Saturday, November 25, 2023

PIA UKKM DI MRSM TGS KUALA LIPIS

 Allah dah susun cantik setiap saat perjalanan kita.Tapi saya sebagai hamba yang sangat lemah imannya ini sentiasa ada rasa takut dan risau.Bila dah berlaku sesuatu perkara yang kita risau tu dengan lancar dan mudah baru lah terdetik rasa bersalah pada Allah kerana risau perkara yang belum terjadi.

Apa yang saya risau tarikh exam UKKM Pia jatuh pada hari waled dia tiada di Malaysia.Tambah risau andai kata tempat exam juga jauh dari Kuantan.Mana tidaknya ramai yang minta zon lain dapat zon lain.Ada yang dari Terengganu dapat exam di Perak.Yang dari Selangor ramai ke Kuala Kangsar dan Lenggong.Bukan main jauh lagi.Saya boleh memandu tetapi belum pernah memandu keluar dari Kuantan.Itu yang buat saya risau dan sangat takut.Padahal bagi orang lain ianya sesuatu yang kecil dan tiada masalah pun.

Tapi perancangan Allah sudah tersusun cantik.Hari yang sama waled touchdown flight di Subang, saya dapat tarikh UKKM Pia pada 15hb di Kuala Lipis.Rasa syukur sangat,tapi kenapa la saya selalu overthinking perkara yang belum berlaku.Hampir-hampir tak benarkan waled ke Lubnan dan minta waled tarik diri dari offer.

Alhamdulillah perjalanan 4 jam kami ke Kuala Lipis smooth,datang awal sehari sambil menikmati scenery.Kebetulan pula waled kurang sihat balik dari Lubnan batuk teruk sampai tak boleh nak tidur malam itu yang sampai je hotel terus terlentang baring.




Star-Well hotel ni rasanya hotel baru di Kuala Lipis,semua perabot masih cantik dan dalam keadaan bersih semuanya.

Pukul 7.30 pagi dah turun hantar Pia ke MRSM,Pia tak nak makan berat risau sakit perut semasa interview.Cuma bawa bekal susu dan roti untuk makan kalau ada masa rehat.
 
Alhamdulillah Pia dah selesai UKKM IGCSE di MRSM Tun Ghazali Shafie Kuala Lipis.
Setelah hampir setengah tahun bertungkus lumus buat ulangkaji dan persediaan,beberapa kali juga Pia mengalirkan airmata sebab terlalu takut dan risau untuk interview.Walaupun saya juga tergolong dalam golongan mak yang cepat gelabah,tapi saya cuba sedaya upaya kuatkan semangat anak.Sebenarnya Pia ada pengalaman pahit semasa interview untuk calon ketua pengawas sekolah,pengalaman tu yang buatkan dia rasa down.

Kita dah cuba sehabis baik.Usaha,Doa dan Tawakal.Semua kita serah pada Allah.Jika sudah tertulis ada rezeki untuk Pia Alhamdulillah.






16 comments:

  1. Mudah2an pia bejaya mendapat tempat di mrsm

    ReplyDelete
  2. Moga Pia berjaya ke MRSM, Insya Allah. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Ooo Pia sebaya abam aqeem.. insyallah semoga dipermudahkan urusan Pia ke MRSM :)

    ReplyDelete
  4. Semoga Pia dapat berita baik nanti, semoga doa umi waled dimakbulkan Allah swt, Amiiinnn.

    ReplyDelete
  5. Ooo, Pia minta IGCSE ye...
    Semoga ada rezeki utk Pia ke MRSM 🤲
    Geng la kita, saya pun x berani drive jauh² huhu...

    ReplyDelete
  6. Moga Pia berjaya dapat tempat di MRSM. 😊

    ReplyDelete
  7. moga di permudahkan semuanya buat Pia ya

    ReplyDelete
  8. Yang penting pia sudah berusaha semampu mungkin ❤️. Kalo rezeki memang tak akan lari kemana. Semangaaaat Pia 🤗❤️❤️. Harap2 dimudahkan semuanya

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkn dan impian utk ke MRsM tercapai. aaminn
    betul serah pd Allah, Dia yg menentukan kita hanya berusaha

    ReplyDelete
  10. all the best pia...mrsm TGS ni tmpt cousin tisya tgh study skarang

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah selesai... caiyokk Pia!

    ReplyDelete
  12. sbg manusia kita mmg selalu overthinking... lps tu mula laa rasa menyesal tak sudah...

    insya allah mudah mudahan ada rezeki utk Pia berjaya. aminnn

    ReplyDelete
  13. Good try Pia.
    In syaa Allah, usaha tidak akan mengkhianati hasil.

    ReplyDelete
  14. tak lama lag keptusan ke MRSM akan diumumkan dan keputusan SBP sudah keluar

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..