buat lawatan tahun 6 ke Legoland.Dan kebetulan saya memang nak ke rumah adik bongsu di Tampoi sejak dia pindah ke sana 3 tahun lepas kami belum pernah sampai lagi rumah dia.Sesambil tu boleh la tunaikan janji birthday trip Pia awal tahun haritu dah tukar nak ke Adventure Waterpark Desaru Coast.
Sejak Pia umur 7 tahun saya dah tak belikan hadiah bila hari lahir dia tapi diganti dengan holiday trip.Umi waled cuba cipta memori untuk kenangan Pia bila dah besar nanti.Walaupun trip biasa-biasa dan murah-murah je janji ada kenangan untuk dikenang.
23hb Disember 2023 gerak la kami 3 beranak ke selatan tanah air.Percutian ni pun hampir-hampir nak cancel juga sebab cuaca tak menentu.Booking hotel pun banyak kali cancel,bila dah last minute hotel dah banyak penuh akhirnya dapat hotel biasa je.
Pia tanya ni birthday trip Pia ke umi?sebab semua tempat makan yang nak pergi ni makanan yang umi teringinπ
Sampai JB dalam pukul 2petang.Terus waze ke Warung Pak Akob nak makan nasi beriani Johor.Tekak ni dah lama teringin,haritu sempat la tanya Kak Sari Yusa mana kedai nasi beriani yang sedap,kak SK yang suggest tempat ni.Nak masuk Tanah Jauhar kena la tanya pendapat otai di sana kan...hehehe
Warung Pak Akob tempat viral rupanya...kemain ramai orang,tempat parking kereta dia luas tapi full.Terpaksa waled parking jauh sikit&saya turun beratur dulu.Hati dah mula risau ni,risau lambat dapat makan dah la tengah penat,lapar ni.Tapi tak lama pun beratur sekejap je,tak sampai pun 5 minit.
Weh kenapa harga nasi beriani dia murah,kuantiti banyak sebukit dia letak nasi.Terus tak jadi nak order sepinggan sorang,bisik dengan Pia ajak dia kongsi makan.Ambil dua pinggan je 1 nasi beriani ayam merah dan untuk waled nasi beriani kambing,air teh o panas 2+1 bekas laicikang.Total RM30.00.
Tempat makan macam pergi makan kenduri.Tempat selesa.Kedai dia santai-santai je dalam kampung.Siap ada termbikai percuma lagi.
Lupa nak ambil gambar nasi sebelum makan,punya la teruja dapat makan beriani.Tu nasi dah siap letak dalam pinggan Pia tapi masih banyak.Lauk dia timbun dalam nasi.Daging kambing diberi banyak,lembut je dagingnya.
Rasa 10/10.Perfect! TQ KAK SK suggest tempat makan sedap.
Dah siap makan lagi sekali on waze nak ke rumah ucu,warung pak akob dengan The Aliff Residence cuma 10minit tapi tetap buka maps tak biasa tempat orang kan..
Yeay kakak Pia dah jumpa adik sepupu dia Sofea..
Petang lepas asar Ucu ajak turun mandi kolam.
Suka la DakPia dah lama dia tak guna pakai insang dia tu.
Time ni tak hujan tapi angin kuat.Sejuk sampai ke tulang.Mak-mak duduk tepi je dah lama tak bersembang.Walau whatsapp hari-hari tapi bila berjumpa tu ada je cerita.
Lepas isyak Ucu ajak keluar makan,untuk dinner ni saya ikut aje lah kemana empunya badan yang nak belanja bawa.Dalam hati memang teringin nak makan mee rebus Johor.Mulanya Ucu nak ke Restoran ZZ Sup Tulang.Saya dah siap google dekat situ ada menu mee rebus Johor tapi tak jadi sebab cuaca berangin macam nak hujan.Katanya tempat tu open air.
Ucu bawa kami ke sini AlMizan Satay House BBU.Masing-masing dah kenyang sebenarnya tapi hati teringin macam-macam.Jadi order satay dan mee bandung je lah semangkuk,makan share-share.Order banyak nanti tak habis membazir plk kan.
Ni Ucu order satay madura untuk saya rasa.Katanya sebab saya belum pernah makan.Memang betul ni pertama kali saya makan.Lain sikit dari satay biasa,kuah kicap kacang pedas bukan juga satay perap macam satay Malaysia.Bagi saya ok boleh makan tapi lagi sedap satay daging dia.
Alhamdulillah dapat jalan ke JB.
ReplyDeletealhamdulillah..seronok jenjalan
ReplyDeleteWha! Ada pool....!
ReplyDeleteUncle pantang tengok pool!
Selamat datang ke negeri kampung halaman akak π
ReplyDeleteSuka dan setuju pasal bagi holiday trip berbanding hadiah masa birthday. Kadang boleh jadi membazir simpan banyak barang ( sebab tiap tahun dapat hadiah). Tapi holiday trip dapat pengalaman baru dan cipta memori bersama.
Seronoknya menghabiskan masa satu family....
ReplyDeleteWah..bulan Disember ni memasing berterbangan ke rata alam ..
ReplyDeleteNikmatilah sepenuhnya zaman kanak-kanak Pia...sebelum melangkah ke alam remaja tahun depan..semoga terus cemerlang
Wajiblah roger kaklong kawasan hehe ...
ReplyDeleteSuka konsep makan kedai Pak ayob tu, macam makan kenduri :)
Bestnya jalan2 Johor. Lama tak ke sana.
ReplyDeleteDone follow sini. By the way jemput join Cie ada buat segment giveaway π
Seronok kan dapat jalan-jalan dengan family. Lagi seronok daripada dapat hadiah. Boleh tenangkan fikiran. Hehehe...
ReplyDeletebestnya...eh baru perasan walau LM orang johor lama betul tak menghala ke JB. takda sedara kat sana. last ke sana tahun 2005 kot
ReplyDeleteAsik sekali jalan-jalan liburannya Mbak, happy selalu ya Mbak selama liburan.
ReplyDeleteMbak sate madura sangat mengundang selera. Disini banyak yang jual sate madura juga.
Salam,
Happy Birthday Pia.. biasanya kalau ke Johor sis ke mana? maksd lady tempat2 beriadah... dah lama betul x pergi Johor.. kalau dr Terengganu ni agak jauh nun di sana..
ReplyDeleteHappy belated birthday Pia... seronok kan berjalan dgn org² tersayang.. heaven rasanya x perlu pk lain, jalan dan makan... lepas habis bercuti br fikir benda lain.. hehehe
ReplyDeletebirthday trip pia tp tmpt mkn pilihan umi hehe...happy new year
ReplyDeletewahhhhhh birthday trip Pia merangkap JJCM umi lah hehe
ReplyDeleteBagusnya, nak pergi bercuti, siap buat tentatif program.
ReplyDeleteSedap tengok, nasi beriani dan sate. :)
sedapnya biryani. sedap nya satay. lagi2 satay madura. akak suka.
ReplyDeleteKami plan nak jjcm Johor tahun ni. Nak kene roger² kakak kawasan la kan π.
ReplyDeleteSatay madura tu sama tak dengan satay minang? Teringat masa pregnant sofea teringin satay minang. Bila makan, terkebil² sendiri. Hahaha
biasanya gitulah kan..bila anak-anak mandi..mak-mak confirm dok tepi borak lebih baik. malas nak berbasah2 pun ye juga.
ReplyDeleteFuh lengkap itinerary nya.. Kuantan - JB - Desaru .. best dpt berjalan dan food hunting sekali :D
ReplyDeleteBirthday treat Pia tapi ummi yang teringin macam-macam eh π
ReplyDeleteia adalah sesuatu yg biasa bila si ibu lebih beria daripada anaknya..
ReplyDeletealaa sesekali kannn jalan2...
bagilah umi chance pia ;-)
Birthday trip Pia ye....wah..seronok la dia erk...
ReplyDelete